Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"

Salam Isra' Mikraj 1432H.


Rejab sudah berlalu, Sya'ban berkunjung tiba. Namun, ada perkongsian yang mahu ku selitkan di sini. Pada 30 Jun 2011M/28 Rejab 1432H, sempat aku mengikuti Ceramah bersempena Isra' Mikraj di kampus USIM. ISRAK MIKRAJ TALK 2011 yang dianjurkan oleh MPP USIM membawa tajuk "Nota Cinta dari Illahi". Dr. Nisar Mohamad Ahmad dijemput sebagai penceramah jemputan juga merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang2 di USIM. Dulu Dr Nisar ni YDP USIM, 2 tahun berturut2, 2002/2003 dan 2003/2004.


Antara ungkapan awal yang dilafazkan adalah,
" أول الدين معرفة الله "
Proses dakwah nabi bermula dengan memastikan manusia kenal cinta Allah dulu. Kenal Allah.

Kejadian Isra' Mikraj memang membawa ibrah dan pengajaran yang besar kepada umat manusia. Dan kejadian Isra' Mikraj ini ada mesej menguji akidah umat islam khususnya pada ketika itu. Di mana ini merupakan kejadian yang pelik berlaku. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh berjalan ke tempat yang jauh dalam hanya satu malam.

Kita tahu bahawa Isra' berlaku pada waktu malam. Antara hikmahnya, Allah nak uji kita tentang kebenaran kisah tersebut. Misal kata isra' berlaku pada dinihari atau siang hari, kemungkinan besar ada yang nampak, orang boleh lihat dan sudah tentu kisah ini akan dipercayai dengan lebih mudah. x challenging lar. hu3. Sebab itu pada saat ini, akidah umat islam teruji samada ingin percaya atau tidak akan kisah yang nabi sampaikan yang bentuknya memang agak sukar untuk dipercayai.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Isra' ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ


Maknanya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [Al-Isra':1]


Jika dilihat dalam aspek lughawi, asra (أَسْرَى) beerti diperjalankan atau memperjalankan. Nabi diperjalankan oleh Allah dan Allah memperjalankan Nabi. Bukan nabi berjalan sendiri. Jadi tak timbullah isu nabi berjalan seorang diri. Sebagaimana yang kita ketahui, nabi telah diperjalankan oleh Allah SWT pada sepertiga malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan seterusnya ke langit ketujuh dengan menaiki buraq dan diiringi oleh malaikat Jibril.

Istilah "دخل" yang diertikan sebagai 'masuk ke dalam', contohnya Ali yang masuk ke dalam kelas. Ali boleh masuk sendiri. Manakala "أدخل" diertikan sebagai dimasukkan. Misalnya barang, mesti kita yang masukkan barang ke dalam beg. Bukannya barang itu yang masuk sendiri ke dalam beg. Begitu jugalah istilah asra tadi. Nabi diperjalankan dan bukannya Nabi berjalan sendiri.

-Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
-Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Isra' Mikraj ini juga merupakan pengakhiran fasa akidah (pembentukan akidah yang kuat) dan bermulanya fasa ibadah (pensyari'atan ibadah).

Pengakhiran fasa akidah ini kita dapat lihat di mana peristiwa ini kemuncaknya adalah umat Islam dihidangkan dengan satu peristiwa yang ganjil, penuh dengan misteri dan keajaiban yang dialami oleh Nabi dan umat islam wajib mengimani dan mempercayai perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata sendiri. Mungkin inilah proses di mana umat islam wajib percaya kepada perkara ghaib yakni sam'iyyat seperti syurga, neraka, dosa, pahala dsb.

"Dalam Islam, tak boleh guna logik dalam semua perkara. Kadang2 boleh guna logik. Tapi logik bukanlah ukuran"

Peristiwa agung ini juga berlaku di waktu nabi masih lagi dalam kesedihan atas kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Jadi, Allah menghiburkan Nabi dengan perjalanan ini.

Firman Allah,

ولاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (dajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" [Al-Imran:139]

Kalau perjuangan itu senang, bukan perjuangan. Perjuangan perlu susah. Hidup kita akan diwarnai dengan kesukaran. Dan kesedihan sesuatu yang lumrah (biasa).

"Sometimes we have to cry instead of smile"
"Life is challenging. Sour at time, sweet at time"

Allah nak uji hambaNya sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan hambaNya tapi Allah nak tingkatkan martabat dan darjat hambaNya ke tingkat yang lebih tinggi. Allahuakbar.

Dan cuba kita perhatikan lagi firman Allah Taala,

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

Maksudnya: "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' " [Al-Baqarah: 45]

Allah gabungkan sabar dan solat di dalam satu ayat. Ertinya, bila kita meminta kepada Allah, mintalah dengan sabar dan solat. Kalau nak minta pertolongan dengan Allah, kena dengan sabar dan kena juga solat. Tak boleh sabar sahaja, solat tak.

Hasil dari Isra' Mikraj nabi ialah solat itu sendiri. Solat simbolik kepada Isra' Mikraj.

"Islam is not 'cap' within ourself!"

Pepatah melayu 'jangan jaga tepi kain orang' sebenarnya tidak relevan dengan islam. Islam bukan hal persendirian. Bukan 'personal matter'. Kerana Islam rahmat ke sekalian dan seluruh alam. Jadi, perlu sampai kepada seluruh umat manusia.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Al-Anbiya : 107]

Islam meraikan 'freedom of religion'. Tapi masalahnya kadang-kadang ia tersilap diterjemahkan, silap pemahaman, silap digunakan atau bahkan menjadi hujah (missused) oleh sesetengah umat islam. Sedangkan maksudnya yang sebenar, non-muslim yang tidak dipaksa kepada islam (bukan menganut dengan paksaan). Tapi.. "when islam, we obligated to perform in islam".

Suruhan manusia supaya patuh kepada etika, itu pun kita tak pertikai. Peraturan yang ditetapkan manusia, bila pergi kerja kena pakai baju kemeja, siap ber'tie' dan pakai seluar slack contohnya. Kalaulah pergi ke 'conference' pakai pelikat, xikut etika pemakaian, apa jadi?

Hem, apatah lagi arahan Allah. Lagi tak perlu pertikai.

"Sometime we can judge book by its cover". Sometimes.

Bagaimana orang jahat yang solat? Macam mana boleh jadi jahat, sedangkan dia solat? Sebab solat dia tiada ihsan.

Ihsan sebagaimana diterangkan Nabi SAW ialah beribadah atau beramal seolah-olah kita melihat Allah SWT.
ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Dan jika kamu tidak bisa melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu." [Hadith sahih Riwayat Muslim]

"Banyak benda serius yang kena 'settle', tapi banyak pula benda yang kecil buat-buat serius."

Adakah kita ni ada sifat 'tak pedulisme'? Kita kena prihatin. Nabi pun dah bersabda:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka."

"Jangan jaga tepi kain orang", antara pepatah melayu yang tak releven menyebabkan kita dah tak ada perasaan 'concern'.

Begitu juga dengan disiplin umat islam. Non-muslim pula yang dah terlatih dengan disiplin. Sepatutnya orang islam lebih faham kerana islam sendiri telah mengajar kita untuk berdisiplin.

Ada di antara orang di negara barat pernah berkata:
"I not see a lot of muslim here but Islam is quitely practise here"

Akhirnya..

Pengajaran yang besar dapat ambil dari Isra' dan Mikraj berkenaan akidah. Akidah kena kuat. kena solid. walaupun ada ribut taufan melanda. Nak kekalkan akidah, kena suburkan dengan ibadah.

Contoh pasangan suami isteri. Kita buat benda yang dia tak suka bermakna kita tak kenal lagi dia. Jadi begitu juga dengan arahan Allah.

"Kita buat apa yang Allah tak suka, kita tak kenal lagi Allah!"

Kalau kita dapat perhatikan, dalam Al-Quran, ayat berkenaan ibadah, biasanya di penghujungnya adanya ayat taqwa. Contohnya ayat puasa dan dihujungnya diiringi dengan ayat taqwa. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183. Betapa pentingnya ibadah untuk menguatkan akidah dan iman kita ke arah insan yang bertaqwa.

Ultimately theme, kita nak wujudkan cinta pada Allah. Dan ingat, jangan letak logik akal dalam fikiran kita semata-mata.

Dan ingatlah Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" [Al-Baqarah: 186]

Berlainan dengan manusia. Makin diminta makin benci, makin menyampah. Aduyai~

"Ikutilah sahabat-sahabat nabi yang ampuh iman mereka, bukan macam Abu Jahal yang angkuh!"


Program: Isra' Mikraj Talk 2011
Disampaikan oleh: Dr. Nisar Mohamad Ahmad

p/s: Isi diambil dari ucapan ustaz tapi olahan dan gaya bahasa bukan keseluruhannya dari ustaz. Ada sedikit penambahan dari bahasa penulis untuk pemahaman semua. Ustaz mengambil pendekatan berlainan utk ceramah Isra' Mikraj kerana baginya kita sudah sedia maklum mengenai cerita sepanjang perjalanan nabi ketika Isra' Mikraj dan boleh didapati dengan mudah. Namun, pesanan ini merupakan pesanan buat penulis sendiri dan juga iktibar buat seluruhnya yang membaca dan mendengar isi ucapannya sempena Isra' Mikraj.

Salam Isra' Mikraj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result MUET Mid Year 2011


For those who sat for Malaysian University English Test (MUET) for Mid Year 2011, you can now be able to check your result which available on 13 June 2011.

Online Check
http://www.mpm.edu.my/muet_resultn/LoginFrm.aspx

SMS Check (open~ 12:01 am on 13/6/11)
MUET RESULT[space]IC number
and send to 15888 ; or
send to 36363

For your information,

Begin with year 2012, MUET will be available 3 times a year which are on the month of March, July and November.

Registration for End Year 2011 MUET will be end until 20 June 2011. So, if you decided to retaking your MUET, be prepared and register now!

For more information, please visit MPM Official Web at http://www.mpm.edu.my/


MUET Range:

Band 1 = 0 - 99
Band 2 = 100 - 139
Band 3 = 140 - 179
Band 4 = 180 - 219
Band 5 = 220 - 259
Band 6 = 260 - 300


>> Tahniah pada yang mendapat band 3 dan ke atas yang tak perlu ulang muet, dan yang mendapat band 2 dan ke bawah, semestinya anda kena repeat lagi. Tapi, yakinlah dengan perancangan Allah yang Maha Hebat. Mungkin anda belum cukup kuat dan belum layak untuk mendapat kelayakan tersebut dan mungkin juga Allah ingin menguji sifat pengorbanan anda samada dari segi kewangan, tenaga, tumpuan dll atau memang inilah proses di mana Allah ingin memberi kemahiran bahasa kepada anda. Yakin. Positif. Usaha lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nak tapi belum Mahu

Kebiasaan bagi peminat fotografi, suka capture and snap foto2 ni untuk memiliki sebuah kamera DSLR.

Tapi, buat masa sekarang, apa kata diriku...?

"Nak DSLR, tapi belum mahu memiliki.."

Ahaha..~

Nak DSLR?

Yep, sebab walau memiliki kamera peribadi biasa,, 'compact digital camera', tapi tidaklah setanding kualiti DSLR.

Sejauh mana pun kita pandai menggunakan teknik dan skill dalam mengambil gambar, still tak nampak 'gah' apabila menggunakan kamera biasa.

Saya belum lagi menguasai kemahiran fotografi, techniques and skills okeh!

antara contoh ;

Cuba lihat gambar ini..


Apa yang anda dapati pada centered image and both sides images?
Perbezaan warna kan?

Foto yang ditangkap menggunakan kamera biasa nampak lebih kusam, suram, tak nampak ceria sangat.

Tengok foto di tengah. Lebih menarik dari kedua2 sisinya kanan dan kiri. Walau tu gambar edit, tapi lebih kurang la dengan DSLR. Pencahayaan dan warnanya lebih menarik!

Jadi, kalau nak jadikan gambar lebih lawa, rajin2 lah mengedit buat si pengguna kamera biasa. Eish~


Oh, diriku masih lagi setia dengan kamera LUMIX DMC-FS42

Bukan promote kamera ni tau! Sebab ade fungsi yang mengecewakan. Hehe. Teruk tak. Memang leceh pun orang berkira. Tapi kira2 pun tak pandai pilih gak. Haha. Contohnya, bila take video, tekan je record, untuk zOom in out dah tak boleh. Kalau nak ambil yang jauh2, sila zOom awal2 ye. Tak moO, jangan beli edisi ni. hehe. syarikat lumix panasonic, jangan marah saya~

Second, DSLR camera nie boleh zOom jauh2. Wah! High probability candid photos. Hehe. Bukan sahaja peluang tinggi, gambar pun lawa. zOom!~ Pinjam sat kamera. ngee

Duta jemputan kehormat ke majlis kenduri my brO. Siti, my grandmother!


Guna kamera biasa terhad sangat. Tak dapat den nak zOom jauh2. Huhu

Lagi, bleh set focus and ada auto focus. Cun terus gambar. haha

Lagipun DSLR ni wide screen. Betul x istilah? Duduk jauh2 pun utk ambil gambar penuh, gambar still lagi sharp.

Okeh. Tu antara contoh sahaja. Banyak lagi fungsi kamera DSLR ni kan. Ye lah, mestilah tak setanding kamera biasa. Mahal kowt.


Tapi tak terpikir pun nak memiliki sekarang. Layan je alasanku eh. hii

Satu, sebab malu nak pegang kamera beso2, nampak extreme sangat. haha. Laki takpe, perempuan macam ku ni segan cket. hoho

Dua, sebab kamera tu besar. Susah nak bawa pi mana2 setiap masa. Tak macam kamera biase nie, mana pi mesti dia ikut. hua3.. Semua rakan kuliah tau. adeh.

"asal la bawak hari2"
"rajin!" hee

Tiga, berat sedikit. Tak seringan kamera ringan. ahaha

Empat, skill tak kuasai. Hampeh gak xde kemahiran.

Lima, lek2 dulu, income lebih bleh r try get one. keh3.

Enam,, ehehe. entah. takde dalam otak sekarang.


Em, satu je teknik yang selalu suka guna. Close up atau macro shot. Tapi guna kamera biasa, xsharp la nak amik gambar serangga ke atau ape2 yang bersaiz sekecil tu.

Pendorongku adalah diriku sendiri. Tak boleh betul tengok gambar yang dicapture para photographer nih. Mau jugak berkebolehan tangkap foto lawa2 berstyle mcam mereka. My bro2 pun pendorong gak. Abih, semua minat shoot gambar. (Walau tak pandai sangat pun. heh3.. maksudnye, belum lagi sampai tahap terima shooting outdoor ke weeding reception ke..) Adik dia ape lagi, jadi adik rintik la. heh3.

Slow and steady. Go and walk. Gain and learn.
Haiyaa~ cun ler photographer's photos! Mau!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ahlan Wa Sahlan!

Program Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi telah berakhir yang berlangsung dari 1 Jun 2011 sehingga 3 Jun 2011 di Stadium Tertutup Nilai berdekatan kampus USIM. Kerjaku di sini menyambut ketibaan adik2 di asrama, Nilam Court.

Salam pertemuan dan Selamat Datang buat semua pelajar Tamhidi sesi 2011/2012!


Tahniah kepada adik2 lepasan SPM 2010 yang berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia.


Hari pertama pendaftaran.. Beratur untuk menaiki bas ke stadium.


Selamat meneruskan pengajian di dunia kampus, USIM!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku mahukan itu!

Tadi terpandang satu kata-kata yang tiba2 mencuit hatiku. Kepada pemilik asalnya, terima kasih atas ilham ini. Aku menghargainya. Sebelum ini mungkin pernah ku temui, tapi saat ini kelainan dapat ku rasakan membaca ayatnya. Mungin dengan sedikit penghayatan. Walau pendek, ia satu kata peransang yang menusuk ke jiwaku.

"Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"

Ya, untuk mengecapi nikmat kejayaan, usaha memang tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang sampai kita merasakan penat, terlalu penat untuk meraih sebuah kejayaan. Tapi bukan sebuah kejayaan sahaja yang kita mahukan bahkan kita mahukan berjaya dalam segenap sudut hidup kita. Jadi hakikat keletihan itu memang wujud.

Pandanglah ke hadapan, letih tetap letih. Biarlah letih kita, dengan usaha, pengorbanan, keringat, tenaga, kita hadiahkan diri kita dengan kejayaan. Jangan ditenung, jangan direnung letihnya usaha, kerana hadiah di depan tak tergambar manisnya.

Mahukah kita melihat hadiah yang indah itu hancur kerana kita yang meretak-retakkannya sendiri atau kita yang membiarkan ia jauh dari kita?

Walau hadiah itu tidak kita dapati, kita tetap menerima ganjarannya. Siapa yang mahukan ganjaran buruk? Siapa? Tak ada siapa yang akan menjawab 'ya'. Walau seburuk-buruk perangai manusia pun, masih nakkan ganjaran yang elok. Tapi ingatlah, usaha kita yang berpenat letihan itu janganlah sampai melepasi batasan syari'at. Quotation yang famous:

"Matlamat tidak menghalalkan cara"

Kita mahukan kejayaan, ganjaran yang elok, nak bantu itu ini, matlamat yang perlu. Tapi bukanlah sampai menggunakan cara dan jalan yang salah demi matlamat tersebut. Ingat, kejayaan dan keberkatan sesuatu yang berbeza. Kita mahukan kedua-duanya, kejayaan+keberkatan. Jika belum mencapai kejayaan sekalipun, kita tetap mahukan keberkatan dalam hidup. Tapi musnahlah hidup jika kita hanya mendapat kejayaan tanpa keberkatan. Lebih teruk lagi, kejayaan tak dapat, keberkatan pun tidak ada. Jauhilah diri kita dari kebinasaan dan kemusnahan hidup kita di dunia. Musnah di dunia, bagaimana di akhirat. Iringilah kejayaan dengan keberkatan, keredhaan dari Sang Pencipta yang mengatur segala isi alam. Dalam kejayaan, mungkin ketenangan dan kebahagiaan tidak dapat kecapi tanpa timbulnya keberkatan.




Usahalah. Usahalah. Sehingga kau kecapi kejayaan. Namun, teruskan usaha walau kau sudah rasai kejayaan. Jangan berhenti. Kerana hakikatnya kejayaan yang dikecapi tidak akan pernah terhenti di situ, namun kejayaan lain pula perlu diraih dan kejayaan juga boleh kembali hilang jika usaha dihentikan, sehinggalah kau meninggalkan alam ini.

Firman Allah Ta’ala:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari Keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. Ar Ruum: 54)


Insya Allah kejayaan milik orang yang berusaha.



JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA, TAPI RENUNGLAH MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN!

Renungkanlah serenung-renungnya. Moga kau sedar hakikat penciptaanmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wajah baru!

Asalnye, sj je nak preview template lain.. Usha3.. huhu

Tengok2, semua link bloglist hilang. Dah la kebanyakan link guna bloglist..

Alang2 dah hilang, tukar je la template baru.

Selalunya malas tukar sbb malas nak masukkan balik link. dan
sayang kot,, huhu.. yela, dah banyak tukar coding dari template asal.
kurang2, guna lama sikit~ huhu

old template from 2008 until 15052011

Akhirnya berubah jugak template ku. Dah boring yang lama. Sebab lama sangat kot. kan? haha

New template, start 15052011
Tetiba theme gardening. kui3~ Tak pasal2. huhu. Asal ceria, wajah baru, boleh la kan. hee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

End of Semester 4

Jadual Final Exam Semester 4, Tahun 2, sesi 2011

No Matrik:1090***No Sem:4
Nama:*****No KP:90081303****
Program:SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN 
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT


KodNama KursusSetTarikhMasaTempoh                          
UTA2082PENGAJIAN HALAQAHHMB30 jam 0 minit                          
AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUFKQA27/04/20112:30PM2 jam 30 minit                          

UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAHKMB28/04/20119:00AM2 jam 0 minit                          

MDB2013STATISTIK PERNIAGAANKMB03/05/20112:30PM3 jam 0 minit                          

MAB2023PERAKAUNAN PERTENGAHAN IIKMB04/05/20119:00AM3 jam 0 minit                          

MFA2013PRINSIP PENGURUSAN KEWANGANKMA09/05/20119:00AM3 jam 0 minit                          

MAE2013PERCUKAIAN MALAYSIAN DAN PENTADBIRAN ZAKATKMB10/05/20119:00AM3 jam 0 minit                          

MAD2013PROSEDUR AUDITKMB10/05/20112:30PM3 jam 0 minit                          

MAC3023PERAKAUNAN UNTUK PERANCANGAN DAN KAWALANKMB11/05/20112:30PM3 jam 0 minit                                          









Bidang perakaunan, memang bukunya tebal-tebal. Selalunya, jika bawa buku untuk subjek harian, 2-3 buah skali. Kagum orang lain melihat buku2 kami yang tebal2. huhu. kagum dengan buku jelah. kami tukang bawa je.


Kadang-kadang, pernah terdengar bibit bicara,

"Kalau belajar je tak ada exam kan seronok!"

huhu.. ye, baru ilmu tu sampai betul. sebab takde sebab lain melainkan nak dapat ilmu, kerana Allah suka orang yang berilmu.

Tapi bila cek pikiaq la kan, sebab dunia kita hari ini, memang itu caranya, exam ni bagus juga. Why? hehe.. biasa bila dah nak exam, apa yang dipelajari sebelumnya, baru faham tahap faham betul. eh, betul ke ayat? huhu. masa kuliah, tutor, faham ke 'blur'2an. nak study lbh, sibuk. kononnye la. huhu. takde la, sbb kita disibukkan dengan banyak perkara, tambah-tambah bila bergiat dengan aktiviti persatuan, kolej dsb. common la kan.

Seronok giler bila dah faham betul2 ilmu. Moga2 ilmu itu diingati sampai bile2, even lepas exam. Masa baca cuba niatkan, moga ilmu yang aku baca, aku faham, aku dengar, aku lihat, aku ingat.. keranaMu Ya Allah. Aku mahukan ilmuMu ya Allah. Moga ia berterusan dalam ingatan.

Dulu, aku pernah mengalami kejatuhan. Semester lepas. Walau bagi orang lain "taklah jatuh sangat", tapi, bagi diriku, memang jatuh merudum. dush!

Selepas itu, aku mula berazam dan memasang tekad. improvement proccess. Baru ku mengakui keutamaan peri pentingnya ada target. Betul! Pasakkan target pada diri. Mungkin tinggi target tu, tapi tak mustahil kot. Target tu biar betul2, jangan main-main plak. Target yang ku setkan mungkin pada tara sekarang, agak susah ku lihat, tapi, sebab ia tidak mustahil dicapai, aku mahu mencuba mencapainya. Target sebagai pendorong je. Tapi dorongan tu penting. Harus capai!

Sem lepas, hampir semua subjek 'blur' dari awal. Alhamdulillah, sem ni, tahap 'blur' yang amat sangat dah kurang. Cuma masih kurang buat latihan. Kos akaun, memang tak bleh lari dari buat latihan. Sebab tak buat la tak faham. Tapi kadang2 kekangan masa, xsempat juga nak cover. Ada masa cket, buat, tapi tapi time tu dah belambak. Inilah jadinye bila berdepan dengan 5 subjek pengiraan. Hari ni je tak buat, esk dah berganda. huhu. mana la sempat nak buat hari2. adeh.

FINAL EXAM. Semester nie, rasa macam puas hati tu lebih sikit bila jawab exam. dari sem2 lepas. aku banding dengan diri sendiri je ye. sebab kebanyakan subjek sempat habiskan dan cover. Alhamdulillah.

Masa nak exam paper last, paling bimbang. Tahun lepas madam cakap soalan mudah, tapi mengecewakan. Tahun ni, madam nak buat susah2. Fuh! memang susah la, sampai tak sempat nak siap. tak cukup masa kut. Soalan banyak, fikir pun kena banyak bile ayat yang dah diputar belit. Amount tu kena amik x, kena masuk dalam pengiraan x. huh~ last paper yang membimbangkan ku. Rasa seolah-olah, target ku sudah agak jauh. 

Lepas abeh exam, semua mengerumuni madam, soalan susah. Madam ckp ape?
"tak pe, tak pe.."
"Madam, turunkan graf eh!"
Huhu.. Jadi, bukan ku seorang yang merasainya. Sem lepas pun, subjek ni juga paling rendah, lecturer yang sama. Tapi mungkin sem lepas lebih kepada diriku yang xbrp nak faham subjek tu. huhu

Dah3~ Exam semester 4 sudah berakhir. Tapi keputusannya tak tahu lagi macam mana. Sedih la mengingatkan paper, especially last paper.


Kini Tahun 2 melambai-lambai, sudah ingin pergi tinggalkan kami.
Beberapa bulan lagi episod baru akan bermula. Tahun 3 akan ku temui. Saat itu, aku bakal mendepani cabaran kesibukan yang lebih lagi dari sem-sem lepas.

Ya Allah, kuatkan aku. May Allah guide me always.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."