Sebelum mendirikan rumah tangga, kita perlu memastikan diri dan pasangan bebas daripada perangkap kewangan. Antara anai-anai dalam rumah tangga seperti berikut:
1. Skim ansuran mudah. - skim 'ambil dahulu, bayar kemudian'
2. Kad kredit.
3. Pinjaman peribadi.
Antara jenis anai-anai dalam rumah tangga :
1. Ilmu dan kemahiran mengurus kewangan diri lemah.
2. Kemahiran komunikasi yang lemah dan negatif.
3. Keyakinan diri yang rendah.
Mengikut satu kajian psikologi mengatakan, orang yang merasakan dirinya mahal, tidak memerlukan benda mahal. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 224]
Sebaliknya, apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk mencari simbol-simbol kekayaan untuk dipamerkan kepada orang lain. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 225]
Perkara terbaik bagi meletakkan nilai hantaran adalah pihak lelaki yang menentukan, iaitu mengikut kemampuan dan keikhlasan tanpa perlu berhutang. Sekiranya pengantin lelaki perlu berhutang, itu sudah dikira tidak mampu. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 181]
Elakkan daripada memiliki kad sekiranya kita tidak dapat mendisiplinkan nafsu. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 222]
Biar orang lain nampak kita kedekut, asalkan kita tidak perlu bertindak seperti orang kurang cerdik, iaitu biar papa asalkan bergaya. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 244]
Secara ideal, waktu berkahwin untuk lelaki adalah sekitar 25 tahun. Untuk perempuan, sebaik-baiknya berkahwin antara umur 19 tahun hingga 23 tahun. Sekiranya berniat untuk menyambung belajar di universiti, elok juga berkahwin dalam masa enam bulan hingga setahun selepas tamat belajar. [Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, 42]
Berbicaralah soal ini dengan ilmiah bukan sekadar suka-suka. Tanggungjawab besar menanti bukan sekadar suka di majlis akad nikah dan kenduri perkahwinan.
Baru aku memahami permintaan Tuan SK untuk mengadakan ceramah dengan tajuk 'Bercerai Sebelum Berkahwin.' di kampusku. Tapi, belum deal. Anyone? hehe








.jpg)


.jpg)





