Ilmu Beli Rumah

Dalam masa seminggu ni sahaja, lima buah rumah telah dilihat untuk dibeli. Rumah di KL ni memang sangat-sangat tinggi. Tapi tak pernah pula tahu harga rumah dan tanah di negeri sendiri. haha. Rasanya jauh lebih rendah. Dah duk di KL, view rumah di KL je la kan. huhu.

Gambar hiasan. Verge32 Melawati

Diri sendiri baru grad tak sampai setahun, tak mampu lagi sampai nak beli rumah. Haha. Teman housemate je tengok-tengok rumah untuk tinggal dan dibeli. Dapat la tahu sedikit sebanyak ilmu hartanah dan vocab. huhu. Minggu ni beliau balik kampung, jadi sambung pencarian dan lawatan sambil belajar minggu hadapan pula yer.

Kami hanya cari rumah antara RM250,000 dan ke bawah sahaja. Itu pun pinjaman balik kepada bank lingkungan RM1,000 sebulan selama  20  tahun 30 tahun. Hampir terlupa compounding bank. Beli satu rumah dengan bank, macam harga beli dua buah rumah. Nak buat macam mana, duit kurang, kena guna jugak khidmat bank kan. Untungnya rumah aset, kereta liabiliti (bukan dari segi akaun secara asas).

Antara rumah yang kami dah pergi tengok sendiri di sekitar KL selama seminggu ini :

1. Riverdale Park, Bukit Antarabangsa (RM200,000) - concern : landslide, bank value, bank loan, dibiarkan kosong setahun lebih, penghuni sebelum adalah india.

2. Spring Ville, Ukay Perdana (RM206,000) - concern : landslide, bank value, bank loan

3. Impian XX, Setapak (RM210,000) - concern : ramai foreigner, lingkaran bangunan yang kurang menarik dan kurang selamat. (Lupa nama apartment ni. haha)

4. Persona Villa, Kemensah, Ampang (RM200,000) - concern : walk up, tingkat 3.

5. Residensi Bistaria, Ukay Perdana (RM260,000) - tingkat 6, rumah totally baru siap. Tiada wiring, lampu, kipas semua tiada. Tapi dekat dengan MRR2. Ada surau, swimming pool. Maintenance cost tinggi juga, dalam RM150 sebulan. Pemilik dato'.. Anak dato' je datang bawa kunci, tak berpeluang jumpa dato'. huhu. Paling rendah dato' boleh bagi sampai RM255,000 je. Dah berkenan dah, tapi melebihi bajet, tambahan rumah tak siap renovate. Kos beribu jugak nak kena pasang lampu, kipas, grill, glass door dsb.

Eh, buat numbering baru sedar rupanya dah enam rumah yang kami tengok sebenarnya bukan lima. Spring Ville ada dua unit yang kami deal dengan agent untuk view. Satu lagi jumpa borak dengan agent je sebab tenant (penyewa) tak sempat balik, tiada di rumah ketika kami tiba masa yang dijanjikan. Takpe la sebab structure sama je, kami dah lihat unit sebelum.

Ha, mai nak kongsi sket vocab hartanah, pasal rumah2 ni. huhu. Ni ikut kefahaman je tau, bukan rujuk kamus dewan. haha. Kalau salah perbetulkan. Budak-budak baru belajar, tak sabar nak kongsi, seronok dapat ilmu baru, macam ni la..

Subsale : Rumah siap yang dijual dari selain developer (bukan dalam pembinaan / bukan dijual oleh pemaju)

Walk-up : Bertangga, tiada lif. Biasanya flat.

Bank value : Nilai atau harga rumah mengikut bank

Market value : Nilai atau harga pasaran rumah tersebut. Lokasi juga memainkan peranan.

Low cost : Rumah kos rendah. Rumah low cost biasanya hanya boleh dibeli oleh individu yang bergaji bawah RM3k sebulan atau bawah lagi dari kadar ini.

Owner / Landlord : Pemilik unit atau rumah

Tenant : Penyewa unit atau rumah. Kadangkala rumah yang ingin dibeli masih ada penyewa. Biasanya penyewa akan diberi notis 3 bulan untuk keluar apabila rumah tersebut akan dijual.

Bumi : Singkatan kepada bumiputera.

Non-bumi : Singkatan kepada non-bumiputera iaitu bukan bumiputera.

Square feet : Unit ukuran (measurement unit) keluasan rumah. Singkatannya sf. / sqft. ; Per square feet : psf.

Square meter : Unit ukuran (measurement unit) keluasan tanah. Singkatannya sqm.

Freehold : Bangunan dan unit milik kekal (In Syaa Allah).

Leasehold : Bangunan dan unit bukan milik kekal. Biasanya ada kontrak berapa tahun, contohnya 99 tahun. Kerajaan boleh ambil balik tanah tersebut untuk buat pembinaan contohnya. Pampasan mungkin akan dapat, tapi lepas tu dah hilangla aset ni. .

Landed : Satu unit rumah atas tanah seperti rumah banglo dan teres. Apartment, condo, flat tidak tergolong. Sebab tanah tu berkongsi dan bukan milik kita.

Corner lot : Rumah di bucu atau hujung. Biasanya rumah teres ada corner lot. Corner lot permintaan tinggi sebab ada tanah dan keluasan tambahan berbanding rumah-rumah di tengah.

Auction : Rumah lelong. Antara sebab di lelong - peminjam tak mampu bayar pinjaman bank, lokasi yang pernah berlaku kejadian alam seperti tanah runtuh, pernah ada sejarah penghuni bunuh diri dsb.

Shop lot : Bangunan / deretan kedai-kedai

Shop apartment : Rumah atas kedai. Tingkat bawah adalah kedai, tingkat atas pula rumah-rumah.

Fully-furnished : Unit atau rumah yang lengkap dengan perabot dan perkakasan.

Semi-furnished : Unit atau rumah yang ada perabot dan perkakasan tetapi sesetengah sahaja.

Unfurnished : Unit atau rumah yang kosong, tanpa apa-apa perabot.

Renovated : Unit yang sudah diubah suai.

Maintenance fee : Bayaran penyelanggaraan. Rumah apartment atau condo memang ada fee ini secara bulanan untuk tanggung servis lif, security, swimming pool, gym, playground etc.

Guard security : Ada pegawai keselamatan yang kawal keluar masuk kenderaan dan kawal keselamatan.

Layout : Struktur rumah. Berapa bilik tidur, tandas, bagaimana dapur. Bedroom yang ditulis 3.1 atau 3+1 adalah bermaksud 3 bilik tidur tambah 1 bilik kecil (kecil je, macam stor).

S&P / SnP : Sale and Purchase Agreement. Perjanjian jual beli rumah.

DoA : Deed of Assignment. (Terjumpa je istilah. Yang ni aku tak tahu. hehe.  Rujuk sini.)

PoA : Power of Attorney. (Terjumpa je istilah. Yang ni pun aku tak tahu. hehe.  Rujuk sini.)

CF / CFO : Certificate of Fitness Occupation. Sijil Layak Menduduki. Kata setengah orang CF ni title. Pastikan setiap rumah yang ingin dibeli ada CF. Biasanya rumah yang ada CF tiada masalah untuk mohon pinjaman bank (sekiranya tiada sebab lain). Selepas rumah siap,  pihak pemaju akan mohon dapatkan CF. Selepas diluluskan, pemaju perlu tanggung warranty selama 2 tahun. Selepas 2 tahun dari tarikh CF diluluskan, pemaju sudah tiada kena mengena. Kalau belum ada CF, perlu minta dari developer, minta lawyer buatkan. Segala urusan jual beli rumah perlu dapatkan pengesahan pihak pemaju. Syarat untuk dapat CF, rumah akan disahkan sempurna, selamat dan selesa untuk diduduki oleh badan berwajib seperti TNB, TELEKOM, BOMBA dan beberapa lagi agensi.

Okeh. Itu sahaja yang keluar dari kotak minda ketika ini.

Kawan sendiri yang rapat takde la segan nak tanya walau benda paling kecik. Yang penting, beliau jawab soalan aku directly, tak perkecilkan dan tak rendahkan pun. Orang macam ni senang kita nak dapat ilmu, sebab kita boleh bertanya apa sahaja. Bila tak segan, banyak soalan akan ditanya, banyak la benda baru kita tahu dan benda lama yang baru tahu. Tahu tak, perkara yang semua orang tahu, aku je yang tak tahu sebelum ni, baru tahu. Jangan gelak ok. Aku baru tahu bumiputera ni orang melayu dan beberapa bangsa di Sabah dan Sarawak. Bukan bumiputera ni orang cina dan india. haha. Aku gelak takpa, hangpa jangan gelak sampai aku dengar. haha. Senyum takpa, senaman baik untuk otot. haha. Sebelum ni aku ingatkan bukan bumiputera ni foreigner. Lupa lak yang foreigner2 ni soal warganegara, bukan bumiputera atau tak. heh3.

Bila bertanya pasal rumah2 ni dengan penjual (termasuk agent), kawan aku mesti tanya pemilik rumah tu bumi atau non-bumi. Beliau kongsikan, rumah yang dimiliki oleh bukan bumiputera boleh dibeli oleh bumiputera atau bukan bumiputera. Rumah yang dimiliki oleh bumiputera hanya boleh dibeli oleh bumiputera. Tapi ada je yang berlaku sebaliknya, itu atas budi bicara pemilik rumah tanpa melibatkan mana-mana pihak luar.

Semangat berkongsi mengenai jual beli rumah. Selain untuk manfaat orang lain, aku kena catit juga untuk manfaat diri sendiri di kemudian hari. Aku mungkin perlukan balik maklumat ni bila dah mampu beli rumah nanti. Hew2.

Kebiasaannya, deposit membeli sebuah rumah adalah 10% daripada harga rumah. Kalau harga rumah RM200,000 jadi deposit yang perlu didahulukan RM20,000. Maksudnya, sebelum beli rumah, dah kena standby RM20,000 di tangan (bukan pegang di tangan, tapi duit sendiri ke, contohnya dalam bank akaun simpanan, akaun semasa, KWSP, atau duit mak bapak atau orang lain, etc). Sekiranya tiada masalah, maksimum bank akan bagi pinjam 90% daripada harga rumah, bukan 100%. Maksudnya, kalau lulus pinjaman bank penuh, dapatlah pinjam RM180,000. Tuan rumah dapat la RM194,000 (RM180,000 + RM20,000 - RM6,000). Eh, RM6,000 ke mana? Normal, 3% lagi agent punya bahagian. ye kan? Wow, banyak kan. Kalau deal rumah jutaan ringgit,, wawaw,, patut la kerja agent rumah ni boleh jadikan kerjaya..

Antara faktor peratus pinjaman bank menurun adalah lokasi rumah tersebut. Contohnya, rumah yang pertama kami view adalah di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Lokasi ini pernah ada sejarah tanah runtuh (landslide), jadi bank menurunkan peratusan pinjaman untuk mengurangkan risiko. Walaupun tempat ini tidak berlaku kejadian tersebut, tetapi hampir dengan tempat kejadian dan alamat penuh rumah tersebut juga tertera Bukit Antarabangsa. Asasnya, bank akan bagi pinjam 90%, tetapi bila wujud masalah seperti ini, kalau bank luluskan pun, tak penuh, mungkin 60% atau lebih rendah. Yang pasti bawah 90%, itu pun kalau bank luluskan pinjaman tersebut.

Jadi, bila bank value lebih rendah dari harga jual, pembeli kena suffer sendiri lebihan yang tidak ditanggung oleh pihak bank. Contohnya, harga owner jual RM200,000 tetapi nilaian bank, harga rumah tu RM180,000. Lebihan RM20,000 (RM200k-RM180k) + RM18,000 (10% x RM180,000) tu tanggung sendiri. Bank hanya akan bagi pinjam RM162,000 (90% x RM180,000) atau bawah dari kadar tersebut.

Pinjaman bank juga bergantung kepada kelayakan peminjam sendiri. Jawatan, gred, gaji bersih, komitmen dan pelbagai lagi akan dikira untuk menentukan berapa pinjaman yang layak bagi seseorang individu. Nak tahu kelayakan kita, kena tanya pegawai bank tersebut. Pergi la banding-banding dulu, tanya beberapa bank, contohnya Bank Islam, Maybank, CIMB, RHB Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Affin Bank etc. Lain bank, lain jumlah pinjaman yang layak. Secara draf, pinjaman yang kawan aku mungkin dapat, Maybank paling tinggi, Bank Islam paling rendah. Itu setakat beberapa bank yang beliau dah tanya sahaja. Draf je, kiraan kasar bukan lagi kiraan yang lebih dihalusi. Mungkin lebih atau kurang lagi dari kiraan kasar tersebut. Komitmen semua kena kira. Contohnya bayaran ansuran kereta, kad kredit, pinjaman peribadi (personal loan) dan macam2 lagi. Kawan aku hanya ada komitmen kereta, jadi pinjaman bank lagi tinggi.

Masa bayar deposit, time tu dah start tandatangan agreement / dokumen perjanjian jual beli rumah. Time ni kena hati-hati. Bila melibatkan angka-angka yang besar, lagi-lagi kena ambil serius soal terma dan syarat perjanjian. Baca dan fahami. Lebih selamat bila ada pulangan wang sekiranya tak jadi beli atas sebab-sebab tertentu. Contohnya, wujud terma "subject to loan", maknanya bergantung pada pinjaman bank. Sekiranya pinjaman tak dapat atau bank tak luluskan atau mungkin kita tidak bersetuju jumlah pinjaman bank, wang deposit akan dikembalikan. Contoh lain, "subject to bank value" iaitu bergantung pada nilai bank pada rumah tersebut. Sekiranya bank value rendah dari harga jual, kita tak jadi beli, kita berhak dapat balik pulangan deposit. Deposit bukan sedikit. Kalau harga rumah RM200,000, deposit dah RM20,000. Banyak tu..

Kalau pinjaman bank rendah dari 90%, jawabnya kena tanggung sendiri, kena topup lebihan tu. Fuh, bukan sikit main dengan ratus puluh ribu ringgit. Orang kaya, orang bisnes berjaya lain la, kacang jer kan. Aku yang baru kenal dunia kerja ni, fuh.. nilai ribu pun dah banyak. hoho. Ok, baik, sekarang belum turn aku yang beli rumah, my friend ok. haha. mengigau jugak nak beli rumah. Umur tengah muda ni, baik jugak beli rumah, bukan untuk tinggal, tapi untuk melabur. Haa, ni kena belajar lebih, duit nak bayar PTPTN satu sem + pendahuluan pun tak lepas lagi. haha.

Tapi memang betul pun, harga rumah boleh naik lebih RM30k dalam masa 2-3 bulan, sebulan pun ada la. Bukan semua, tapi memang wujud, tambah-tambah di ibu kota, bandar2, nilai cepat naik. Nampak tak beza simpan harta dalam bentuk wang ringgit sahaja dengan simpan aset termasuk rumah? Haih, macam nak buat hotel la plak. ahah.

Semangat membara nak cepat-cepat buat pelaburan hartanah! Langkah awal, melabur dalam emas. Bulan lepas baru buka akaun simpanan bank Kuwait Finance House (KFH). In Syaa Allah, ada rezeki, bulan ni buka akaun emas pula di KFH. Pembukaan akaun emas, minimum 10g emas. Ok, yang ni, kisah lain plak.

Antara pelaburan menguntungkan, pelaburan ilmu, pelaburan emas dan pelaburan hartanah.

Sama-sama merancang kehidupan. Baik dunia, baik akhirat. In Syaa Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pain

Apabila Allah timpakan sedikit sakit kepada kita, terasa dosa yang banyak telah dilakukan. Dosa kepada Allah dan dosa sesama manusia.

Adakah sakit benar-benar menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu? Atau kita sekadar mendapat sakit sahaja?

Walau hanya sedikit jentikan, sakit yang cuma sedikit jika nak dibandingkan orang yang lain yang lebih perit, tetap ia tetap suatu ketidakselesaan dan keadaan yang kita tidak inginkan.

Sakit ini seusia dengan krisis MH370. Ku doakan ia kembali baik dengan diampun dosaku yang lalu serta hubunganku dengan Allah juga semakin dekat.

Ya Allah, aku hambaMu. Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mood Disorder

Design. Sudah lama aku menyepi dari dunia seni ini. Entah, aku keliru. Aku seolah-olah sedang bermusuh dengan dunia seni ini. Haha. Okeh, ayat kasar.

Aku rasa disebabkan aku tidak mampu urus masa aku dengan baik untuk diselarikan dengan kerja pejabatku. Terasa seolah tidak mampu. Semasa di institusi pengajian, masa belajar lebih flexible. Dalam seminggu, ada satu, dua hari penuh waktu belajar yang dikira sebagai waktu wajib. Waktu lain memang disibukkan dengan aktiviti lain seperti persatuan dan sebagainya tetapi masanya masih boleh diatur kerana ia adalah masa kita sendiri. Ketika di alam persekolahan, masa wajib hanya separuh hari, yang lain masa sendiri. Apabila bekerja, masa wajib adalah sehari sehingga petang, hanya malam sahaja yang lapang. Itupun sekiranya benar-benar mampu pulang awal (petang). Sekiranya pulang lewat, jawabnya penat bersambung ke hari esok.

Faktor kerja sebegini sedikit sebanyak agak menyebabkan aku terkejar-kejar memenuhi permintaan individu yang memohon design. Sudahlah pulang lewat, tengah malam buat pula kerja luar pejabat. Esok pagi kerja lagi waktu yang sama. Sehinggalah ada design yang aku tidak berjaya memenuhi citarasa aku sendiri pun, aku perlu hantar, dan aku tidak mampu mengedit perubahan berikutnya. Rasa macam kerja pertama aku buat half-way. Aku kesal juga. Sudahlah rakan antara yang rapat ketika di universiti. Dah jadi begini, segan sangat, kuranglah sedikit komunikasi apatah lagi nak minta pendapat atau bantuan. Baru-baru ini ada lagi sorang yang jadi begini. Entah, tak tahulah, yang terjadi pula pada rakan sekelas kedua-duanya.

Buat masa ini, aku terpaksa menolak kebanyakan design. Tidak mahu memberi harapan. Beri harapan, tidak berjaya disiapkan, lagi bahaya. Terutamanya design yang bersifat urgent. Tolak terus biasanya. Melainkan ada rasa simpati yang berjaya diurut. Haha. Design logo memang tiada harapanlah, sebab tiada kepakaran dalam bab idea, pantas sahaja reject.

Sudahlah berkejar-kejar, bukan ada bayaran pun kebanyakannya. Zaman universiti, tak rasa sangat, JPA dan tanggung segala kos hidup, tambah-tambah memang style budak mengaji macam tu la. Orang tanya bayaran pun serba salah terutamanya student. Basic RM50 sudah angka sangat besar buat pelajar. Pernah sekali dua je aku cuba beranikan diri sebut harga setelah didesak. Aku pun letaklah harga RM10 bagi design cover majalah, beliau inginkan RM5. Ha, sebab tu aku tidak pandai letak harga pada student, aku memang tak tahu tahap kemampuan individu. Tak kesah la, sebab aku bukan berkira sangat soal nak bayar ke tak, sebab aku memang sudah biasa hidup tanpa bayaran dan sudah lama diajar sebegitu. Terus ku katakan, ikutlah nak bayar berapa pun, tak bayar pun takpe. Zaman pengajian tidaklah terlalu kesah, sebab aku sangat enjoy buat kerja-kerja IT dan seni apatah lagi explore benda-benda IT yang orang tak suruh, syok sangat.

Zaman kerja, dah lain sebab sara hidup sendiri. Tak rasa enjoy sekarang buat design. Kalau faktor bayaran, orang tanya bayaran, memang tidak berjawab la soalan tu. Bukan minda bisnes lagi kan.  Lebih kepada faktor masa rasanya, tertekan dan pernah buat klien kecewa. Aku agak orang kecewa dengan kerja aku (terutama apabila aku sendiri tidak puas hati dengan kerja aku, eg. design yang belum berjaya tambat hati aku sendiri atau proses memakan masa (edit yang terlampau dari klien yang akhirnya terlalu dekat dengan tarikh event), lambat submit dsb, maka aku dengan rela hatinya menyatakan tidak perlu dibayar langsung kos design walaupun mereka pernah menyatakan ada bahagian untukku. Dua keadaan yang berlaku demikian, satu memang tidak dibayar (kecewa sangat mungkin. --') . Satu lagi tetap dibayar. Yang itu bukan design tetapi video. Bayaran yang paling tinggi setakat ini, video berdurasi 1 minit 55 saat (final) dengan 4 revision dibayar RM500. Untunglah berurusan dengan orang bisnes, lain gaya orang bisnes ni. Huhu.

Mungkin juga demotivated bila tengok design yang makin menarik kini. (hehe. ada juga orang macam ni) Rasa macam idea mereka ni banyak jer, aku pula rasa idea aku makin kurang dan lemah, tidak setangkas mereka. Termotivasi untuk belajar dari design mereka tetap ada, cuma bukan untuk menerima permohonan design. Explore sendiri tiada keperluan (saja-saja) lagi rileks, tidak perlu terkejar-kejar.

Maka, aku berehat seketika dari dunia design (grafik). Kalau nak tawarkan buat video dengan harga semacam di atas, boleh juga, aku pertimbangkan. hahak. Mujur video aku ada mood sedikit berbanding design. Entah masih bersisa selama mana. Banyak sangat pula isu design ni, patut menghilang kan. krik krik.

Walaupun beberapa kali kawan rapatku dalam dunia bisnes juga rakan ketika di institusi pengajian, tawarkan untuk marketkan servis aku, aku masih merasakan tidak mampu. Pernah juga satu team dalam satu program dulu dengan beliau. Asasnya beliau ketua, tapi aku pula macam ketua. haha. Alhamdulillah aku mampu bagi arahan juga pada pihak atasan. haha. sebab aku sorang yang asyik tunjuk hasil kerja. Hee. Beliau pernah bercerita bahawa beliau pernah rugi puluhan ribu, tetapi alhamdulillah bisnes semasa beliau makin maju. Orang luar hanya nampak bisnes beliau yang terus naik, tapi beliau rupanya pernah rugi angka yang sangat besar pada usia beliau yang masih muda dan tengah cover balik. In Syaa Allah, gaya pun dah nampak macam cepat je nak capai jutawan. Siap boleh buka syarikat sendiri (Sdn Bhd) walau masih dalam latihan industri ketika itu (sebelum grad). Katanya nak buat bisnes bersifat antarabangsa pula. Memang laju orang bisnes ni. Walau beberapa kali aku katakan belum mampu, beliau tetap sokong aku, bagi semangat. Aku kata tidak boleh, beliau tetap katakan aku boleh dan mampu. Beliau pun nak bantu aku pasarkan servis dan bersedia beri khidmat konsultan sekiranya aku perlukan (eg. untuk buka bisnes). Terima kasih banyak-banyak buat beliau. Aku bersedia nanti, aku isytihar.

Okey, minat aku yang lain adalah explore benda baru dalam dunia seni dan IT. Sekarang aku tengah self-explore Microsoft Office Access (database), Adobe Illustrator (design - rugi pandai guna Photoshop je), Joomla! (website), Wordpress (website - belum explore lagi, baru dalam list) dan satu lagi aplikasi website yang kurang femes, tapi sepertinya sangat mudah dikendalikan kerana boleh design ikut suka tanpa coding tetapi lebih bersifat tetap bukan jenis entri, post atau artikel. Seronok. Sangat seronok, bila dibuat tanpa sebarang arahan. Enjoy. Ya, kerja paling enjoy ketika ini! Aku sangat suka sehingga aku berfikir untuk tidak bekerja, hanya explore dan buat sesuatu tanpa menerima arahan dan permintaan. Haha.

Saat keliru dengan minat. Gangguan mood sahaja. Mungkin.

28.03.2014
1.30 AM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minda ligat berfikir .. Oh kerja!

Aku kini bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota Kuala Lumpur.

Ibuku antara insan paling berminat mencari pekerjaan buat anak-anak termasuk diriku. Ibuku sangat menginginkan anaknya bekerja kerajaan. Sekiranya mendapat tawaran kerja kerajaan dengan kelulusan SPM sahaja pun, pasti beliau suka anaknya untuk menerima, yang penting kerajaan.

Tetapi aku tidak terlalu bersungguh dalam memilih pekerjaan pada ketika ini samada kerajaan atau swasta. Mungkin aku amat memikirkan soal kerja di ofis sekarang yang masih banyak urusan belum selesai disebabkan aku perlu membuat kerja semasa dan kerja lampau (sebelum aku mula bekerja di syarikat tersebut) dalam waktu semasa. Ia ternyata bukan kerja yang mudah. Hanya diriku seorang yang membuat urusan kewangan yang memerlukan ilmu perakaunan, kerana hanya diriku seorang pekerja yang mempunyai sijil akademik dalam bidang perakaunan. Oleh itu, aku bukan diberi tunjuk ajar dan latihan secara terus dalam menguruskan hal-hal kewangan terutamanya dalam melengkapkan data kewangan, proses dan urusan audit syarikat. Aku perlu banyak terokai sendiri. Sebelum aku cekap, aku sebenarnya lebih suka ada individu yang mengajar aku terlebih dahulu, kerana bagiku itu satu proses pembelajaran yang lebih pantas dan lebih singkat dalam menguasai sesuatu.

Panggilan dari ibuku banyak berlegar urusan iklan kerja kerajaan. Aku akan menyantuni kebanyakan permintaan beliau, cuma tidak terlalu bersungguh. Kadangkala online sahaja yang diisi, dokumen yang perlu dipos agak sukar untuk dilaksanakan. Aku tidak menyediakan dan menyusun dokumen dengan baik, itulah antara kesukaran untuk memenuhi permintaan ibu secara terbaik. Sekiranya aku dipanggil oleh JPA untuk berkhidmat, mungkin akan ku pergi jua. Redha ibu perlu didahulukan, risau keberkatan hilang. Sesetengah tempat aku berhujah, sesetengah tempat aku menurut terutama apabila melibatkan cerita disebalik.

Sekiranya aku stay di pejabat kini atas faktor gaji, rasanya agak jauh sekali. Kerja di negeri sendiri jauh lebih menguntungkan mengikut kadar semasa. Bahkan tidak perlu memikirkan soal belanja sewa rumah. Kalau nak diikutkan selepas tolak sewa rumah, elaun yang aku pernah terima sewaktu kerja sebelum masuk ke universiti, lagi tinggi. Kerja tersebut lagi rileks, langsung tidak perlu memikirkan soal kerja selepas pulang, kerana ia hanya urusan pada ketika itu sahaja. Otak sangat rileks, serius. Aku sangat impikan kerja sebegitu. Aha. Tetapi kerja akaun memang susah untuk bertemu kerja yang tidak berkait pada hari esok dan hari kemudian.

Melainkan.. aku mampu majukan bisnes sendiri. Seronok, punya waktu sendiri, ikut suka. Aku masih memikirkan soal ini. Aku masih lagi menilai samada perlu membuka milikan tunggal (sole-proprietorship / enterprise) atau syarikat sdn bhd untuk orang yang baru ingin memulakan bisnes sendiri. Dalam masa yang sama aku tidak suka menukar status entiti. Dua kali kerja. Beberapa urusan yang perlu diambil kira termasuk pendaftaran SSM, akaun semasa bank (cek), sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dll. Sekiranya ingin libatkan dalam dunia latihan, urusan pendaftaran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) juga akan menjadi isu kerana milikan tunggal selepas ini tidak lagi diterima untuk didaftarkan. Ada masa nanti aku akan kaji lebih lanjut. Semasa di universiti, aku memang belajar soal kategori perniagaan ini, tetapi tidak cukup dengan itu kerana aku kurang mampu untuk padankan dengan bisnes yang sedang aku fikirkan (In Syaa Allah).

Apa yang aku tengah fikirkan, sekiranya aku membuka perniagaan sdn bhd terus, aku perlu bijak menguruskan kewangan kerana setiap tahun audit perlu dibuat ke atas transaksi syarikat dan perlu mempunyai company secretary yang bertanggungjawab menjaga dokumen syarikat dan mengeluarkan surat kuasa bagi beberapa urusan syarikat. Syarikat memang menelan lebih belanja berbanding milikan tunggal. Sekiranya aku memilih milikan tunggal, aku tidak tahu apa lagi yang disekat dan halangan sebagai milikan tunggal ini, yang seronoknya milikan tunggal sudah terlepas dari urusan audit penyata kewangan, cuma cukai tetap dikenakan. Sekiranya memilih PLT, sebuah entiti baru yang diperkenalkan, audit juga terlepas, tetapi ada pula masalah bank yang tidak menerima pembukaan akaun syarikat berjenama PLT ini seperti Maybank. Dan entah apa lagi halangan yang belum diketahui. Entiti baru yang belum stabil ditolak ke tepi. Dilema sekarang hanya antara dua, enterprise atau sdn bhd.

Apa yang aku rasa kini, aku perlu bekerja lagi di pelbagai agensi sebelum benar-benar terjun dalam bidang bisnes. Sekiranya aku diberi peluang, aku teringin untuk bekerja dalam pelbagai organisasi yang berbeza saiz operasi syarikat (kecil, sederhana, besar). Hasrat diri, aku perlu terlebih dahulu menguasai beberapa ilmu penting seperti kewangan, pengurusan, operasi yang berkait dengan bisnes yang ingin diceburi etc. Kata salah seorang mentor bisnes, ilmu yang betul mampu mengelakkan diri ditipu (In Syaa Allah). Menjalani hidup dengan cara bagaimana, itu pilihan, bukan nasib, bukan takdir (iaitu menyalahkan Allah semata). Paling penting, mesti letak Allah paling utama dalam setiap sesuatu.

Mindaku tidak berhenti berfikir. Terasa seperti ingin 'bebas' segera.

Optimis. Allah sedang memberi ilmu pada diriku walau di mana pun aku berada.

27.03.2014
11.27 PM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tanya, tanya... Pastikan!

Stress di pagi hari..


Dah lama tak kena marah. Dah besar-besar ni, memang jarang kena marah dengan family. Harapnya memang takkan ada la lepas-lepas ni. Sekarang ni banyak kena marahnya di tempat kerja. Jadi manja dengan diri sendiri je la, nangis sorang-sorang. Huk3. Memang tengah sedih pun.

Entah. Aku pun tak tahu. Miscommunication buat kali kedua. Bahaya juga perkataan "takpe" bagi aku. Satu patah pun aku boleh take as decision. Aduh...

Sepatutnya kena tanya lagi untuk sahkan sesuatu perkara yang kita sudah maklum "tidak boleh!". Macam mana la aku boleh mudah-mudah yakin rule dah berubah. Uh..

Beliau maklumkan akan buat sendiri, dan bertanya di mana dokumen berkenaan. Aku pun nyatakan lokasi. Risau pula, betul ke lokasi itu. Entah-entah jumpa lagi salah aku ketika mencari. Aku terus bersiap dan ke pejabat segera. Nak text mesej, aku akan selesaikan, sudah on the way, beliau tidak perlu ke sana, tapi tak jadi pula. Sampai sahaja di kawasan pejabat, aku lihat kereta beliau di tempat parkir kereta dan mangga terbuka. Pasti beliau sudah sampai dahulu, jarak rumah aku memang memakan masa sedikit dari beliau. Aku terus beredar, tidak sanggup bertemu beliau saat ini. Hati aku tidak keruan, motor diperlahankan, sebab aku dalam keadaan tidak fokus. Aku singgah di deretan kedai-kedai yang menjual makanan pagi. Aku berhenti dan mematikan enjin motor. Telefon dicapai, call officemate, ceritakan hal pagi ini. Eh, beliau ada di situ rupanya. Katanya terlihat aku, beliau ajak aku ke tempat beliau. Air mata pun dah mengalir sedikit, aku katakan, aku beredar dahulu, aku rasa nak nangis pula. Tapi aku dapat rasa emosi aku makin baik dari awal tadi lepas meluah. Cari port baru, beli makanan, terus balik. Jalan yang sepatutnya perlu belok pun aku dah tunggu traffic light nak jalan terus, ah, makin tak fokus. Akhirnya sampai di rumah, aku terus meluah di blog ini. Maafkan aku..

Sedih..

Tapi memang salah aku pun. Mudah sangat jump into conclusion. Kalau sebelum ni pun, aku tak faham, blur, memang aku akan cakap aku tak faham. Sebab nanti buat-buat faham, aku jugak yang kena. Tapi ini... aku persoalkan, tapi aku dengar lain la kut, takpun faham lain, sah-sah la individu yang sampaikan tidak salah bicara, bila aku dimarahi. Huk3

Sebab tu aku ni jadi orang yang banyak persoal, tanya itu, tanya ini, sebelum aku betul-betul faham, dan sahkan kefahaman aku adalah betul. Geram betul bila teringat pengurusan apartment aku di sini, aku tanya untuk sahkan sesuatu urusan, dan kadang-kala ulang apa yang dinyatakan, jawapan beliau dalam nada nak marah aku balik. Aku jadi tak puas hati, sebab aku tak faham betul-betul apa yang aku ingin faham. Tanya dimarah, so aku stop la tanya macam-macam. Konklusinya di sini, aku geram dan tak puas hati, sebab aku tak faham. Ok baik, aku memang banyak tanya.

Situasi yang aku hadapi sekarang, sebab kurang bertanya. Tak cukup dengan hanya persoalkan dan jawapan hanya satu patah. Benda kecik je, takde la besar sangat,, tapi aku tetap stress bila aku jarang-jarang berada di situasi ni. Selalu, lagi la stress yang menyeksa. Mudah-mudahan aku dijauhkan dari tekanan kecil apatah lagi tekanan besar.

Prinsip beliau, "Do right at the first time.".. Aku pula dah jadi "Do mistakes more than once." Aduh.. Cukuplah dua, aku tak sanggup nak hadapi kemarahan terutamanya disebabkan kesilapan yang sama.

Esok dah kerja. Uh uh. Sekiranya ditanya soal ini lagi, aku akan senyap, dengar, patuh dan akui kesalahan. Lebih baik senyap dari memberi alasan. Dalam banyak hal yang aku buat salah dan silap, aku akan senyap walau kadang-kala ada sebab. Lebih baik mengganggap aku bersalah dari berfikiran aku sedang membuat dan mencipta alasan.

Ok baik. Emosi aku dah  makin stabil. Layan nasi lemak yuk! hee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Singkat yang penat

Malam ni tetiba rasa yakin jer nak beri pandangan di radio ikim.fm di laman facebook. Mungkin tengah semangat mendengar rakan sekolah satu batch di MMP KB ke udara, yang juga rakan krew iluvislam suatu ketika dahulu. Baru berkesempatan dan pertama kali mendengar suara beliau di radio sebagai dj.

Tiba-tiba teringat kisah di zaman sekolah sewaktu dalam kelab radio, menjadi orang di sebalik tabir membaca ucapan hari guru, hari sukan. Tugasan setiap minggu hari persekolahan pula kendalikan segmen perkongsian dalam bahasa arab, membaca doa pagi kadangkala doa pulang dan membuat pengumuman di radio sekolah. Rindunya..

Mengenai pandangan yang dihantar tadi, walaupun pandangan tersebut tidak dibaca pada akhirnya, aku memang memaknakan perkara tersebut. Ini antara perkongsian bahasa komunikasi oleh trainer di syarikat aku bekerja. Mungkin tersilap segmen, segmen ucapan. huhu. Adakah pandangan tersebut boleh mencederakan emosi pendengar ikim.fm? Mungkin juga. Atau mungkin disebabkan komentar yang panjang dan tidak menggunakan nama penuh. Sangkaan paling baik, DJ tidak sempat baca. =)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat DJ ---- dan semua pendengar ikim.fm. Mohon izin saya memberi pandangan. Bagi sesiapa jua yang ingin membuat ucapan atau komentar dalam bentuk teks samada di facebook, twitter atau mungkin juga SMS, ada baiknya ditulis dalam tulisan penuh dan ayat yang lengkap. In Syaa Allah, ia memberikan kemudahan dan kesenangan bagi individu yang membaca tulisan tersebut termasuklah DJ yang membaca ucapan rakan-rakan pendengar. Saya turut rasa kesukaran DJ apabila menyebut dan membaca perkataan singkatan dan tidak penuh. Sekiranya tulisan tidak lengkap digunakan dalam urusan seperti bisnes, ia menunjukkan keadaan tidak serius. Salam Mahabbah.

Ketika itu sedang mendengar dan melihat komen yang dibaca, terus pandangan ini dipost

Tetapi, memang diakui penat membaca tulisan yang tidak lengkap. Selalu trainer komunikasi memberitahu kami, stress apabila membaca tulisan yang tidak penuh, kadangkala tidak faham. SMS tidaklah terlalu berkira, tetapi tulisan singkatan melampau tidak elok juga, penghantar je faham, penerima pula tidak faham maksud ayat. Radio mungkin tidaklah terlalu ketara sangat kerana ia lebih bersifat santai. DJ tak dapat baca, mereka skip je. Mereka baca sepintas lalu, kesian bila dengar mereka membaca tulisan tidak penuh ni.

Apabila kita berhubung dengan individu lain terutamanya urusan rasmi atau serius, sebaiknya kita jaga bahasa komunikasi kita termasuk tulisan.

Begitu juga tulisan di laman bisnes terutamanya di page facebook. Tulisan yang tidak lengkap menunjukkan keadaan tidak serius dalam perkara yang sedang dikendalikan. Bagiku, urusan bisnes dan perniagaan perkara serius. Sebaiknya tulislah dengan tulisan lengkap. In Syaa Allah, pelanggan pun lebih yakin. Website biasanya masih terpelihara dari unsur-unsur yang tidak lengkap ini kerana biasanya orang yang mempunyai website, mereka dah study perkara yang mereka tengah usahakan.

Sama-sama kita memudahkan orang lain untuk menerima sesuatu yang kita utarakan bukan menyukarkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jual Beli Halal

Jual Beli (Bahagian 1)
Tanyalah Ustaz TV9
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Edisi 28 Februari 2014 (Jumaat)

#

Syarat-syarat Jual Beli Halal

1. Modal didapati dengan cara yang halal
2. Barang yang dijual adalah halal
3. Pemilikan barang sah milik penjual
4. Jualan yang halal atau spesifikasi yang jelas apa yang dijual
5. Penjual memegang amanah dan tanggungjawab terhadap barang yang dijual
6. Memastikan penghantaran diberikan maklumat yang jelas (e.g. tarikh, cara dan kaedah)
7. Cara penjualan mestilah tidak memaksa
8. Harga mesti jelas

Membayar zakat
Sedekah sunat

#

Antara persoalan dan kandungan yang dibincangkan :

Apa pandangan Islam tentang peniaga-peniaga yang kaya raya dengan cara yang tidak jujur, dengan cara penipuan?

Ketika diumumkan harga baharu (yang lebih tinggi) seorang penjual masih ada barangan stok lama. Apakah hukumnya jika dia menjual barang stok lama pada harga baharu sedangkan barangan itu diperolehinya daripada pembekal pada harga lama yang lebih rendah menyebabkan dia untung berlebihan bila menjualnya pada harga baharu?

Sekarang banyak teknik penjualan menggunakan testimoni termasuklah supplement (makanan tambahan) sedangkan bukan semua orang sesuai dengan jenis supplement tertentu. Mohon penjelasan ustaz tentang teknik penjualan sebegini.

Menjadi orang tengah (wakil/agen) untuk penjual (muwakkil). Bagaimana sekiranya mengambil untung dari lebihan amaun penjualan barang tersebut?

Kenapa tunai (cash) lebih murah dari tangguh, kenapa dibenarkan dalam Islam?

Ilmu yang dibuat jual beli. Ilmu yang boleh dimanfaatkan perlu dibayar untuk mendapatkannya (e.g. seminar, bengkel, workshop). Adakah ini (dinamakan) dijual ilmu?

Adakah universiti (termasuk dalam) menjual ilmu?

Adakah tidak untung masih perlu membayar zakat?

Kediaman yang mempunyai pengawal, bagaimana sekiranya tidak membayar (kos termasuk kawalan) sedangkan orang lain membayar?

Hukum meniaga saham?

Apa hukum makanan yang didapati oleh suami melalui sumber yang haram ke atas suami, isteri dan anak-anak ?

Perkongsian video penuh boleh ditonton di youtube (http://youtu.be/Xr5NkuTwNfE)



Duration 47:24
Content extracted by : fmn
Video captured and uploaded by : fmn studio

*Alhamdulillah, pertama kali capture rancangan tv dan berjaya upload rakaman yang panjang (hampir 1 jam).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."