Pelaburan Shariah - Unit Amanah

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Barakatuh

Bismillahirrahmanirrahim

Didoakan Allah sentiasa memberikan kita kebaikan dan manfaat dalam setiap detik urusan kita. Amin.

*****IKLAN*****

Pening tidak mampu menyimpan setiap bulan?

⚡Mahu memaksa diri menyimpan tetapi bagaimana?

Berhasrat untuk menyimpan dan mendapat pulangan atas simpanan?

Berminat untuk menggandakan simpanan?
eg. RM6K jadi RM12K; RM200K jadi RM400K; RM500K jadi RM1M

Sedang mencari cara sesuai menyimpan untuk jangka masa panjang?

⛵Tercari-cari kaedah untuk mencapai angka simpanan RM 1 juta dalam tempoh masa tidak kurang 20 tahun?

Merancang untuk menabung bagi pendidikan anak-anak, persaraan, umrah, haji atau mungkin percutian?

Ingin melabur tanpa menggunakan wang tunai?

Sekiranya YA bagi mana-mana cetusan di atas...

TAHNIAH!!!

Kerana berfikiran jauh ke hadapan dan mempunyai hasrat untuk menyimpan dan melabur terutama bagi mereka yang masih lagi mencari.

Mohon izin kami kongsikan tentang..

✨SIMPANAN PELABURAN✨

Ya. Menyimpan dan melabur. Bahasa mudah, simpan dapat pulangan. Simpan kurang, dapat lebih. Simpanan membiak!

⚠AWAS! 

Risiko kehilangan modal bagi mereka yang ingin melabur jangka masa pendek iaitu bawah 3 tahun.
Sebelum itu, USAH RISAU, pelaburan ini;

1⃣ Dibawah pantauan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
2⃣ Diuruskan oleh institusi kewangan iaitu bank
3⃣ Dibenarkan di bawah akta Bank Negara Malaysia

Pelaburan ini terbuka kepada muslim dan non muslim; peribadi, bisnes atau syarikat; dan HANYA pelaburan shariah sahaja yang kami uruskan.

Syarat am;
 Berumur 18 tahun dan ke atas
 Mempunyai minimum RM1,000 untuk bermula
 Simpanan bulanan minimum RM100 sekiranya ingin menyimpan setiap bulan
 Mempunyai KWSP/EPF sekiranya ingin melabur tanpa tunai
 Wang pelaburan mesti dalam bentuk cek atas nama bank dan bukan atas nama kami.

Whatsapp/SMS kami untuk set temujanji supaya kami mampu berkongsi lebih tentang simpanan pelaburan ini!

EKSKLUSIF

Hanya melalui appointment

WS/SMS XXX XXX XXXX (Update: Deleted info)

Coverage kami sekitar KL atau Kelantan dan tempat berdekatan. Lain-lain tempat atas permintaan dan diskusi. 

Mohon maaf, pelaburan ini bukan untuk;
❎ Mereka yang inginkan hasil sebulan/6 bulan/setahun atau jangka masa pendek
❎ Mereka yang inginkan pulangan 20% ~ 30% ~ 50% ~ 100% setahun

INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA

Tetapi dengan tabiat menyimpan dan melabur di tempat yang betul dan dibenarkan oleh undang-undang, kita MAMPU JADI KAYA dan MAMPU CAPAI ANGKA JUTAWAN. In Syaa Allah.

Bismillah,

WS/SMS/TG XXX.XXX.XXXX / XXX.XXX.XXXX untuk bertindak. (Update: Deleted info)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lifestyle berubah

Assalamu'alaikum!

Tempat kerja sudah bertukar. Kini aku kerja dalam mall. Setiap hari masuk mall! Oh cabaran. Duit mengalir keluar laju je walau hakikatnya duit tak banyak, yang banyaknya kena simpan. Itu yang sepatut la. Haha. Semua benda ada depan mata. Nak makan apa? Fast food lagi la suka makan time duit kering. KFC ada. Subway, Dunkin Donut, Big Apples, Texas Chicken, Burger King, bla bla.. Banyak sangat francais fast food level ofis aku! Adoii.. Nafsu boleh tahan kalau susah nak pergi, ni depan mata hari2. Tak rasa nak makan nasi, ada pilihan banyak giler. Adeh. Teringat nak beli barang, masuk je Aeon, Aeon Big, Cold Storage, bla bla, farmasi, bla bla..

Lepas tu, sebelum ni pergi ofis naik motor je. Jimat kos. Boleh anggar RM10 je seminggu. Sekarang ni naik train. Jalan nak ke sana jem sangat + bengkang bengkok + perjalanan yang memenatkan. Untuk kurangkan rasa penat nak hadapi semua situasi tu, aku terpaksa la naik train. Kos seminggu dua kali ganda. Adeh. Duit lagi. Eh, naik motor pun penat tau kalau terjerat dalam jem. Fokus kat jalan tu lebih, kanan kiri depan belakang bila2 boleh mencilok motor kereta. Penat.

Hari-hari kerja aku kena lalu KL Sentral. Tukar 2 train. Maka, masa menunggu saje boleh cecah 1 jam. Aku habis kerja jam 7.30 malam. Lepas maghrib baru aku bertolak pulang.

Kenapa aku nak minimakan kepenatan? Sebab ofis buka 7 days. Aku kerja weekdays and weekend kut. Antara yang aku teringin nak rasai dulu. Time orang kerja, kita cuti. Dapat rasa la sekarang ni, berpeluang cuti hari weekdays. Ahak. Nak buat urusan yang ada kaitan dengan office hour pun senang. Ada baiknya kerja rotation macam ni. Haha.

Kalau ada nak jumpa borak2 pasal unit trust ke, nak melabur ke, nak menyimpan ke, nak jadi agen ke, kita boleh set appointment weekdays/weekend. Jumpa di tempat menunggu KTM pun boleh. KL Sentral pun boleh. SMS/Whatsapp/Telegram (013) 367 2432. Unit trust mana? Unit trust yang ada agen 54% dari jumlah keseluruhan agen unit trust di Malaysia (Total worth 56K). Analisa tu aku kira sendiri dari rekod nama semua agen yang berdaftar dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia. Makanya? Makanya aku ada data nama semua agen unit trust di Malaysia. Haha! Rekod sampai Jun 2015 je. Nama aku pun ada! Maka tepatlah. Thank you provide data dalam excel. Senang nak buat analisa. Row nama sampai 56K tu.

Nak jadi agen unit trust kena ambil lesen. Aku bagitau siap2, lesen dia RM dua ratus lebih. Aku dulu upline aku yang tolong bayarkan dulu. Nak cepat seat for exam. Dia tak cakap apa2 aku dah bayar balik. Senang, dah ingat no akaun upline aku ni. Aku jaga kewangan, mesti la aku ingat no akaun bos. Huhu. Tapi stress la lambat sangat exam. 2 bulan kemudian baru exam lepas decide nak join. Ni sebab ramai sangat nak jadi agen unit trust la ni. ^_=

SMS/Whatsapp/Telegram (013) 367 2432.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendidikan kewangan - pelaburan unit trust

Assalamu'alaikum

Dah lama tak update.

Alhamdulillah, pada usia ini aku mengenali banyak bentuk pelaburan walaupun ada yang belum terlibat secara langsung.

Dan aku bagi financial education pada abang-abang dan adik-adik aku termasuk adik bongsu aku yang ketika ini di secondary school, SPM. Mak ayah aku dah lama pencen. Aku kongsi juga sedikit sebanyak pada mereka, mak aku pula sedih sebab tak sempat melabur dulu-dulu. Takpe mak, giliran anak-anak pula melabur. Mak doakan kami. Hasrat aku pun nak bantu orang Islam kita untuk tingkatkan ekonomi dan kewangan kita.

Aku rasa bab menyimpan semua orang takkan pertikai dan semua tahu kepentingannya.

Sekiranya kita simpan sahaja, kita tak cover kadar inflasi. Itu perlunya kita melabur.

Sekiranya kita seorang pekerja yang mengambil KWSP / EPF, akaun kita juga dilaburkan dan kita mendapat % pulangan atas jumlah simpanan. Itu juga salah satu bentuk pelaburan. Ada yang tidak sedar ke mereka telah melabur bukan setakat menyimpan?

Dividen KWSP 2000-2013
Dividen KWSP 2014


Nak pergi haji pula, kita simpan dalam TH. Kita ingat kita simpan je kan. Tapi sebenarnya kita dah melabur dan boleh nampak pertambahan dalam simpanan kita. Alhamdulillah.

Dividen dan Bonus Penyimpan Tabung Haji 2008-2014

Ada juga yang mengambil pilihan lain, melabur dalam ASB. Ada dividen yang mereka terima. Yang banyak terdedah dengan isu, kita raikan perbezaan pendapat, pandangan dan khilaf fatwa yang dikeluarkan ya.

Dividen dan Bonus ASB 1990-2014

Bank di Malaysia satu pun tiada zero conventional elements (baca: riba). Sekarang kita nampak kebanyakan bank dah wujudkan Islamic banking. Itu kita perlu sokong dan bersetuju ya! Syukur ada orang Islam kita yang berjaya wujudkan fenomena dan naikkan rating Islamic. Alhamdulillah.

KWSP, TH, ASB ada % dividen masing-masing. Nak lebih % boleh la kita berjinak-jinak ambil tahu tentang unit trust atau dalam bahasa kebangsaan kita, unit amanah pula. Dana shariah unit amanah berpotensi memberi kadar pulangan antara 10%-15%. Tapi kita kena jelas, bukan lebih je kita dapat, kurang pun boleh dapat, sekiranya jangka pendek. Perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan sedangkan petani, peladang pun kena hadapi kemungkinan banjir dan kemarau.

Sekiranya kita berhasrat untuk melabur dalam unit trust, sebolehnya jangan usik dalam tempoh 3 tahun. Unit trust sebaiknya untuk pelaburan jangka masa sederhana (3-5 tahun) hingga jangka masa panjang.

Nak cepat, main saham. Tapi risikonya lagi tinggi sekiranya kita terlibat tanpa persediaan ilmu. Itupun mereka yang arif tentang saham nasihat benda yang sama, paling kurang 3 tahun.

Nak cerita satu per satu banyak sangat. Hartanah, AHB, takaful, emas, tak masuk lagi. Hartanah tu aku belum terlibat secara langsung buat masa ini, dah aktif baru aku share based on experience ya. AHB, core investment dia juga hartanah. Takaful atau polisi perlindungan pun penting, tambah-tambah yang tiada medical card. Emas, banyak highway, nanti nak redah satu-satu dulu.

Celik kewangan dari usia muda ni nampaknya makin bertambah, atau mungkin circle media sosial aku sahaja sangat concern tentang kewangan, aku tak pasti.

Masuk balik bab unit trust. Unit trust company ni banyak. Aku pilih antara top ranking. Sekiranya aku kata top 1 kan, ada yang kata semua nak label dia top 1. Plak dah kan. Antara top aja lah ya, lebih selesa mendengar.

Antara perancangan kewangan dalam pelaburan (Investment Planning) - miliki rumah, persaraan (retirement), kembangkan bisnes (business), pendidikan diri/anak-anak (education), atau hanya mengatasi inflasi dari masa ke semasa (just beating inflation over time).

As accounting background, aku dah ada scientific dan financial calculator. Aku percaya ramai dah kenal scientific calculator. Tapi financial calculator ni tak ramai yang tahu. Ada di tangan pun kebanyakan tak tahu nak guna fungsi lain yang membezakan ia dengan kalkulator biasa. Financial calculator best untuk kira investment atau installment tau! Lepas pasca banjir hujung tahun lepas (2014), baru jumpa balik kalkulator ni.


Financial Calculator. Di skrin terpapar FV=Future Value=RM39,041 iaitu jumlah simpanan selepas 5 tahun sekiranya kita buat simpanan bulanan RM500 dengan andaian 10% dividen setiap tahun. Modal kita hanya RM30,000 sehingga akhir tahun ke 5. Sekiranya kita stop bulanan pun pada jumlah terkumpul RM39,041, 10 tahun akan datang, kita boleh dapat RM101,262. Lepas 30 tahun kemudian RM1.7M, boleh merasa jadi jutawan. (In Syaa Allah). Modal kita RM30k sahaja! Kalau rezeki dapat 15-20% lagi meletup, cepat masak. (aha)

Oh ya. Terlupa masuk dalam kiraan. First time invest, syarat minimum RM1,000 (deposit awal).

Sekiranya tiada tak perlu susah-susah nak beli financial calculator. Kita semua ada smartphone, boleh cari aplikasi untuk kira pantas. Kunci carian di app store atau google play, "financial calculator".

Sekarang aku join unit trust sebagai agen atau nama rasminya Unit Trust Consultant. Sesiapa berminat nak tahu lebih, atau berhasrat nak melabur dalam unit trust secara cash/kwsp/bulanan, boleh email aku atau pm telegram. Tak perlu sampai nak kosongkan terus pelaburan sedia ada. Orang cerdik pandai kata, diversify, kita pelbagaikan instrument pelaburan kita. In Syaa Allah, bersama kita bantu pertingkatkan ekonomi dan pengurusan kewangan umat Islam.

SMS/Whatsapp/Telegram: (0XX) XXX XXXX 

(Update 2021: Deleted contact info)

Area: Kuala Lumpur/Selangor/Negeri Sembilan/Kelantan

fmn - F

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."