Showing posts with label pengisian. Show all posts
Showing posts with label pengisian. Show all posts

Jual Beli Halal

Jual Beli (Bahagian 1)
Tanyalah Ustaz TV9
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Edisi 28 Februari 2014 (Jumaat)

#

Syarat-syarat Jual Beli Halal

1. Modal didapati dengan cara yang halal
2. Barang yang dijual adalah halal
3. Pemilikan barang sah milik penjual
4. Jualan yang halal atau spesifikasi yang jelas apa yang dijual
5. Penjual memegang amanah dan tanggungjawab terhadap barang yang dijual
6. Memastikan penghantaran diberikan maklumat yang jelas (e.g. tarikh, cara dan kaedah)
7. Cara penjualan mestilah tidak memaksa
8. Harga mesti jelas

Membayar zakat
Sedekah sunat

#

Antara persoalan dan kandungan yang dibincangkan :

Apa pandangan Islam tentang peniaga-peniaga yang kaya raya dengan cara yang tidak jujur, dengan cara penipuan?

Ketika diumumkan harga baharu (yang lebih tinggi) seorang penjual masih ada barangan stok lama. Apakah hukumnya jika dia menjual barang stok lama pada harga baharu sedangkan barangan itu diperolehinya daripada pembekal pada harga lama yang lebih rendah menyebabkan dia untung berlebihan bila menjualnya pada harga baharu?

Sekarang banyak teknik penjualan menggunakan testimoni termasuklah supplement (makanan tambahan) sedangkan bukan semua orang sesuai dengan jenis supplement tertentu. Mohon penjelasan ustaz tentang teknik penjualan sebegini.

Menjadi orang tengah (wakil/agen) untuk penjual (muwakkil). Bagaimana sekiranya mengambil untung dari lebihan amaun penjualan barang tersebut?

Kenapa tunai (cash) lebih murah dari tangguh, kenapa dibenarkan dalam Islam?

Ilmu yang dibuat jual beli. Ilmu yang boleh dimanfaatkan perlu dibayar untuk mendapatkannya (e.g. seminar, bengkel, workshop). Adakah ini (dinamakan) dijual ilmu?

Adakah universiti (termasuk dalam) menjual ilmu?

Adakah tidak untung masih perlu membayar zakat?

Kediaman yang mempunyai pengawal, bagaimana sekiranya tidak membayar (kos termasuk kawalan) sedangkan orang lain membayar?

Hukum meniaga saham?

Apa hukum makanan yang didapati oleh suami melalui sumber yang haram ke atas suami, isteri dan anak-anak ?

Perkongsian video penuh boleh ditonton di youtube (http://youtu.be/Xr5NkuTwNfE)



Duration 47:24
Content extracted by : fmn
Video captured and uploaded by : fmn studio

*Alhamdulillah, pertama kali capture rancangan tv dan berjaya upload rakaman yang panjang (hampir 1 jam).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Manisnya Mujahadah"


"If you want to be a leader, you must have knowledge, be a visionary, carismatic personality, and keep strong relationship with Allah"

1- KNOWLEDGE (pengetahuan, ilmu)

"Jangan bawa imej Islam di tahap yang paling rendah"

Boleh bagi hujah yang baik.
Penguasaan bahasa itu penting, samada bahasa inggeris atau arab. Bila lemah penguasaan bahasa, personaliti jadi turun (down)

2- VISIONARY (berwawasan)

kena ada target, jangan hanya ikut arus

3- CARISMATIC PERSONALITY (Berkarisma)

Pelbagai, mungkin dari segi percakapan, perbuatan, tindakan, pakaian, riak wajah.

Contohnya, bila bercakap dengan orang, bercakap dengan yakin

4- GOOD RELATIONSHIP WITH ALLAH (Jaga Hubungan dengan Allah)

Bila hubungan dengan Allah baik, Allah akan jaga kita
Kalau tak dapat turun surau hari-hari, cuba buat jadual, mungkin dapat turun 2,3 kali dalam seminggu. Sembahyang jemaahlah yang dapat satukan hati-hati kita, salam, doa sama-sama. Dan bila solat berjemaah, kita akan rasa tenang.


Kalau kita bukan dari kalangan orang yang dapat dekan, pernah tak kita terfikir..

"Macam mana orang yang pernah dapat anugerah dekan?"

Of course Allah yang bagi. Tapi tengok usaha dia, mesti berlipat kali ganda. Kadang-kadang kita yang ambil nota mereka dan mereka baca buku lebih dari kita. Itu usaha dia.

Kalau target lebih kurang, lebih kurang lah kita dapat.


"Setiap apa yang kita buat, walau sebesar zarah, semua kena hisab.

"Setiap apa yang kita buat, pakaian kita, kita boleh berdakwah.

"Dakwah itu perlu dilaksanakan oleh semua, sebab kita memang kena sebarkan dakwah, sebarkan Islam. Mulalah dakwah dari personaliti diri. Nak tak nak, kita kena berdakwah."

***

++persoalan: apabila kita ditimpa kesibukan dalam organisasi, urusan dakwah, bagaimana nak atasi masalah kata-kata negatif orang?


"orang akan pandang kita dari pelbagai sudut, pandangan manusia berbeza-beza.

"Kita takkan boleh selesaikan benda tu A to Z. Kita tak dapat penuhi semua permintaan orang.

"Orang cakap apa-apa pun, kita kena lawan dengan positif, jangan hanya mengiyakan (kata-kata negatif), menunjukkan kita lagi lemah."


"Jadikan masalah sebagai peluang untuk kita. Sekurang-kurangnya kita sedar, kita perlu berubah (ke arah yang lebih baik).

"Kalau kita sentiasa dengar orang cakap (negatif), kita takkan berjaya.

Tak berjaya maksudnya kita takkan ada kemajuan, tak ada peningkatan.

"Bina (develop) personaliti yang unggul bukan tunggul."

Kita boleh buat sesuatu perkara, tapi istiqamah sangat susah. Tapi kenalah, kena paksa diri.


Kadang-kadang, orang agamawan ni, tak jaga kesihatan.

"Saya redha, tawakkaltu 'alallah"

"Kesihatan tak jaga, bagaimana nak bangun malam? Nak jaga anak, nak kongsi (share) ilmu, nak beribadah, nak guna tenaga, kena ada stamina."


"Cuba imarahkan sifat suka beri salam. Cuba bagi salam tak kira fakulti. Bagi salam pada sesiapa je. Jangan tunggu orang bagi salam. Kalau kita bagi salam, kita akan mengeratkan perpaduan umat Islam."


ولباس التقوى ذلك خير

"Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik" [Surah Al-Araf:26]

____________________________________________________________________

KULIAH MAGHRIB: "Manisnya Mujahadah" - 30 Mac 2012 @ KKSI
Disampaikan oleh: Ustazah Jaziratul Shiela, Pensyarah Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM
Terjemahan bicara: fmn

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik


Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS
-Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.

SUSU SEGAR
-Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri-ciri Khusus Islam


CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM:
=rabbaniyyah
=syumuliyyah
=inqilabiyyah
='alamiyyah
=waqi'iyyah
=thabat wa murunah


1. RABBANIYYAH (KETUHANAN)

Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan. Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan:
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia:
» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.

Rabbani dari manhaj dan sumber:
Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat.

Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani:
» Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
» Terhindar dari pengaruh kekayaan
» Islam sesuai untuk manusia
» Mendapat penghormatan dan kehormatan.


2. SYUMULIYYAH

Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.

Sudut kesyumulan Islam :

1) Undang-undang

Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas. Hukum yang bersangkut dengan urusan hubungan sesama manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa dan ibadat lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan orang bukan Islam, hukum antarabangsa, hukum berkait dengan pemerintahan negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2) Keadilan

Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.

3) Kehakiman

Islam telah mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak. Islam telah menetapkan bahawa kehakiman merupakan fardhu dimana setiap hakim muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut syariat yang telah ditentukan oleh Allah.

4) Negara

Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Ketua negara dipilih dikalangan orang Islam sesuai dengan syariat-syariat seperti sifat Quwwah dan amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5) Akhlak

Islam amat mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6) Ilmu

Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi dalam Islam ialah ilmu yang membawa kepada mengenali Allah.


3. INQILABIYYAH

Inqilabiyah yakni tertegaknya Islam dengan runtuhnya jahiliyah. Hal ini memberi kita maksud bahawa maaruf yang perlu dilaksanakan selari dengan mungkar yang mesti dihapuskan, bukan sekadar kita mengajak orang kepada kebaikan dan pada masa yang sama tidak cuba menghapuskan kemungkaran yang semakin bermaharajalela.

Dengan kata lain, inqilabiyah ialah melaksanakan perubahan total iaitu dengan mencabut dan meruntuhkan jahiliyyah serta membangunkan atau menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah itu. Mesti bersifat tajarrud, iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain daripada Islam.

Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan Jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Sebagai contoh kita ingin menegakkan Islam lalu kita menganjurkan banyak aktiviti dan program berunsurkan islam tetapi dalam masa yang sama konsert Jom Heboh, kedai bar minuman keras, disko dan lain-lain lagi tempat bertentangan dengan syaro’ sama naik maju dengan program dan aktiviti keagamaan. Wajarkah begitu?


4. ALAMIYYAH (UNIVERSAL)

Alamiyyah bermaksud sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain kerana dakwah untuk semua manusia, tidak kira bangsa, warna kulit dan keturunan.. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa tertentu sahaja. Ia sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa dan sebagainya. Dengan kata lain ia sesuai di zaman Rasulullah dan juga sesuai di zaman teknologi moden yang serba canggih ini. Ajarannya sesuai hingga hari kiamat.

Nilai-nilai Islam bersifat sejagat dan menjamin hak asasi manusia. Islam juga meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara


5. WAQI’IYYAH (REALITI)

Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya : Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana umat Islam.

Jadi, ia merupakan praktikal bukan utopia, semula jadi atau mampu diamalkan oleh semua manusia. (berpijak di bumi nyata)


6. THABAT WA MURUNAH

Thabat wa Murunah ertinya tetap dan anjal. Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal, boleh berubah dan fleksibel dari segi pelaksanaannya.

Contohnya : Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.


7. Ciri-ciri lain….

= Risalah dan jalan penyampaian jelas.
= Bergerak mengikut kemampuan.
= Melaksanakan hazar (waspada).
= Memudah dan jangan menyusahkan.
= Tadrij (beransur-ansur)
= Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat.


Kata-kata Sayyid Qutb :
"Manhaj ini akan dapat dilaksana jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran manhaj ini. Mereka beristiqamah dengan manhaj ini menurut kemampuan mereka dan berusaha untuk menerapkannya dalam hati dan kehidupan mereka. Mereka mengorbankan segala-galanyanya demi merealisasikan matlamat ini….. Melawan hawa nafsu dan menentang sesiapa yang dikuasai oleh hawa nafsu…"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."