Semarakkan Syawal dengan Puasa Enam~

Selamat kembali ke sekolah! Selamat kembali ke kampus! Selamat kembali bekerja~

Em,, saat ini ramai yang sudah kembali ke tempat pengajian masing2 untuk meneruskan pembelajaran dan kembali memikirkan soal tugasan yang di 'pause' seketika apabila pulang ke kampung berhari raya Aidilfitri. Ramadhan telah pergi, tapi teruskanlah ia dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal yang amat2 dianjurkan kerana ia merupakan kesinambungan dari puasa dan amalan yang dilakukan pada bulan Ramadhan.

Sabda nabi :

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun”. (Hadith riwayat Muslim)

Menurut Imam Nawawi: Para ulamak menyatakan: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa 2 bulan”.


Antara hikmah2 berpuasa 6 hari di bulan Syawal :-


Pelengkap dari puasa Ramadhan

Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh. Penyempurna dari kekurangan, membawa maksud, walaupun hukumnya sunat, pada hari Kiamat nanti perbuatan2 fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan2 sunnah ini. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi :

“Dan sentiasa hamba Ku mendekatkan diri kepada Ku dengan amalan2 sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Menyediakan sistem pencernaan

Selama 1 bulan sistem pencernaan kita berehat pada waktu siang. Kedatangan bulan Syawal boleh mendatangkan kejutan bagi sistem pencernaan kita, tambahan apabila disajikan dengan pelbagai juadah di dalam pelbagai majlis yang biasa masyarakat kita lakukan di bulan Syawal ini. Maka, puasa 6 ini memberi peluang kepada sistem pencernaan kita yang telah direhatkan tadi untuk bertugas secara beransur-ansur.

Amalan Ramadhan tidak terputus

Antara manfaat lain berpuasa 6 adalah segala amal yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam bulan Ramadhan, untuk mendekatkan diri-Nya dengan Allah, tidak akan terputus setelah berlalunya bulan Ramadhan yang mulia ini, selama seseorang itu masih hidup. Ini juga mengajar kita untuk beribadat secara istiqamah dan berpanjangan. Menyusuri daripada kata2 para cerdik pandai – “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.”

Tanda syukur rahmat bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan Ramadhan mendatangkan maghrifah atas dosa2 masa lalu. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan menerima ‘ganjaran’ di bulan Syawal – maka berpuasa di bulan Syawal adalah seperti tanda mensyukuri ganjaran yang diterima ini. Ia juga sebagai tanda syukur atas segala nikmat, pertolongan dan pengampunan yang telah diberikan oleh-Nya dalam bulan Ramadhan. Dan atas rasa cintanya terhadap ibadah puasa di bulan Ramadhan, ia tidak merasa bosan, berat atau jenuh apalagi benci berpuasa Ramadhan – lantas meneruskannya dengan berpuasa lagi selama 6 hari di bulan Syawal.


Namun, mungkin persoalan yang biasa timbul :

"Boleh tak gabung puasa qadha dengan puasa enam?"

Mengikut kebanyakan pandangan, menggabungkan puasa ganti dengan puasa enam tidak begitu digalakkan. Kerana puasa ganti adalah wajib dan ia merupakan hutang kita dengan Allah, dan puasa enam adalah sunat. Jadi sebaiknya2 digantikan dahulu puasa2 yang ditinggalkan dan disambung dengan puasa sunat Syawal.

Jika diteliti dari hadith di atas,,

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

Rasulullah s.a.w. mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kita juga dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawal.

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi :

“Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Dalam web ustaz Zaharuddin mengatakan, amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Ayuh semarakkan bulan Syawal ini dan bulan2 lain dengan kembali berpuasa. Mungkin selepas keluarnya dari madrasah Ramadhan, jiwa dan hati kita masih fresh dengan amalan, ibadah dan puasa yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan. Dan beruntunglah orang-orang yang dapat menyucikan jiwanya, rohaninya untuk terus berada dalam ketaatan dan beribadat kepada Allah. Rugilah jika ia diputuskan dan membiarkan ia berlalu. Tempoh sebulan adalah tempoh yang hampir cukup untuk membuatkan setiap perbuatan itu menjadi tabiat. Jadi jangan sia2kan tabiat baik yang telah kita amalkan sepanjang Ramadhan. Moga2 ia menjadi amalan yang berterusan dan sentiasa istiqomah dalam meningkatkan ketaatan kepada Allah S.W.T.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Syawal!


Salam Lebaran 1431H...
buat semua teman2 dari sekolah tadika taski al-hilal, tadika tengku anis (hee,, xtau entah ke mn dh smuanya. xpernh jmp dh), sekolah rendah zainab 1 dulu, sahabat2 maahad muhammadi perempuan, alumni maahad muhammadi negeri kelantan serta teman2 & sahabat di universiti sains islam malaysia. Juga buat sesiapa yang mengenali diri ini dan seterusnya buat semua pengunjung2 blog ini..

Indahnya Ramadhan dengan hadirnya hari kemenangan,
Indahnya hati dengan saling memaafkan..

Salam Syawal, Salam Aidilfitri, & Salam Kemaafan Zahir & Batin!~

Semoga roh Ramadhan dan benih2 amalan sepanjang bulan Ramadhan diteruskan tanpa jemu. Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan akan datang.

Ya Muhyi, Ya Mumit.. "Sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan!"

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini;

اللهم بلغنا في رمضان

Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan dan mengharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Bagaimana pula kita selepas keluarnya dari Ramadhan? Ada-kah tangisan mengiringi kita?

Ya Allah ampunilah dosa2ku, dosa kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabat2ku dan kami semua. Moga ada kerahmatan & keampunanMu buat kami. Moga keluarnya kami dari madrasah Ramadhan dengan hati yang suci, hati yang terdidik, lembut jiwanya dengan meningkatnya iman dan kecintaan kepadaMu. Moga kami tergolong dalam orang2 yang layak meraikan hari kemenangan ini. Hari kemenangan melawan hawa nafsu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sejauh mana...?

Assalamu'alaikum pembuka tirai yang telah lama tertutup..

Hari2 yang ku lewati kini terasa makin sibuk. Sejak aku memasuki semester 3 tahun 2, langsung tidak berkesempatan untuk memberi perhatian pd blog. Mungkin hanya menjadi penziarah di rumah sendiri. Tapi sebenarnya baru sahaja permulaan mendepani arus dalam melaksanakan gerak kerja. Ini pun sudah terasa bahangnya. Ya Allah, kuatkan aku! Aku bimbang dan aku takut. Ya Allah,, jangan biarkan aku tersungkur lemah. Bila aku terasa sedikit kuat, dengan nasihat dan sokongan sahabat2, satu persatu ta'lifat dan tanggungjawab yang datang yang perlu dipikul lantas dilaksanakan. Mungkin inilah ujian untukku dan hikmah untuk aku menjadi lebih matang dan hikmah yang belum tersingkap.


Ramadhan datang tidak sempat mengucapkan selamat datang. Namun, walau tidak tercatat di sini, sekurang2nya tercatat dalam lembaran kertas yang harapannya ia menjadi input yang berguna buat pembaca helaian tersebut. Setiap tahun, memang amat mengharapkan mendapat sesuatu dari madrasah Ramadhan. Tapi rupa2nya tertewas juga dengan keadaan. Ketika musim Ramadhan, kelas malam tidak juga berkurang, tetap dengan kondisi yang sama. Entah bagaimana amalanku sepanjang bulan Ramadhan. Adakah di takuk yang sama atau makin bertambah baik dan harapnya bukan berkurang. Wallahu'alam. Kerana Allah sahaja yang boleh menilai ibadah puasa dan ibadah2 lain yang dikerjakan. Kerana ada hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

اللهم تقبل منا صيامنا وقيامنا وركوعنا وسجودنا وتخشعنا وتصرعنا وتلاوتنا وتصدقنا وتمم تقصيرنا برحمتك يا أرحم الراحمين

“Ya Allah terimalah puasa kami, qiyam kami, ruku’ kami, sujud kami, kekhusyukan kami, ibadah kami, tilawah kami, sedekah kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami wahai Zat yang Maha Kasih dari yang mengasihi”.

تقبل الله منا ومنكم
Moga2 ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah dan moga2 ia meningkatkan pahala dan menjadikan kita orang2 yang sentiasa dekat dengan-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."