Jual Beli (Bahagian 1)
Tanyalah Ustaz TV9
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Edisi 28 Februari 2014 (Jumaat)
#
Syarat-syarat Jual Beli Halal
1. Modal didapati dengan cara yang halal
2. Barang yang dijual adalah halal
3. Pemilikan barang sah milik penjual
4. Jualan yang halal atau spesifikasi yang jelas apa yang dijual
5. Penjual memegang amanah dan tanggungjawab terhadap barang yang dijual
6. Memastikan penghantaran diberikan maklumat yang jelas (e.g. tarikh, cara dan kaedah)
7. Cara penjualan mestilah tidak memaksa
8. Harga mesti jelas
Membayar zakat
Sedekah sunat
#
Antara persoalan dan kandungan yang dibincangkan :
Apa pandangan Islam tentang peniaga-peniaga yang kaya raya dengan cara yang tidak jujur, dengan cara penipuan?
Ketika diumumkan harga baharu (yang lebih tinggi) seorang penjual masih ada barangan stok lama. Apakah hukumnya jika dia menjual barang stok lama pada harga baharu sedangkan barangan itu diperolehinya daripada pembekal pada harga lama yang lebih rendah menyebabkan dia untung berlebihan bila menjualnya pada harga baharu?
Sekarang banyak teknik penjualan menggunakan testimoni termasuklah supplement (makanan tambahan) sedangkan bukan semua orang sesuai dengan jenis supplement tertentu. Mohon penjelasan ustaz tentang teknik penjualan sebegini.
Menjadi orang tengah (wakil/agen) untuk penjual (muwakkil). Bagaimana sekiranya mengambil untung dari lebihan amaun penjualan barang tersebut?
Kenapa tunai (cash) lebih murah dari tangguh, kenapa dibenarkan dalam Islam?
Ilmu yang dibuat jual beli. Ilmu yang boleh dimanfaatkan perlu dibayar untuk mendapatkannya (e.g. seminar, bengkel, workshop). Adakah ini (dinamakan) dijual ilmu?
Adakah universiti (termasuk dalam) menjual ilmu?
Adakah tidak untung masih perlu membayar zakat?
Kediaman yang mempunyai pengawal, bagaimana sekiranya tidak membayar (kos termasuk kawalan) sedangkan orang lain membayar?
Hukum meniaga saham?
Apa hukum makanan yang didapati oleh suami melalui sumber yang haram ke atas suami, isteri dan anak-anak ?
Perkongsian video penuh boleh ditonton di youtube (http://youtu.be/Xr5NkuTwNfE)
Duration 47:24
Content extracted by : fmn
Video captured and uploaded by : fmn studio
*Alhamdulillah, pertama kali capture rancangan tv dan berjaya upload rakaman yang panjang (hampir 1 jam).
Jual Beli Halal
Warkah Cinta
"Selama-lamanya KELEMBUTAN takkan pernah tewas dengan KEKERASAN"
Anda familiar dengan ayat ini? Jadi sudah pasti anda pernah mendengar lagu baru UNIC bersama Imam Muda Nazrul yang merupakan OST lagu tema satu drama bersiri yang berlatar belakangkan Negeri Kelantan dan Mesir.
Walaupun jarang dan susah nak layan cerita-cerita ni, tetiba jadi rajin layan drama ni, first sebab lokasi dia di Naim Lilbanat, Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan UM Nilam Puri. Lakonan di sekitar Kelantan ni, laju cket layan. aha. second, sebab novel islamik Malaysia pertama yang diadaptasi menjadi filem. third, sebab lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul. Buat pertama kalinya salah seorang Imam Muda rancangan Astro Oasis menjadi pelakon. Teruja nak tengok. ehe.
Warkah Cinta. Itu tajuk drama yang kini agak popular sejak ia ditayangkan di TV Alhijrah pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam bermula 20 November 2012 sehingga 18 Disember 2012. Drama ini hanya 12 episod. Satu usaha permulaan yang agak baik. Tahniah buat pengarang novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga' karangan A. Ubaidillah Alias dan Alkahfi Pictures sebagai media terbitan filem ini, arahan Mior Hashim Manap dan skrip dari pengarang novel sendiri.
Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan fenomena cinta, persekitaran yang kurang baik, pendedahan cinta yang kurang tepat dalam novel, drama, filem, cerita samada karya tempatan atau luar negara, ya, ia amat baik untuk memulihkan kembali tanggapan yang salah bagaimana mahu memanifestasikan cinta dengan cara yang lebih terjaga dan mengatasi cabaran cinta. Bagi mereka yang skop fahaman agamanya lebih, mungkin perlu diperhalusi lagi sudut pandang mereka.
Sungguh kesian pada seorang penghafal Al-Quran terjerat dengan cinta. Hafalan Al-Quran boleh terganggu. Kesian sebenarnya. Bukan kerana dia yang mencari, tapi wanita yang cuba menjerat. Bagaimana seorang yang kuat ilmunya, bermujahadah soal hati. Situasi ini lebih kepada masalah antara seorang yang berilmu dan seorang yang kurang faham soal batasan agama ditambahi dengan tekanan keluarga. Tapi takkan lah orang yang sama-sama sekolah agama masih ada yang kurang faham soal ini. Bukanlah begitu sekali, tapi ada beza fikiran dan tindakan orang yang betul-betul menjaga ilmu dan memahami agama. Tengok tindakan Amir sebelum mengambil keputusan yang diragui, rujuk guru, minta pandangan.
Tengok dari skop situasi cerita, bukan pelakon ya. Jangan risau, saya juga peminat Heliza. =)
Wardah pula inginkan pasangan yang punya ilmu agama. Dan, kerana agamalah, Wardah tertarik kepada Amir. Tapi, pasangannya tidak seperti yang diinginkan. Sedih dan pilu kan. Dalam realiti, mungkin ada yang mirip situasi begini. Hikmah dari kaca mata kasar, mungkin Allah mahu memelihara kedua-dua pihak. Wardah memiliki ayah yang rosak agamanya dan tidak mahu orang yang beragama. Kehidupan Amir terutamanya dan Wardah akan terkesan dengan keadaan keluarga sebegini jika berlaku perkahwinan antara mereka. Sebab itu, dalam pemilihan pasangan hidup, faktor keturunan juga Islam menitikberatkan.
Hadith Nabi SAW ada menyebut: "Pilihlah yang tepat untuk tempat benihmu sebab asal keturunan itu membawa pengaruh" (HR Ibnu Majah)
"فاظفر بذات الدين تربت يداك
Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung. (HR Bukhari)
Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Adakah anda lihat satu demi satu episodnya? Jika anda sedar, sebenarnya ada teguran menulis warkah berbentuk cinta dalam siri cerita ini. Jangan pula kita mudah menilai, jika mereka lakukan, maka betullah tindakan mereka. Ini kan cerita, kadangkala, ada adegan yang baik, ada juga yang tidak baik dan ada yang kurang baik. Yang penting, jangan abaikan mesej yang ingin disampaikan, ambillah pengajaran di sebalik bait-bait kata, nasihat dan teguran mereka.
Filem drama begini la yang kita mahukan. 100% aurat dijaga! Tak ada yang peliknya, tutup aurat dengan sempurna dan tuntutan agama dipelihara juga boleh berlakon tanpa halangan.
Warkah Cinta di youtube lengkap diupload oleh saudara A. Fauwaz Mohamed. Terima kasih buat beliau. Untuk memudahkan, ini ada link playlist untuk tontonan anda: http://www.youtube.com/playlist?list=PLwYQuRgmOad0yn7MOwTenB2hVVu-c0Wss
Menunggu episod sambungan drama bersiri 'Warkah Cinta' dalam 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' dimana proposal drama sudah dalam proses dan novel mungkin sudah di pasaran. 'Cinta Kun Fayakun' pula sudah diterima untuk siaran TV Al-Hijrah. Makin laju ustaz A. Ubaidillah dan Alkahfi Pictures. Syabas dan tahniah.
p/s: Menanti novel-novel nukilan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf juga menjadi filem suatu hari nanti. .n_n.
Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan
Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Dunia Baru Islam!~
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam
Download mp3
About Me
- insyirah
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."








