*++4 Cara Tidur++*

Before i go back..
Saya nak berkongsi tentang cara tidur..
Ringkas sahaja.
dan semua dah tahu sebenarnya.
Hanya ingatan pada diri2 yang ingin diingatkan..
Hu3

1. TIDUR PARA NABI

Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH

Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA

Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.


4. TIDUR SYAITAN

Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Jadi, sebaik2 cara tidur adalah yang dua teratas ye..
Ubahlah posisi tidur anda jika ia menyamai tidur makhluk yang ingkar pada Allah.
Ikutilah sunnah Nabi2 dan para ahli ibadah.
Moga kita tergolong dalam kalangan mereka yang diredhai Allah~

Salam mujahadah~!=

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Notis USIM : ALSP & ELSP

Photobucket

PENGUMUMAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1
PROGRAM SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SESI 2009/2010


LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME 2 (ARABIC & ENGLISH)


Dimaklumkan bahawa ALSP/ELSP 2, Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 1-8 Disember 2009.

Sehubungan itu, mana-mana pelajar yang ingin membuat penangguhan (dengan alasan yang kukuh) atau permohonan untuk mengikuti program (melibatkan pelajar yang menangguh/terlepas program pada sesi yang lepas) supaya mengemukakannya kepada pihak Pusat Pengajian Umum selewat-lewatnya pada JUMAAT, 20 NOVEMBER 2009 untuk tujuan pengemaskinian kumpulan pelajar. Permohonan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Semua pelajar Tahun 1, Sesi 2009/2010 adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri secara penuh kedua-dua program tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Pusat Pengajian Umum.


Terima kasih.


“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Pusat Pengajian Umum
Universiti Sains Islam Malaysia

p/s: utk pengesahan, sila rujuk eWadi USIM..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SPM~ Ma'at Taufiq wan Najah..

Kepada adik2 SPM,
adik2 badati, pss, dan seluruh adik2 tingkatan 5 MMP..
dan amnya kepada semua adik2 yang sedang menghadapi SPM di Malaysia,,
selamat berjuang di dewan peperiksaan,
dengan mata pen, pensel dan kertas..

Semoga ilmu yang dipelajari, dibaca, dihafal..
bukan hanya bermatlamatkan exam semata-mata..
Beruntunglah adik2 yang sempat mengulangkaji ilmu2 yg telah dipelajari.
Ini bermakna semua yang dibaca berada dalam diri adik2, dalam otak adik2 sekarang..
Peganglah ilmu itu erat2, moga2 tidak terlepas, tidak tercicir sesudah exam..

Amat2 rugi jika ia dibiarkan pergi, terbang umpama debu2 yang tersebar entah ke mana.. Tersebarnya debu, bukan memberi manfaat pada orang di sekeliling kerana mereka tidak sedar pun akan kewujudan debu tersebut..



Ma'at taufiq wan najah~
Good Luck ya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Bercuti~

Sekejap lagi,,
blog ini akan ditinggalkan..
Keseorangan..
Sepi,, tanpa bahasa..
Kui3~

Actually, aku akan balik kampung!
Balik Kelantan..
Dan kebiasaannya, bila dah berada di rumah,,
memang xde peluang nak buka internet.
Memandangkan kat rumah xde line..
Hu3

Definitely, smua org dah balik..
Aku je lambat sket balik.
Hehe..
So,, mana2 sahabat yang dah lama balik kampung..
baru nak balik dan akan balik..
Ku ucapkan HAPPY HOLIDAY!



Tapi, kepada sahabat2 USIM,
lepas raya 3hari, kena datang balik usim..
hu3.. betul kan?
Arabic & English LSP2 jadi kan pada 1-8 Dec 09 nie?
Mesej yang ku terima dari seorang teman memaklumkan bhw~
ALSP : 1-4 Dec 09
ELSP : 5-8 Dec 09

Ok, selamat bercuti pada semua. Semoga cuti ini memberi manfaat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

*++ Tawadduk perlu dilatih ++*


TAKBUR dan tawaduk adalah dua sifat yang berlawanan. Sifat yang pertama itu sangat dibenci dan manusia wajib menjauhinya kerana ia sifat iblis, manakala yang kedua dipuji dan patut menjadi perhiasan diri setiap individu.

Disebabkan takbur, iblis dikutuk Allah dan berbekalkan sifatnya itu jugalah ia menggoda manusia tanpa mengira sempadan daerah dan waktu supaya mengikut jejak langkah menjadi bongkak.

Sungguh jelek sifat takbur, bukan saja dikeji, bahkan membawa kecelakaan kepada diri, sebagaimana iblis yang dijanjikan seburuk-buruk tempat di akhirat.

Begitupun, sifat tawaduk tidak mudah digapai melainkan melalui latihan jiwa dan mujahadah yang penuh kesungguhan dan keazaman. Justeru, ada yang bersifat takbur dan susah untuk menjadi tawaduk.

Antara kaedah membantu ialah bersahabat dengan mereka yang bersifat tawaduk untuk mendapat nasihat, tunjuk ajar dan mencontohi mereka.

Asas pertama menjadi tawaduk ialah melalui ibadat solat, kerana di antara gerak rukun perbuatannya mengandungi latihan untuk tawaduk.

Kemudian, menatap kisah generasi yang bersifat tawaduk seperti nabi, rasul dan pewaris mereka.

Lihatlah kehidupan Rasulullah s.a.w yang diakui sebagai manusia paling agung dan mulia tetapi baginda sentiasa merendah diri sehingga makan di atas tanah, lalu bersabda:

“Aku hanyalah seorang hamba. Apabila suatu hari nanti aku dimerdekakan (maksudnya bebas di akhirat) barulah aku akan memakai pakaian baru.”

Menurut kisah diceritakan Abu Sa’id al-Khudri r.a, Rasulullah memberi makan unta, mengikatnya, membersih atau menyapu rumah, memerah susu kambingnya, membaiki kasutnya, menampal bajunya dan makan bersama khadam.

Rasulullah juga menggantinya (khadam) mengisar gandum apabila khadamnya kepenatan, membeli sendiri barang keperluannya dari pasar dan membawanya kembali ke rumah, berjabat salam dengan si kaya dan miskin, yang tua dan kanak-kanak.

Baginda mendahului salam kepada setiap yang menemuinya, baik yang dewasa atau kanak-kanak, yang hitam atau selainnya, merdeka atau hamba sahaya.

Dalam satu perjalanan, Rasulullah meminta sahabatnya memasak daging kambing. Sesetengah sahabatnya ada yang bersedia untuk menyembelihnya, sebilangan lagi bersedia untuk melapahnya dan sebilangan lagi bersedia untuk memasaknya.

Rasulullah s.a.w menyatakan kesediaannya mencari kayu api. Tindakan Rasulullah itu tidak disenangi sahabat, lalu menyarankan:

“Kami cukup untuk kerja ini wahai Rasulullah.” Jawab Rasululllah: Aku tahu...kamu semua sudah mencukupi, tetapi aku tidak suka dibezakan daripada kamu. Allah tidak menyukai hamba-Nya yang dilihat berbeza daripada kalangan sahabatnya.”

Rasulullah s.a.w menaiki apa saja tunggangan yang didapatinya, kadangkala kuda, ba’ir, keldai dan himar, malah berjalan kaki tanpa kasut, selendang, kopiah atau serban.

Baginda juga menerima pemberian sekalipun seteguk susu atau seketul kaki arnab, kemudian membalas dan memakannya.

Semua ini menggambarkan sifat tawaduk atau rendah diri Rasulullah. Jika manusia yang sebegini mulia rela bersifat tawaduk, jadi apatah lagi insan kerdil seperti kita.

Kita boleh menguji diri sama ada mempunyai sifat tawaduk atau takbur, iaitu melalui cara berikut:

# Mendedahkan diri kepada kritikan membina dan benar. Jika hati berasa berat untuk menerima kebenaran, sukar untuk mengakui dan patuh kepada arahannya, malah berat untuk berterima kasih atas kritikan dan teguran itu, menunjukkan takbur masih tersemat di dalam diri.

Justeru, perlulah kita melatih diri sehingga biasa dengan teguran dan kritikan. Pada masa yang sama hati tidak berat untuk mendengarnya.

# Bergaul dengan teman sebaya dalam majlis keramaian dan cuba mengutamakan mereka, cuba berjalan di belakang mereka dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hati terasa berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur.

Tetapi dalam keadaan ini, kita juga perlu berwaspada daripada tipu daya syaitan yang membisik supaya bergaul dengan orang dianggap rendah dan hina supaya disangkanya bersifat tawaduk, sedangkan hakikatnya tidak.

Jika demikian, tanpa disedari sebenarnya dia sudah bersifat takbur di sebalik tawaduk yang dicari-cari dan cuba dilakonkan itu.

# Menghadiri jemputan orang fakir dan miskin, malah sanggup ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga serta teman. Jika hatinya berat, itu menunjukkan masih ada sifat takbur dalam dirinya.

# Boleh juga diuji dengan memakai pakaian buruk, kerana nafsu biasanya berat untuk memakai pakaian buruk.

Somber: http://cerekaduniaakhirat.blogspot.com/2009/07/tawaduk-perlu-dilatih.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Al-Fatihah buat saudara kita..


Sekejap tadi, aku baru sahaja menerima msj dari seorang teman ;

"Salam.. kwn kita.. atiq.. mnggal dnia pas asar td..sdekahkan al fatihah utk arwah.."

Sblm itu, aku baru shj mendengar rakan2ku yg berada dalam bilikku time itu, memberitahu berita tersebut. First2, mcm tidak berapa nak percaya. Ye lah, masih lagi student, muda dan orang itu, orang yg aku kenali. Ya Allah, kadang2 kita lupa bahawa kematian datang menjemput kita tanpa mengira umur, tanpa mengira usia. Astaghfirullahal 'aziim.. Namun, sejurus selepas itu, aku mengungkapkan juga lafaz,,

"إنا لله وإنا إليه راجعون"

"Kita datang daripada Allah dan kita juga akan kembali kepada Allah"

Aku bukanlah kenal sgt dengan beliau. Cuma kenal disebabkan kokurikulum sama, sukan boling padang. Kami dalam satu sesi. Beliau merupakan pelajar fakulti kepimpinan & pengurusan, jurusan akidah dan agama semester 1, tahun 1. Beliau juga merupakan bekas pelajar Maahad Darul Anuar, Kelantan.

Masa perlawanan hari tu, team diorang antara yg hebat jgk lah. Team diorang dapat tempat ketiga. Tapi, kalau nak diikutkan team diorang lagi hebat dari yg dapat tempat kedua. Team yg mendapat tempat pertama lawan dengan team diorang (tempat ketiga), 8-5 rasanya.. Manakala, team pertama lawan team kedua, score yg dpt 11-1..
Tapi, sebab lawan kalah mati kan,, so, dapatlah tempat ke3 jugak..
Tu, sedikit cerita tentang sukan boling padang yang disertai oleh beliau.

Atiq yang berbaju biru bersama teamnya dan jurulatih boling padang

Aku pun tak sure apa sebab kematian beliau. Dengar2, dia ada sakit jantung. Sahih ke? Entah la. Walau ape pun, marilah sama2 kita sedekahkah al-Fatihah buat beliau. Walaupun tak kenal, tapi sesungguhnya dia merupakan saudara kita seislam..

'Al-Fatihah'

Moga2 rohnya dicucuri rahmat, diberi keampunan dan di tempatkan bersama para solihin. Moga rohnya tenang di alam barzakh.. AMIN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sabar3~

Eee..
Sedikit geram nie..
Smua link abih ilang..
2 baru preview template,,
x save lagi..

Hem,,
nie kekurangan template jenis baru..
Blog Lists mudah sgt hilang..
Mudah sesgt..

Huk3..
Sdehnye,,
K, sabar2..
Mujur dlm proses renovation, management process..
Bukan dlm tekanan..
ha3..

Ok, i will do it again~
Be patient =)

p/s: sape2 yg ade kod html utk blog lists, bleh la kongsi ek. hu3
nak letak blog lists gak, br nmpk update n latest post. hehe.. :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."