Pendidikan kewangan - pelaburan unit trust

Assalamu'alaikum

Dah lama tak update.

Alhamdulillah, pada usia ini aku mengenali banyak bentuk pelaburan walaupun ada yang belum terlibat secara langsung.

Dan aku bagi financial education pada abang-abang dan adik-adik aku termasuk adik bongsu aku yang ketika ini di secondary school, SPM. Mak ayah aku dah lama pencen. Aku kongsi juga sedikit sebanyak pada mereka, mak aku pula sedih sebab tak sempat melabur dulu-dulu. Takpe mak, giliran anak-anak pula melabur. Mak doakan kami. Hasrat aku pun nak bantu orang Islam kita untuk tingkatkan ekonomi dan kewangan kita.

Aku rasa bab menyimpan semua orang takkan pertikai dan semua tahu kepentingannya.

Sekiranya kita simpan sahaja, kita tak cover kadar inflasi. Itu perlunya kita melabur.

Sekiranya kita seorang pekerja yang mengambil KWSP / EPF, akaun kita juga dilaburkan dan kita mendapat % pulangan atas jumlah simpanan. Itu juga salah satu bentuk pelaburan. Ada yang tidak sedar ke mereka telah melabur bukan setakat menyimpan?

Dividen KWSP 2000-2013
Dividen KWSP 2014


Nak pergi haji pula, kita simpan dalam TH. Kita ingat kita simpan je kan. Tapi sebenarnya kita dah melabur dan boleh nampak pertambahan dalam simpanan kita. Alhamdulillah.

Dividen dan Bonus Penyimpan Tabung Haji 2008-2014

Ada juga yang mengambil pilihan lain, melabur dalam ASB. Ada dividen yang mereka terima. Yang banyak terdedah dengan isu, kita raikan perbezaan pendapat, pandangan dan khilaf fatwa yang dikeluarkan ya.

Dividen dan Bonus ASB 1990-2014

Bank di Malaysia satu pun tiada zero conventional elements (baca: riba). Sekarang kita nampak kebanyakan bank dah wujudkan Islamic banking. Itu kita perlu sokong dan bersetuju ya! Syukur ada orang Islam kita yang berjaya wujudkan fenomena dan naikkan rating Islamic. Alhamdulillah.

KWSP, TH, ASB ada % dividen masing-masing. Nak lebih % boleh la kita berjinak-jinak ambil tahu tentang unit trust atau dalam bahasa kebangsaan kita, unit amanah pula. Dana shariah unit amanah berpotensi memberi kadar pulangan antara 10%-15%. Tapi kita kena jelas, bukan lebih je kita dapat, kurang pun boleh dapat, sekiranya jangka pendek. Perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan sedangkan petani, peladang pun kena hadapi kemungkinan banjir dan kemarau.

Sekiranya kita berhasrat untuk melabur dalam unit trust, sebolehnya jangan usik dalam tempoh 3 tahun. Unit trust sebaiknya untuk pelaburan jangka masa sederhana (3-5 tahun) hingga jangka masa panjang.

Nak cepat, main saham. Tapi risikonya lagi tinggi sekiranya kita terlibat tanpa persediaan ilmu. Itupun mereka yang arif tentang saham nasihat benda yang sama, paling kurang 3 tahun.

Nak cerita satu per satu banyak sangat. Hartanah, AHB, takaful, emas, tak masuk lagi. Hartanah tu aku belum terlibat secara langsung buat masa ini, dah aktif baru aku share based on experience ya. AHB, core investment dia juga hartanah. Takaful atau polisi perlindungan pun penting, tambah-tambah yang tiada medical card. Emas, banyak highway, nanti nak redah satu-satu dulu.

Celik kewangan dari usia muda ni nampaknya makin bertambah, atau mungkin circle media sosial aku sahaja sangat concern tentang kewangan, aku tak pasti.

Masuk balik bab unit trust. Unit trust company ni banyak. Aku pilih antara top ranking. Sekiranya aku kata top 1 kan, ada yang kata semua nak label dia top 1. Plak dah kan. Antara top aja lah ya, lebih selesa mendengar.

Antara perancangan kewangan dalam pelaburan (Investment Planning) - miliki rumah, persaraan (retirement), kembangkan bisnes (business), pendidikan diri/anak-anak (education), atau hanya mengatasi inflasi dari masa ke semasa (just beating inflation over time).

As accounting background, aku dah ada scientific dan financial calculator. Aku percaya ramai dah kenal scientific calculator. Tapi financial calculator ni tak ramai yang tahu. Ada di tangan pun kebanyakan tak tahu nak guna fungsi lain yang membezakan ia dengan kalkulator biasa. Financial calculator best untuk kira investment atau installment tau! Lepas pasca banjir hujung tahun lepas (2014), baru jumpa balik kalkulator ni.


Financial Calculator. Di skrin terpapar FV=Future Value=RM39,041 iaitu jumlah simpanan selepas 5 tahun sekiranya kita buat simpanan bulanan RM500 dengan andaian 10% dividen setiap tahun. Modal kita hanya RM30,000 sehingga akhir tahun ke 5. Sekiranya kita stop bulanan pun pada jumlah terkumpul RM39,041, 10 tahun akan datang, kita boleh dapat RM101,262. Lepas 30 tahun kemudian RM1.7M, boleh merasa jadi jutawan. (In Syaa Allah). Modal kita RM30k sahaja! Kalau rezeki dapat 15-20% lagi meletup, cepat masak. (aha)

Oh ya. Terlupa masuk dalam kiraan. First time invest, syarat minimum RM1,000 (deposit awal).

Sekiranya tiada tak perlu susah-susah nak beli financial calculator. Kita semua ada smartphone, boleh cari aplikasi untuk kira pantas. Kunci carian di app store atau google play, "financial calculator".

Sekarang aku join unit trust sebagai agen atau nama rasminya Unit Trust Consultant. Sesiapa berminat nak tahu lebih, atau berhasrat nak melabur dalam unit trust secara cash/kwsp/bulanan, boleh email aku atau pm telegram. Tak perlu sampai nak kosongkan terus pelaburan sedia ada. Orang cerdik pandai kata, diversify, kita pelbagaikan instrument pelaburan kita. In Syaa Allah, bersama kita bantu pertingkatkan ekonomi dan pengurusan kewangan umat Islam.

SMS/Whatsapp/Telegram: (0XX) XXX XXXX 

(Update 2021: Deleted contact info)

Area: Kuala Lumpur/Selangor/Negeri Sembilan/Kelantan

fmn - F

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."