Non-stop talking?

Banyak cakap betul. Dalam talian telefon boleh la bertahan 2 jam, sebab ada komitmen kredit phone kan. Patut la kalau berdepan boleh lebih 4 jam. Bila dah bercakap, macam tak nak berhenti tu. Mujur kadang-kadang tu, sebab ada waktu solat. Kalau tak, entah bila nak berhenti. Uish. Kalau dalam talian telefon pula, kita dah habis kredit, orang yang kita bercakap pula yang call balik. Bila dia pun habis kredit, call pulak dengan telefon rumah. Haha. Sharing memang powerful betul. Dua-dua minat berkongsi dan mendengar. Belum habis topik yang dibualkan, terputus macam tu memang tak best. Bagus juga ada orang yang sambung balik talian. Haha. Maksudnya topik yang dikongsi, best, ya dak? Hehe. Bila best macam tu la, kalau boleh nak cakap je memanjang, tak nak berhenti. Keh3.

Kita boleh berbicara panjang lebar, bukan dengan semua orang. Tak semua. Contoh kalau aku sendiri, orang yang aku tak kenal, aku tak borak panjang, sebab aku tak faham dia, tak tahu apa topik yang dia suka. Tapi bonus cepat mesra, walau kita tak kenal orang tu, orang tu dari Kelantan, sama negeri, mudah mesra, fuh, memang boleh buat teman berborak. Kena line, memang panjang. Huhaha, itu aku la. First impression, yang selalu fasi2 buat test dalam program, aku selalu akan dapat result, pendiam, pemalu. Haha. Jangan tertipu sangat. Bukanlah, risau, kalau hajat nak berkawan dengan orang pendiam sangat-sangat, aku risau aku kurang sesuai, nanti kecewa plak. Heh3. Sekiranya kita sehaluan, susah aku nak berhenti bercakap nanti. Maksud aku sehaluan tu, ada benda atau topik atau subjek yang boleh diborak. Fuh,, kalau macam tu, susah nak letak full stop kat mana nanti.

Tadi baru lepas habis berborak. Berborak tak semestinya benda kosong-nothing. Tadi antara borak yang inspirasi, sama-sama memberi motivasi, kongsi idea, planning, impian, dan Alhamdulillah, ayat-ayat mengingati Allah juga sentiasa ada dalam perbincangan. Ya, bila kita rancang sesuatu benda, memang kita kena set, Allah Always The Great Planner. Kena kembali kepada Allah. Kena sentiasa buat relation, hadirkan Allah dalam sesuatu itu, supaya apa-apa yang kita buat atau nak buat, telah buat sekalipun, Allah mengatasi matlamat apa pun, Allah paling di depan. Hidup mati kita di tangan Allah. Baik buruk kita, di tangan Allah juga, tapi sebab pilihan kita, jangan set nasib selalu, seolah-olah salahkan Allah. Salahkan diri tu, jangan sesekali salahkan Allah. Nasihat untuk diri terutamanya.

Selalu sangat kita dengar doa+usaha. doa, usaha. usaha, doa. tawakal, doa. usaha. tawakkal. ya betul la tu. Kita pun ada belief tu kan. Kata guru aku, doa ni boleh mengawal apa yang kita tak boleh kawal. Itu antara kekuatannya. Kita memang tak akan boleh kawal sesuatu tu selama-lamanya. Memang tak akan. Percaya yang tu. Allah sahaja. Jadi, kita kena selalu interaksi dengan zat yang selalu kawal kita, supaya kita ni sentiasa dalam kawalan rapi. Allahu.

Aku ni kalau baru betul2 lepas habis program, memang banyak isi. Fresh. Senang nak tabur. Haha. Kalau dah beberapa hari kurang cket. Aku ni jarang nak ingat quote orang, itu kelemahan aku, melainkan aku dengar berkali-kali atau aku baca berkali-kali, atau tak kesah la cara macam mana pun deliver itu, yang penting kena berkali-kali, baru aku ada potensi ingat yang lama. Contohnya, aku menghafal zaman sekolah menengah dulu, sebab dah lama tak ulang, tak ingat la, tapi masih ada kemungkinan, orang bacakan, aku boleh sambung. The powerful of repeating. Haha. Pandai-pandai buat rule dan istilah sendiri.

Kenapa aku boleh tulis cerita ini, sebab aku ni macam ada simtom 'expressing' yang tinggi. Tak cukup dengan bercerita menggunakan suara, menaip pulak, alih kepada tulisan pula. Haha. Nak cater orang auditori, dan orang visual. Haha. Orait2, Saje je mengada tambah topik baru. Ok, we need to put full stop here(.)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekolah Sains, Universiti Akaun

Aku pelajar aliran sains dulu masa di sekolah. PMR aku melayakkan aku untuk masuk kelas sains. Awalnya memang aku nak ambil akaun. Aku dah ada minat akaun pada masa tu. Ketika tu, aku minta pendapat abang aku, dan beliau pada masa itu berada di Mesir. Pendapat beliau, ambillah sains, kemudian tambah akaun. Bagi beliau sains juga bagus, ambil dua-dua lagi bagus, satu kelebihan dapat tahu dua2 bidang. Fikir-fikir aku pun masuklah kelas sains dengan hasrat akan tambah akaun sebagai pilihan lain. Bila dah masuk kelas sains, 3 sekali mata pelajaran sains iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia. Tiga pun dah berat bagi aku, ya, kerana ia lebih berat kepada fakta. Maka, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk tambah akaun sebagai subjek tambahan SPM aku. Waa, sedih jugak masa tu terkenangkan hasrat aku tu tak kesampaian.


Aku dah sangat-sangat minat dengan pengiraan masa tu. Sempat merasa skor A additional mathematics iaitu matematik tambahan semasa di Tingkatan 4 di mana tiada seorang pun yang dapat A time tu, gagal dan D ramai sangat ketika tu. Aku akui memang Add Math susah pun. Aku pulak paling happening buat add math, mencabar minda juga, tapi boleh jadi subjek favourite aku time tu. Best sangat! Cikgu takde juga buka buku add math, cikgu tak masuk je, add math, takde kerja je, add math, math, math. Maka, jadilah aku rujukan math dan add math dalam kelas. Haha.

Aku selalu ikut mymum ke bank, sebab aku kan satu sekolah dengan mymum, cuma aku ni pelajar, mymum cikgu. Aku suka sangat tengok kakak dan abang yang ada di kaunter bank, urusan keluar masuk duit, kira duit. Bestnya.. Aku katakan pada mymum, aku nak kerja macam tu la, best je tengok. Senang je kerja. Ahaha. Maka, lagi minat aku pada dunia akauntan, dengan sebab itu ja. Haha, walaupun aku tahu kerja tu balik paling lewat, kalau duit shock, kena tanggung. Lepas masuk u, baru aku tahu, yang kat depan kaunter tu, bukan orang lepasan ijazah, orang lepasan SPM atau Diploma je. Bila dah kerja baru aku tahu yang jawatan itu namanya teller. Dan tak sangka, bos aku yang lulusan akaun tu pun ada fikiran sama macam aku jugak. Eh, silap, aku lah yang sama fikiran macam beliau (ehehe), ambil akaun sebab suka tengok orang yang jaga kaunter bank tu dan nak kerja macam tu. Haha. Ingatkan tu la kerja akauntan. Lawak lawak pun ada jugak orang yang sama fikiran kan. Sampai sekarang pun aku belum dapat masuk dalam industri perbankan, sebab tak pernah apply pun lagi. Huhu. Mungkin satu hari nanti. In Syaa Allah. Nak jugak merasa. Kalau urusan kat kaunter ni, orang ijazah kat belakang orang yang duk di kaunter tu, supervise kerja. Supervisor la, pemerhati. Woah, best tak? Aku nak kerja best-best dan senang je. Haha. Best bagi aku la, because of the calculation.

Ya, itulah kisah akademik aku di sekolah. So, nak tahu macam mana aku ubah haluan? Ia bermula lepas aku kecewa dengan result SPM aku, semua subjek sains aku dapat C. Biologi, Fizik, Kimia termasuklah English For Science And Technology (EST) semuanya la yang kaitan dengan sains ni, aku dapat 5C. Sains dah rosakkan sijil SPM aku. Uh. Walau ada yang kata, ok lagi C, tapi bagi aku, nampak sangat aku memang tak minat sains, tak sesuai, dan tak layak untuk sambung bidang sains. C tu hint yang jelas dah bagi aku. Maka, aku tolak tawaran ke matrik dalam bidang sains. Aku takkan ambil sains. Nekad.

Maka, aku sambung belajar Tingkatan 6 Bawah dan ambil STAM, Sijil Tinggi Agama Malaysia. Bila aku dah nekad tolak sains, minat pada akaun membuak-buak, aku nak jugak akaun. Maka aku buat keputusan, aku akan ambil SPM bagi subjek akaun pada tahun tu jugak, sebab aku baca pendapat susah jugak akaun di universiti bila tak pernah ada basic akaun. Aku takut juga nak ambil risiko kesukaran tu. Nak, tapi takut juga aku tak dapat hadapi. Masa tu pulak, mak aku dah suruh aku isi maktab, masuk pula bab kewangan, yalah, maktab kan dapat elaun. Nampak la mak aku nak aku masuk maktab sebab meringankan tanggungan pengajian nanti. Isi tu semestinya la ikut perintah, tapi aku masa tu punya la berat hati, takut aku dapat maktab. Habis cita-cita aku. Aku nak jugak bidang akaun, dan dalam masa yang sama aku akan usaha dan doa takkan membebankan mak ayah aku dalam urusan pengajian aku. Punyalah doa, aku mengadu pada Allah, sebab aku dah mula ada cita-cita nak jadi akauntan. Risau sangat. Seingat aku, aku ada catat diari peristiwa aku sedih dan pilu dengar mak aku punya harapan tu. Lepas tu aku semak biasiswa, nak dapat JPA ada minimum A yang kena capai. Jadi aku ambillah SPM persendirian hanya 3 subjek: Perakaunan, Ekonomi Asas, dan Add Math. Sebab aku nak baiki add math aku, bagi dapat A, supaya aku dapat capai kelayakan untuk dapat JPA. Masa SPM dulu aku dapat B je, Tingkatan 5 busy skit nak banding Tingkatan 4, aku tak sempat catch up tapi aku still minat add math. Tapi aku still risau, sebab pelik dari orang, boleh ke tidak aku dapat bidang akaun dengan cara macam ni, dan dapat biasiswa JPA sedangkan aku lepasan STAM. Tak pernah dibuat orang, sebab aku tak pernah dengar. Situasi aku betul-betul merisaukan aku. Dapat ke tidak aku teruskan pengajian dalam bidang akaun+JPA taja.

Dalam tahun yang sama, aku ambil STAM dan SPM Tambahan. Lepas daftar SPM di JPN, aku tak sempat study langsung sehinggalah selesai STAM. Risau tetap risau, sebab gap dalam masa kurang lebih sebulan sahaja. Aku dulu student yang selalu datang sekolah, rekod tak pernah ponteng, tak sihat sikit pun, aku mesti datang sekolah. Lagipun, dulu aku jarang tak sihat, kalau demam pun aku tak bagitahu parents pun. Sebab tu aku geram betul orang manja-manja terlebih time sakit. Heh3. Tak pernah merasa dimanjakan, jeles tu biasa la. Haha. Bukan nak kata rajin, tapi pelik jugak aku ni, nak kekalkan rekod bersih tak pernah tak datang sekolah, bukan dapat award pun. Haha.

Last-last aku calarkan jugak rekod tu. Aku study SPM akaun, benda yang aku tak pernah belajar tu, lepas STAM. Lepas je STAM, aku tak datang dah sekolah, walaupun time tu, belum lagi cuti sekolah. Sayang jugak nak tinggalkan rekod kehadiran aku yang cantik tu, tapi time tu memang terpaksa, aku dah terkejar-kejar tak cukup masa nak study. Nak datang tuisyen pun tak sempat dah. Bermula la aku belajar akaun tanpa guru, hanya rujuk buku sahaja. Fuh, tebal betul nak habis silibus Tingkatan 4 satu buku, Tingkatan 5 satu buku. Aku dah buat jadual, satu hari kena habiskan berapa bab. Time ni la betul2 aku amalkan 3K - Katil (Tidur), Kafe (Makan), Kuliah (Study). Haha. Terperuk dalam bilik, hadap buku memanjang, rehat pun 15 minit macam tu je. Tak pernah seteruk ni, ni study paling teruk, kalah study masa kat u. Sampai aku pening kepala, pening pun paksa study. Sebab aku dah set kena capai juga target habiskan bab2, takde masa dah. Lagi-lagi baca kulit ke kulit, takde skip bab seingat aku. Semua aku study. Bukan akaun je nak kena habiskan, ekonomi asas lagi untuk 2 tingkatan (2 buku). Akaun ok la mengira, ekonomi tu dah la fakta. Cuma bestnya subjek fakta ni, kalau hafal ingat, memang straight right la. Resultnya memang ranking fakta paling tinggi aku skor. Itu kekuatan bila memorise facts. Ekonomi 1A, Akaun 2A, Add Math.. Fuh. Add math aku repeat je, sekurang-kurang aku dah pernah belajar, cuma kurang ingat formula. Sebab aku sangat fokus akaun dan ekonomi yalah sebab tak pernah study, memang terabai la add math, buat sekian kalinya, aku kecewa pada result Add Math sebab jatuh gred dari yang asal, bukannya naik. 

Akhirnya, Alhamdulillah, aku berjaya dapat tawaran USIM dalam bidang perakaunan. Awalnya aku dapat PTPTN, sebab masa tu biasiswa JPA belum dibuka. PTPTN aku sempat terima wang pendahuluan RM1,500 dan pinjaman 1 semester. Bila dapat JPA, aku terus stop PTPTN. Tapi itupun, lepas grad, 4 tahun kemudian, jumlah dalam surat yang aku terima hampir RM7,000, sedangkan aku pinjam RM5,000 pun tak sampai. Bila enntah nak ada duit setongkol, nak langsai habis, bayar lump sump terus, baru lega hidup. Rrasa mujur dan syukur pulak ambil STAM dan masuk bidang akaun dengan STAM sebabnya kurang persaingan, berapa sangat la yang ambil STAM nak banding dengan SPM kan. Less compete. Nak tunggu dapat CGPA ok, memang lagi lagi lagi la susah.

STAM dapat mumtaz pun risau jugak awalnya, takut kena paksa mydad pi timur tengah. Kalau pi timur tengah, memang bidang agama la jawabnya. Mujurlah mydad tak sentuh pasal tu. Aku tak nafikan, memang aku minat bahasa arab, nahu soraf tu, memang aku minat tersangat la, pensyarah baca baris terabur pun aku dapat detect (cuma aku senyap ja, aku kan budak akaun), tapi aku nak keluar juga dari kepompong kerjaya family, nak cari bidang pengajian lain dan kerjaya lain, bukan guru semata, walaupun ada jugak secebis rasa nak mengajar. Hewhew. Bahasa Arab jugaklah yang mencantikkan CGPA aku. Nasib baik di USIM ada arab. Heh3. Result akaun sebenarnya sama je dengan sains dulu-dulu dapat C, D jugak. Cuma bezanya, akaun aku minat, sains aku tak minat. Hee.

After all, aku gembira sangat sebab aku dapat belajar sains dan akaun sekali, walaupun caranya sedikit berbeza dari perancangan awal aku. Mengena jugak pendapat abang aku tu. Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Allah. Allah Always The Great Planner!

UPSR - PMRU - PMR - SMU - SPM (Sc) - STAM - SPM (Acc) - DEGREE (Acc)

*Panjang jugak kisah ni. Asal pemula topik entri kali ni, perenggan 3 je. Huahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."