Showing posts with label nasyid. Show all posts
Showing posts with label nasyid. Show all posts

Warkah Cinta

"Selama-lamanya KELEMBUTAN takkan pernah tewas dengan KEKERASAN"

Anda familiar dengan ayat ini? Jadi sudah pasti anda pernah mendengar lagu baru UNIC bersama Imam Muda Nazrul yang merupakan OST lagu tema satu drama bersiri yang berlatar belakangkan Negeri Kelantan dan Mesir.

Walaupun jarang dan susah nak layan cerita-cerita ni, tetiba jadi rajin layan drama ni, first sebab lokasi dia di Naim Lilbanat, Maahad Tahfiz Pulai Chondong dan UM Nilam Puri. Lakonan di sekitar Kelantan ni, laju cket layan. aha. second, sebab novel islamik Malaysia pertama yang diadaptasi menjadi filem. third, sebab lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda Nazrul. Buat pertama kalinya salah seorang Imam Muda rancangan Astro Oasis menjadi pelakon. Teruja nak tengok. ehe.


Warkah Cinta. Itu tajuk drama yang kini agak popular sejak ia ditayangkan di TV Alhijrah pada setiap hari Selasa hingga Khamis jam 8.30 malam bermula 20 November 2012 sehingga 18 Disember 2012. Drama ini hanya 12 episod. Satu usaha permulaan yang agak baik. Tahniah buat pengarang novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga' karangan A. Ubaidillah Alias dan Alkahfi Pictures sebagai media terbitan filem ini, arahan Mior Hashim Manap dan skrip dari pengarang novel sendiri.




IM Nazrul, naib juara Imam Muda Musim Ke-2, memegang watak sebagai Amir Mukhlis, hampir senada dengan nama anak pengarang novel, Amin Mukhlis. Heliza Helmi pula memegang watak sebagai Wardah. Itu je la watak yang nak diperkenalkan. aha.


Antara pelakon utama Warkah Cinta

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan fenomena cinta, persekitaran yang kurang baik, pendedahan cinta yang kurang tepat dalam novel, drama, filem, cerita samada karya tempatan atau luar negara, ya, ia amat baik untuk memulihkan kembali tanggapan yang salah bagaimana mahu memanifestasikan cinta dengan cara yang lebih terjaga dan mengatasi cabaran cinta. Bagi mereka yang skop fahaman agamanya lebih, mungkin perlu diperhalusi lagi sudut pandang mereka.

Sungguh kesian pada seorang penghafal Al-Quran terjerat dengan cinta. Hafalan Al-Quran boleh terganggu. Kesian sebenarnya. Bukan kerana dia yang mencari, tapi wanita yang cuba menjerat. Bagaimana seorang yang kuat ilmunya, bermujahadah soal hati. Situasi ini lebih kepada masalah antara seorang yang berilmu dan seorang yang kurang faham soal batasan agama ditambahi dengan tekanan keluarga. Tapi takkan lah orang yang sama-sama sekolah agama masih ada yang kurang faham soal ini. Bukanlah begitu sekali, tapi ada beza fikiran dan tindakan orang yang betul-betul menjaga ilmu dan memahami agama. Tengok tindakan Amir sebelum mengambil keputusan yang diragui, rujuk guru, minta pandangan.

Tengok dari skop situasi cerita, bukan pelakon ya. Jangan risau, saya juga peminat Heliza. =)

Wardah pula inginkan pasangan yang punya ilmu agama. Dan, kerana agamalah, Wardah tertarik kepada Amir. Tapi, pasangannya tidak seperti yang diinginkan. Sedih dan pilu kan. Dalam realiti, mungkin ada yang mirip situasi begini. Hikmah dari kaca mata kasar, mungkin Allah mahu memelihara kedua-dua pihak. Wardah memiliki ayah yang rosak agamanya dan tidak mahu orang yang beragama. Kehidupan Amir terutamanya dan Wardah akan terkesan dengan keadaan keluarga sebegini jika berlaku perkahwinan antara mereka. Sebab itu, dalam pemilihan pasangan hidup, faktor keturunan juga Islam menitikberatkan.

Hadith Nabi SAW ada menyebut: "Pilihlah yang tepat untuk tempat benihmu sebab asal keturunan itu membawa pengaruh" (HR Ibnu Majah)


:عن أبي هريره رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال
،تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها"
"فاظفر بذات الدين تربت يداك


Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, "Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu akan beruntung. (HR Bukhari)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Adakah anda lihat satu demi satu episodnya? Jika anda sedar, sebenarnya ada teguran menulis warkah berbentuk cinta dalam siri cerita ini. Jangan pula kita mudah menilai, jika mereka lakukan, maka betullah tindakan mereka. Ini kan cerita, kadangkala, ada adegan yang baik, ada juga yang tidak baik dan ada yang kurang baik. Yang penting, jangan abaikan mesej yang ingin disampaikan, ambillah pengajaran di sebalik bait-bait kata, nasihat dan teguran mereka.

Filem drama begini la yang kita mahukan. 100% aurat dijaga! Tak ada yang peliknya, tutup aurat dengan sempurna dan tuntutan agama dipelihara juga boleh berlakon tanpa halangan.

Iklan Drama. Pelakon yang menjayakan Warkah Cinta di Mesir

Warkah Cinta di youtube lengkap diupload oleh saudara A. Fauwaz Mohamed. Terima kasih buat beliau. Untuk memudahkan, ini ada link playlist untuk tontonan anda: http://www.youtube.com/playlist?list=PLwYQuRgmOad0yn7MOwTenB2hVVu-c0Wss

Menunggu episod sambungan drama bersiri 'Warkah Cinta' dalam 'Kala Cinta dan Wahyu Bersatu' dimana proposal drama sudah dalam proses dan novel mungkin sudah di pasaran. 'Cinta Kun Fayakun' pula sudah diterima untuk siaran TV Al-Hijrah. Makin laju ustaz A. Ubaidillah dan Alkahfi Pictures. Syabas dan tahniah.

Akhir kata tengoklah pengajaran, nilailah dengan ilmu.

p/s: Menanti novel-novel nukilan Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf juga menjadi filem suatu hari nanti. .n_n.




Tajuk : Warkah Cinta Berbau Syurga
Penyanyi : IM Nazrul & UNIC
Komposer : Bazli (UNIC)
Lirik : Ustaz Ubaidillah Alias

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.
Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat ku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

Selama-lamanya kelembutan
takkan pernah tewas dengan kekerasan

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Download mp3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thabatkan hati2 kami


Doa Rabitah Hati

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendukung
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia


Doa Rabitah
Munsyid: Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…


"Wahai pejuang... Saat dirimu diuji, bila badai perjuangan melanda. Adakalanya kau kuat kerana kau yakin Allah disisi. Tapi bila suatu masa semangat itu pergi, walau bergoncang jiwa ragamu, jangan kau lari dari medan ini. Biarkan Allah terus memegang hatimu.. Memandu langkahmu.. Membentuk dirimu menjadi seorang pejuang sejati."

"Setiap orang ada kemampuan yang tersendiri. Kita mungkin rasa tak layak untuk menjadi seorang da'ie. Benar. Kita manusia yang tidak sempurna dan tidak mungkin akan sempurna. Tapi, fikirkanlah apa sumbangan kita kepada Islam jika kita mengimpikan syurga yang hanya layak untuk orang-orang hebat yang berjuang demi Islam. Biarlah sumbangan kita hanya setitis berbanding selautan titik peluh pejuang-pejuang yang lain. Sekurang-kurangnya, kita lakukan sesuatu. Kelak kau akan bangga dan bersyukur dengan usaha kau yang sedikit dan biasa, namun menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Ikhlaskan diri dan tanamkanlah niat untuk terus memberi demi Islam, insyaAllah, Allah pasti tunjukkan jalan"

Ya Allah, thabatkanlah hatiku, kukuhkanlah pendirianku, kuatkanlah diriku.. Moga2 aku terus tetap berada di landasanMu.. Eratkan ikatan hati2 kami agar kami dapat bersatu dalam perjuangan membantu agamaMu.

"Rabbi.. Jadikan cinta kami berlabuh di persada rahmatMu, mendamba kasih yang tidak berhujung, mengutip sayang di hamparan cinta suci, mengharap mardhotillah, merindu syahid fisabilillah. Inilah getaran hati memburu cinta, stanza qalbi merindu Illahi. Thabatkanlah hati-hati kami untuk terus berjuang, menolong agamaMu. Jadikan kami insan yang terpilih untuk setia disisiMu dan terhimpun dalam golongan yang Kau cintai.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dunia Baru Islam!~

Judul : Dunia Baru Islam
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam






Download mp3


Download:
FLVMP43GP

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."