Bismillah...
Entri pertama tahun 2014. Lama tak berblogging, itu biasa. Facebook pun tidak diupdate kerap, apatah lagi blog.
Tahun baru sangat sinonim dengan azam baru. Buka facebook, ada perihal azam masing-masing. Buka radio, slot azam mengisi jadual.
Azam ye... Hem.. Azam paling femes, menjadi lebih baik! =)
Azam spesifik, dalam jiwa dan biarkan Allah sahaja mengetahui. Kadangkala, azam yang diumumkan, boleh dirobohkan oleh pihak yang lain. Azam yang kuat diasak dengan sindiran (kadangkala), akan melemahkan semangat seseorang. Azam yang baik, biasanya disokong, teruskan dengan azam yang baik-baik. Namun, diriku tetap mengatakan, Allah sahaja berhak mengetahui.
Sekiranya tidak mampu berubah, Allah sahaja yang tahu betapa lemahnya kita, Allah sahaja mengetahui sejauh mana kita berusaha, tanpa diperlekeh oleh individu lain, juga menjauhi mereka dari menambah dosa yang sengaja dibuat sendiri malah mengecewakan orang lain.
Pernah salah seorang rakan menyebut ungkapan ini seingatku sewaktu kami masih di sekolah rendah seakan-akan begini, "Kau ni baik. Mesti kau ni tidak ada salah dengan manusia."
Itu zaman cilik budak-budak. Tapi, ungkapan itu membuatkan aku terfikir, sekiranya kurang salah dengan manusia yang lain, untungnya kalau salah dengan Allah pun tidak ada, salah dengan mak ayah juga tiada. Indahnya hidup, mati lagi indah.
Dewasa ini, memang diakui banyak salah dengan manusia. Alhamdulillah, Allah masih memberi kesedaran buatku untuk tahu itu salah, ini salah. Dengan izin Allah, aku berharap dapat robohkan kelemahan tersebut. Itu azamku! Seperti kata guruku, hidup ini banyak disebabkan pilihan kita. Jauhi diri dari meletakkan sesuatu kerana takdir semata, agar tiada unsur menyalahkan pencipta. Sekiranya kita mempunyai sikap, etika atau adab yang kurang baik, akui atau katakan, 'kesalahan ini' bukan kerana Islam tetapi kerana diriku sendiri. Sekiranya kita berada dalam kalangan bukan Islam, bahayanya apabila kesalahan ditunding kepada Islam walhal individu yang bersalah. Allah, sanggupkah kita sekiranya menanggung fitnah kepada agama yang tercipta disebabkan kita? Sudah tentu tidak. Ya Allah, jauhilah kami dari kesalahan yang membuatkan Engkau murka dan tidak meredhai kami.
Ya, Allah.. Sesungguhnya aku lemah, engkau kuatkan aku. Ya Allah, aku mohon... jangan tinggalkan aku walau sesaat pun, bimbinglah aku, mudahkan aku untuk membuat kebaikan, kebajikan, melaksanakan amanah, tanggungjawab, sebagai hambaMu Ya Allah.... Kurniakan aku insan-insan yang mendekatkan diri padaMu bukan menjauhkan aku dariMu.
15 Rabiul Awal 1435H
Ubatilah.. Risau penyakit dan luka bakal membinasakan..
Fokus yang terganggu
Design bertimbun lagi termasuk goodies. Video pun. Rasa macam tak mampu. Nak cancel kan, tak bertanggungjawab plak buat kerja sekerat jalan. Haih. Pening fikir dengan komitmen kerja di ofis lagi. Header / timeline cover la dulu.
Book tarikh ya muslimat, women, banaat, perempuan, wanita~ ini juga pelaburan. pelaburan ilmu. pelaburan untuk kebahagiaan dunia akhirat. In Syaa Allah.
Online Registration. Ikuti update dari Hawa Convention 2 sekarang!
Melebur duit
Terasa duit mengalir keluar terlampau banyak. RM1k++ dibelanjakan untuk individu terdekat termasuk asset maintenance and bill payment. Sebut sedikit, pecahannya banyak sebenarnya. Ok baik. Lain kali, jangan mudah sangat keluarkan duit pada barang bukan milik. Konon berharap dapat miliki. Haha. Korban beribu pun, owner mesti la nak balik. Tak mau aktifkan aset yang hampir 1 tahun tak guna tak boleh, sebab ini permintaan parents. Aset tu bukan milik parents cuma mereka harap aku yang selesaikan. Bila dah aktif, takkan tak servis. Tapi normalla, benda dah ok sapa tak mau. Huhu. Baik3. Beli aset sendiri lagi baik.
Mode to present . eh
Masuk ofis hari ni berhasrat untuk mengambil borang penilaian prestasi pelajar latihan industri.
Borang itu berada di atas meja ofisku. Wah, dah siap print. Baru nak ambil tolong printkan yang sudah siap diisi dalam pc. Apabila dibuka, belum diisi rupanya. =='
Saya mahukan hari ini...~
Oh, rupanya,,
Supervisorku tidak mengisinya kerana CEO sendiri ingin mengisi borang penilaian itu.
ehe. Okai, baiklah.
CEO isi depan saya. Komen depan saya. Dengan borang-borang pun kena komen. eh
Beliau kongsikan content2 ayat2 presentation skali. =) Beliau pesan untuk akhiri presentation dengan suatu ayat.
"Kira power la ayat tu tuan?"
"*Sangat power."
"Faham tak maksudnya?"
"Tak faham."
"Contoh maksud dia macam ni. *Kerana kamu saya grad, kerana kamu saya happy, kerana kamu saya dapat kerja, kerana kamu saya bernilai, .... jika bukan kerana kamu, saya mungkin tidak grad.
*jangan lupa kerana Allah. yang tu tak perlu pertikai. Allah always The Highest.
Kata beliau, seorang chinese membantu mengangkat barang. Hanya sedikit usaha beliau. Apabila diungkapkan ayat itu, beliau sungguh teruja. Sampai begitu sekali penghargaan dengan bantuan yang hanya sedikit.
Ayat last presentation, saya akan gunakan ayat itu nanti. ;)
In Syaa Allah.
Doakan kecemerlangan saya yer. Doa dapat Grad dengan CGPA 3.0 ke atas.
Rasmi hanya pada tarikh
Meeting personal dengan CEO syarikat pada hari rasmi berakhirnya tempoh praktikal. Hari ini, 12 Julai 2013, 3 Ramadan 1434H, jam 5.15 petang hingga 6.30 petang. CEO adalah myboss dan mysifu. Sebelum masuk praktikal, aku tidak langsung mengenali syarikat dan owner syarikat. Hanya mengetahui sedikit latar belakang melalui laman web. Itu sahaja. Itu pun sudah terkejut apabila diterima masuk ke sana dengan melihat kepada senarai klien syarikat dan owner yang terdedah kepada media, keluar tv dan radio. Rupanya beliau seorang profesional corporate trainer atau master trainer yang dikenali di kebanyakan organisasi kerajaan, swasta, dan media juga di kalangan orang awam. Sungguh peluang yang tidak disangka-sangka dapat menjadi seorang staf kepada seorang perunding kewangan dalam industri latihan atau training provider.
Rupa-rupanya, supervisorku dan bos misunderstanding tamatnya praktikalku secara rasminya pada hari ini. Walau berkali ditanya, rupanya tarikh aku habis tidak diingati rupanya. Terkejut beliau apabila dimaklumkan aku akan tamat hari ini secara rasmi. Ehe. Aku pun tak suka declare sangat bila tamat, sebab tu aku tak catat di time-table syarikat. Entah, aku pun seakan dah jangka myboss tidak memorize pun tarikh walau tanya berulang kali. Orang yang selalu ingatkan pun tertukar. Eh, tetiba perkara ini jadi isu besar pula hari ni di syarikat. Tambahan aku memegang peranan hal ehwal akaun syarikat yang masih juga belum selesai. Akaun 1 milikan tunggal, 1 syarikat dan 1 pertubuhan dalam jagaan. 1 kena cukai (tax), 2 kena audit.
Memandangkan portfolio beliau dalam pertubuhan adalah sebagai bendahari kehormat, maka aku bertanggungjawab sebagai pembantu dan menyelaras semua perkara yang berkaitan transaksi dan audit. Pertubuhan tersebut dianggotai oleh pelatih dan trainer-trainer hebat yang kebanyakannya dikenali ramai samada di media atau awam. Sungguh tidak menyangka pertemuan demi pertemuan dengan insan yang banyak memberi inspirasi kepada masyarakat.
Terkejut? Aku faham kondisi tersebut. Akaun memang sangat berperanan di sesebuah syarikat. Syarikat dapat berkembang, salah satu faktor di bahagian pengurusan financial atau kewangan syarikat.
Bak kata myboss, "huh, hancur syarikat kalau akaun tak terurus."
Antara part-part yang menjadi topik-topik bicara dalam meeting hari ini sangat menguji keberadaan aku di situ.
.
.
.
Selepas mengambil tempat duduk, myboss senyap dan aku pun senyap. Sebab dokumen latihan industri bukan ada di tangan pun walaupun hari terakhir.
"Hah, Cik puan nak cakap apa?"
Terkesima. Nak cakap apa. Mana la tau. Tuan yang ajak saya meeting. haha. Itu dalam kepala jer. Wajar la aku yang kena mula kan kan.
Myboss pandang jer, isyarat bahawa aku yang kena mulakan. uh uh.
Jadi, macam biasa. Mulakan minta maaf jika ada apa-apa hak syarikat digunakan untuk keperluan peribadi secara sedar atau tidak. Ye la, kadang-kadang buka juga facebook, kadang-kadang buka youtube, kadang-kadang buka saluran radio, mungkin juga pen syarikat diguna untuk hal peribadi, mungkin juga masa di pejabat diguna untuk buat hal peribadi macam menelefon ke, mesej ke, berborak ke, kan?
Lupa nak minta halalkan. Minta maaf jer. Kelu sebenarnya.
Kemudian ucap terima kasih atas ilmu yang diberikan. Samada ilmu akaun dan ilmu kehidupan. Terlalu banyak ilmu yang mengalir walaupun hanya beberapa bulan di sini.
Myboss pandang dan dengar jer.
"Apa lagi? Cik puan cakap dulu. Nanti saya cakap."
Oh oh. Apa lagi mahu diucapkan. Memang jenis tak suka bagi ucapan macam ni la kan. Selalu berharap takde orang celebrate birthday aku, salah satu nak elak orang minta beri ucapan. Oh janganlah. Sebab tu tak pernah ada pun orang celebrate. Pengaruh kata-kata dalam hati kadang-kadang sangat kuat, doa pun dalam hati. Of course tidak ada yang mampu dengar doa tu selain hanya Satu. Dan Dia lah yang akan menetapkan sesuatu itu berlaku.
Dan aku menyebut beberapa hal dan urusan yang masih tergendala.
"Entah la tuan, saya mungkin akan sambung untuk siapkan kerja-kerja saya di sini. Banyak lagi yang belum saya selesaikan."
Kelihatan beliau tersenyum. Mungkin perkataan sambung amat berpengaruh. Niat memang ingin berhenti. Tapi aku tak sanggup melihat kerja-kerjaku yang tersangat banyak itu tidak berjaya diselesaikan dan belum lagi membentuk satu sistem yang bakal memudahkan setiap urusan syarikat di kemudian hari.
"Tapi.."
Myboss sangat peka dengan perkataan sebegini walau hanya bagai angin lalu. Kerana aku masih dihantui oleh bebanan jika aku menyambung, maka terkeluar juga patah perkataan itu tanpa sempat diseka.
"Hem.. tapi...?"
Banyak alasan dan sebab sebenarnya.
"Ada apa-apa komitmen ke?"
Cantik soalan tekaan myboss tu. ehe. Senang nak jawab.
"Ada."
"Susah la ada," kata myboss sambil memandangku tersenyum.
"Ada komitmen dengan kerja-kerja 'program universiti' ." Terus nama program itu disebut kerana ia dalam pengetahuan beliau.
"Itu bulan sembilan kan. 2,3 hari tu je kan"
"Bulan sembilan pun ada kerja sebelum tuan."
"Cik puan pegang apa?"
Aku hanya diam. Tidak mahu beliau tahu peranan ku sebenarnya. Beliau juga dijemput sebagai speaker bagi program itu nanti.
Sempat pula beliau meneka. "Cik puan pegang publisiti ke? Buat brochure?"
"Em, lebih kurang la tuan."
"Ke cik puan kena buat Minisite?" Ada satu perbincangan dalam meeting beberapa hari lepas yang mengaitkan dengan minisite. Aku juga yang tersebut.
"Website pun ada. Tapi bukan saya yang akan selia."
"Kerja-kerja tu boleh buat di ofis kan?"
Aduh. Macam mana aku nak terang. Aku lebih selesa orang tak tahu. Tapi tak tahu, tak faham pula kondisi. Nampaknya kena terus terang. Habis la aku nanti bila kemahiran dinyatakan. Sangat bahaya untuk kesihatan fizikal dan mental. >,< Cuma selamat cket sebab nanti tidak perlu risau pada report-report, di sini berakhir.
Akaun pun core yang sangat kuat. Bercabang kerja dengan sistem yang belum proper, tension. Orang yang pegang akaun dan audit ni je pun kerapkali kerja siang malam, hari minggu. Aku yang berjaga-jaga dan tak nyatakan kemahiran ni pun asyik balik malam, kerja hari minggu. Mungkin beliau berjaya trace bila diminta untuk buat nota dan slide juga kad bisnes beliau. Tapi jika nak diikutkan, beliau suka orang yang dapat bekerja pada waktu pejabat sahaja, dalam seminggu beliau prefer 4 hari sahaja bekerja tapi produktif. Oh tak mampu lagi nak aplikasi. Ilmu tanggungjawab yang diajar menjadikan masa banyak di pejabat sebab banyak perkara tidak berjaya disiapkan dalam waktunya.
"Kerja tu take time juga tuan. Ya, kerja saya design brochure, banner, bunting dan goodies. Video pun di bawah saya."
"Kira besar jugalah."
"Eh, tak de la tuan. Saya bantu je."
"Macam tu, cik puan boleh buat untuk syarikat la. Buat brochure. Kita pun nak buat bunting untuk seminar. Cik puan boleh counter semua tu untuk seminar kita yang akan datang."
aha. aku dah agak dah. =='
"Satu lagi tuan, isu rumah. Saya kena keluar bulan Ogos ni."
Sebelum ini aku pernah menyentuh soal ini sedikit semasa pertanyaan beliau terhadap isu latihan industriku. Beliau seakan memahami situasi walau hakikat sebenar terhadap permasalahan ini tidak diketahui. Tak mengapalah jika beliau memandang dari skop yang lain, asalkan memahami pun sudah satu kepuasan bagiku tidak perlu berbicara soal ini sampai perkara yang tidak patut diketahui, diketahui.
"Takpe la, cik puan cari dulu rumah mana, nanti syarikat bagi advance."
Adeh. Senangnya myboss selesaikan masalah aku, aku pula yang rasa bersalah. Siap syorkan aku sewa satu rumah, kemudian cari penyewa tambahan. Beliau juga bagi info mengenai deposit rumah dan segala bagai. Tak pernah terfikir akan sewa rumah kerana ia diluar kemampuan ku ketika ini. Adush. Lagi-lagi deposit sewa, company akan tanggung nanti.
Setiap kali keluar je figure syarikat akan beri pada aku, myboss mesti pandang tanpa kata apa-apa. Mesti ingin lihat reaksi dan apa akan aku ucapkan. Haish, tak keruan aku nak buat reaksi macam mana. Nak cakap ok je pun, serba salah pula. Nak tolak, kena main dengan alasan. Diam je la soal ini. Aku hanya niat untuk tidak melibatkan mana-mana pihak termasuk syarikat selagi aku mampu selesaikan sendirian. Tapi masalah hutang aku dengan universiti pun beliau sudah tahu walaupun aku penerima biasiswa. Tak semena-mena beliau pun tahu kenapa aku belum dapat langsaikan hutang. Aduh, banyak pula info yang terlepas. uhuhu.
"Alhamdulillah, cik puan akan stay. Stay forever la kan."
Otak aku ligat berfikir. Apa yang berlaku sekarang lain dengan apa yang dirancang.
"Em, tapi tuan, saya berminat nak buka bisnes. Macam 'nama syarikat' - sebuah syarikat printing, percetakan, stationery yang menjadi antara supplier yang top bagi material training syarikat. Saya sangat kagum la tengok syarikat tu, macam bank dari segi capaian pelanggan. Canggih lagi. Inspirasi betul."
"Business is not so easy. Tapi tidaklah terlalu sukar"
"Tahu, saya pun belum betul-betul buat bisnes pun, hanya berminat."
"Sebelum ni pun, kita pernah fikir dan bincang nak buat bisnes tu. Cuma belum ada yang boleh handle. Dulu di sini adalah tempat percetakan PTS," sambil beliau bercerita setiap ruang dan bahagian dalam syarikat semasa PTS beroperasi di situ.
"Nanti boleh la expand, grow business," tambah beliau dengan senyum yang lebih ceria.
Diam. Ada je solusi beliau. Aku hanya tersenyum. Semacam ada persamaan dengan apa yang aku fikirkan untuk mulakan bisnes dan support. Cuma entiti target sahaja lain.
.
.
Bukan itu sahaja. Tapi aku sedikit lega. Permasalahan ketara berjaya dikeluarkan. Sekurang-kurangnya ada pihak memahami apa yang menjadi bebanan fikiran.
.
.
"Berapa pointer sekarang?"
"Dalam 3 la tuan, segan la nak bagitau."
"3 tu berapa?"
Macam kena paksa, terpaksa la bagitau kan. "em ...., 3._ _"
"Praktikal masuk tak nanti?"
"Praktikal pun dikira tuan, 6 jam kredit lagi."
"Saya _._ _ . Tak boleh ni, nanti lebih la dari saya. Kena bagi B la." Sambil beliau tersenyum memandangku.
"Ish, tuan. Janganlah.." Naya aku. B sangat tidak selamat untuk result akhir.
"Siapa yang bagi markah?"
"Markah akan bergantung pada pensyarah dan syarikat tempat latihan industri. Bergantung pada tuan juga la nanti."
Kena pujuk bagi A++ jugak nanti. haha
.
.
Akhirnya,
Aku masih seorang pekerja ...
.
.
Konklusinya,
"Bila syarikat tempat kita praktikal tu offer kerja, that's mean you're good." Ayat myboss lebih kurang macam tu la.
Jadi individu dalam kerjaya bukan kerja. Kita akan create pelbagai jenama yang bernilai dalam syarikat.
Dengan tidak sengaja tercreate jenama-jenama itu di syarikat. Aku hanya mahukan industrial training aku cemerlang. Itu aja. uhu. Dilema betul hari ni. Solusi itu pun masih membuatkan aku dalam dilema...
.
.
Baru aku tahu myboss juga dari kelas sains selain akaun. Myboss pun mesti baru tahu aku juga dari kelas aliran sains, agama kemudian shift ke akaun. Berguru akaun hanya di universiti.
Add math tu favourite subject ku dulu, sebab tu berani tukar bidang ke akaun. Myboss pun peminat add math rupanya.
.
.
*segala quote seakan memberi makna sebegitu bukan sepenuhnya butiran bicara sama 100% dengan tulisan.
Seronok dikelilingi dengan individu yang memahami diri .. Aku hanya akan berterus terang bila aku mengenali personaliti individu tersebut. Siapa yang rasa aku berterus terang tu, maksudnya, aku faham la tu anda bagaimana, kalau tak banyak pun tak sikit sangat. ahah.
Sudahlah. Cukup-cukup sudah. Report ku menggunung tinggi. Case study entah ke mana. Aku da cakap siap-siap pada myboss dan supervisor semua tu belum diselesaikan. Kui3. Berada di ofis lebih banyak macam ni la jadinya. haha. pening-pening. Doakan aku selamat buat report, selamat buat case study, selamat bentang. Ingat nak bentang depan trainer dulu sebelum pensyarah. n_n .
Tapi masih terfikir juga kerja ofis walau dah request cuti minggu depan. Aku harus menjadikan setiap masa berkualiti. Allah yusahhil umuuri... Allah permudahkan urusanku ~
Impian baru! Oh ACCA ~
Bagai merasai bersalah belum master bidang pengajian Perakaunan di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jadi, jalan-jalan, walk-in ke blog web cari info sal ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) - Akauntan Bertauliah. Serius, ingin betul-betul faham ilmu akaun ni. Itulah, masa degree, kurang fokus, ilmu tak masuk betul-betul. Sayang.
MIA Malaysia punya. ACCA International, under UK. Dapat terus pi UK kan seronok. Aku bakal dapat degree Accounting, 4 tahun pengajian, kalau ambil ACCA mungkin sambung dalam 1 tahun 6 bulan. Jadi jika ambil ACCA lepas degree, 5 tahun 6 bulan habis.
Satu perkara yang aku baru tahu, shortcut untuk terus dapat ACCA ni terus ambil CAT (Certificate Accountant Technician) 1 tahun 6 bulan, kemudian sambung ACCA 3 tahun. Jadi 4 tahun 6 bulan je terus dapat ACCA, jimat setahun berbanding ambil degree dulu. Itulah, sejak awal, apa yang tahu diploma, degree, master, phD. Jika ada adik-adik lepasan SPM/STAM/STPM, boleh terus mohon CAT kemudian sambung ACCA. Lagipun level ACCA lagi tinggi dari degree. Orang yang berjiwa besar boleh terus ambil CAT-ACCA. Cuma lebih kepada cabaran sedikitlah. Lebih mudah, ambil ijazah dulu baru sambung ACCA.
IPTA yang tawarkan ACCA hanya di UiTM, dan antara IPTS yang tawarkan adalah KPTM (Kolej Poly-Tech MARA). Antara maklumat yang aku dapat, jika dapat biasiswa JPA dari degree, syarat untuk dapat biasiswa JPA untuk sambung ACCA perlu CGPA 3.5 ke atas. Jika belum ditaja oleh JPA, syarat awal untuk mohon, CGPA 3.7 ke atas. Sayangnya, aku xlepas. uwaa. ehe. siyes rugi.
ACCA agak costly jugak la. Kalau nak ambil, memang kena tanggung sendiri. Seakan tak mampu, perlu kepada tajaanlah baru sambung hasrat ni. Masa degree pun alhamdulillah myparent tak tanggung kos pengajian aku. Tapi kalau tak dapat tajaan dari mana-mana memang tak mampu la kan.
Bila aku baca post tentang ACCA ni, memang rasa amat dalam untuk sambung pengajian. Tambah-tambah bila mereka ni kata, ACCA bidang profesional, orang Cina lumba-lumba ambil ACCA, orang Melayu sangat sangat sedikit. Mungkin kurang terdedah dengan info berkenaan ni. Kerajaan sasarkan 65,000 akauntan bertauliah di Malaysia pada tahun 2020. Tapi sekarang, kurang 20,000 orang akauntan bertauliah. Masih jauh untuk capai angka sasaran 2020. Walaubagaimana pun, ia berjaya membina impian aku untuk menjadi salah seorang dari mereka. In Syaa Allah, segalanya dengan izin Allah. (Terasa dalam minda aku ni banyak betul impian yang tengah meloncat-loncat, keluar pun tidak, tinggi pun belum)
Bagi paper dalam ACCA, jumlahnya 16, dan yang perlu adalah 14 :
# F1 Accountant in Business
# F2 Management Accounting
# F3 Financial Accounting
# F4 Corporate and Business Law
# F5 Performance Management
# F6 Taxation
# F7 Financial Reporting
# F8 Audit and Assurance
# F9 Financial Management
# P1 Governance, Risk & Ethics
# P2 Corporate Reporting
# P3 Business Analysis
# P4 Advanced Financial Management
# P5 Advanced Performance Management
# P6 Advanced Taxation
# P7 Advanced Audit and Assurance
Kalau zero, basic akaun pun tiada, tetap boleh ambil ACCA, cuma kena mula dari awal la, CAT.
Tempoh untuk lengkapkan pengajian bagi ACCA tidaklah tertakluk kepada 1 tahun 6 bulan seperti dinyatakan (itu mungkin tempoh normal boleh habiskan) akan tetapi mesti tidak lebih dari 10 tahun. Tempoh yang lama juga sebenarnya. Buat part-time, setahun satu paper pun boleh. huhu
# Ada tak individu ker company nak taja aku. eceh. CGPA aku masih dalam 3. In syaa Allah. Cuma segan la nak declare, xtinggi macam orang lain yang hebat. n_n .
Namun, maklumat terbaru yang aku baca, untuk dapat subject exemption (perakauanan) seperti yang aku nyatakan tadi perlulah degree accounting yang mendapat pengiktirafan MIA (Malaysian Institute of Accountants).
Sehingga ketika ini (2013), kampus aku belum tersenarai. So, maknanya ==' sangat sadis. 14 paper kut. ~
"It always seems impossible until it's done." - Nelson Mandela
Sumber bacaan dan info:
http://strewberimanis.blogspot.com/2012/02/perihal-acca.html
http://makwepakwekintan.blogspot.com/2011/10/belajar-acca.html
http://ilyasak.blogspot.com/2009/12/senarai-ijazah-perakaunan-yang.html
http://limaunipis.blogspot.com/2012/01/surviving-acca.html
Sambung - Perlu Koma, Noktah atau Potong ?
Sudah berkali ditanya . Ditanya lagi . Dan lagi .
"Bila habis cik puan? Bulan sembilan kan?"
Ceh. Ayat trick. Huhu.
"Bulan tujuh tuan. 12 haribulan 7. Lepas 4 hari puasa."
"Lepas tu buat apa?"
"Pergi USIM balik. Pembentangan."
"Sambung balik lepas tu, tak boleh?"
".... Entah la. Sebab.."
"Owh. Ada sebab."
"..."
Mengharap perbincangan tidak disambung. Cukuplah terhenti di situ.
Tapi sebaliknya, rupanya beliau menunggu ayat disambung.
"Tak boleh ke sambung?"
"Ada program di sana."
"Program berapa hari? 1 hari tu je kan?"
"Ada kerja sebelum program."
.....
Uh. Susahnya nak jawab . Kesian pun ada. Syarikat tengah membangun. Iya lah, segala tugasan yang aku buat, kebanyakan baru, sukar juga orang lama nak ambil alih. Nak kena ajar tutorial guna software lagi. Bos pun belum diajar cara penggunaan sistem akaun tu. Haish. Masa-masa.
Bos dah semacam syorkan aku terus di sana. Aku pulak semacam nak keluar cepat-cepat. Eheh.
Satunya, selepas habisnya praktikal, aku perlu siapkan log report harian dan kajian kes (case study) di organisasi di mana aku praktikal sekarang. Memang confirm aku yang paling tak ada rekod. Habis, hari kerja balik malam, hari minggu, masuk ofis. Giler kerja. Bukan rajin sangat, tapi itu nilai tanggungjawab. Aku juga yang kena soal. Fikir cara nak goreng report aku ni bagi masak tapi sedap, bau aroma pun tertarik. ~.~ ahah.
Duanya, aku akan keluar dari kediaman di KL ni pada bulan itu. Nak cari rumah lain, macam kurang percaya. Bukan mudah di KL ni nak percaya manusia. Memang syok di KL, potensi hadiri event, seminar kemahiran dan bisnes pun senang. Memang banyaklah event dan program2 sekitar KL ni. Jalan KL pun dah makin kenal. Kerja yang bos berikan pelbagai, pergi sana pergi sini. Cari peta, redah highway.
Tiga, aku memang terlibat dengan program. Program ye lah 2 hari jer. Di kampus USIM. Tapi, sebelum program, kerja aku, aku sorang2 siapkan, naya aku nak buat kerja ofis yang berleretan itu dengan kerja ni sekaligus. Tak terbuat gamaknya. Stress berlebihan kang jadinya. Memang susah pun nak sub pada orang lain sesuatu yang tidak berbayar. Aku pulak enjoy. Jadi enjoy la sorang-sorang. Paling tidak pun enjoy dengan junior-junior, penganjur program. uhuh.
Empat, masa yang agak terhad untuk aktiviti lain dan permintaan servis sukar untuk ditunaikan. Kerja siang malam. Tak dinafikan, banyak sangat ilmu aku di sini. Dan kerja di sini tidaklah seteruk di tempat lain terutamanya di firma akaun atau audit. Tapi nak jugak cari yang lagi rileks dari ini. Hehe
Lima, semacam nak balik Kelantan pun ada. Apa yang my mum syorkan, tetiba senang pula jiwa untuk terima. Redha mungkin.
.
.
.
Kisah praktikal belum kluar. Tetiba kisah keluar praktikal masuk dulu. ehe.
Merasai peperiksaan Gred M41
Aku mendudukinya bukan dengan minda yang kosong tentang format peperiksaan tapi sedikit persediaan mengetahui latar belakang ujian ini. Walaupun persediaan tidaklah terlalu rapi kerana faktor kerja, sekurang-kurangnya aku tahu selok belok soalan yang bakal dihadapi.
Minggu aku perlu pulang ke Kelantan untuk ujian ini, minggu itu juga aku perlu membentangkan satu perkara baru yang perlukan kajian iaitu 'company handbook' atau dikenali juga sebagai 'employee handbook' yang mengandungi peraturan, kod etika, manfaat, elaun, dan apa-apa sahaja yang berkaitan pekerja dan syarikat.
Usai sahaja aku membentangkan perkara berkenaan, aku terpaksa pulang kerana tiket basku pada malam tersebut walaupun seronok lagi melayan perbualan bos dan rakan sekerja yang lain. Rajin plak aku study dalam bas, kerana itulah sahaja lagi kesempatan yang ada walaupun sakit mata memandang skrin hp dalam keadaan lampu bas dipadamkan. +.+
Sampai di rumah pagi 13 Apr dalam pukul 7.30, terus bergegas bersiap untuk ujian yang bermula jam 9.00 pagi.
Walaupun tidak menemui rakan seusiaku menduduki peperiksaan ini, alhamdulillah ku dapat merasai pengalaman pertama menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ketika usiaku mencecah 23 tahun dan masih bergelar pelajar.
Pulangnya aku ke kelantan pada minggu tersebut untuk menduduki peperiksaan ini, yang rata-ratanya adalah individu yang telah bekerja atau setidaknya sudah grad.
Itu namanya peluang dan kesempatan yang Allah berikan walaupun ketika itu aku belum grad. Tapi keputusan tidak berpihak padaku, gagal. Hehe. Performance pastinya tidak kurang hebatnya faktor yang menyumbang kepada ketidaklulusan melepasi ujian berkenaan. Tapi ada kemungkinan juga usia dan kelulusan aku (belum grad) detected. ^_=
PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41
Tarikh Tutup Urusan :21/03/2013
No. Urusan :(SM20130077)
Status Urusan :TIDAK BERJAYA PEPERIKSAAN YANG DIWAJIBKAN
Yang penting, aku sangat seronok menjawab soalan kira2. Matematik masih menjadi subjek yang paling diminati dan mengasyikkan. Walaupun sudah lama tidak menjawab soalan Matematik bertaraf SPM ini, sesungguhnya minat itu telah meletakkan ilmu tersebut dalam diri dan minda, bukan dalam buku semata. Alhamdulillah.
Aku teringat pesan senior, tempoh praktikal bukan untuk seronok dan melayan praktikal semata. Fikirlah soal kerja dan berusahalah untuk memohon pekerjaan dalam tempoh sebelum grad. Beliau jugalah yang memperkenalkan aku dengan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang sebelum itu tidak pernah diketahui peranan dan jawatan tersebut walaupun beliau pegawai kerajaan bukan PTD tapi masih mampu berkongsi.
Aku kini hanya perlu menyemak status semua permohonanku di laman web SPA. Satu lagi jawatan lepasan ijazah sedang dibuka dan aku telah mengisinya bersama-sama dengan jawatan PTD dahulu. Aku makin yakin faktor kelulusan menjadi asbab apabila ku meneliti status jawatan tersebut:
PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
Tarikh Tutup Urusan :08/04/2013
No. Urusan :(SM20130053)
Status Urusan :TIDAK MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA
hehe. just remember, i'm not a fresh graduate yet ok.
Update: Eh silap. Jawatan gred w27 ni bagi lepasan Diploma/STP/STAM. Tapi kena reject. Mungkin sebab aku dikira lepasan ijazah, cuma belum tamat pengajian. huhu
Sebaik manapun perkara yang kita harapkan dan sejauh manapun perkara yang kita inginkan dalam hidup, perhatikan reaksi ibu. Reaksi positif, alhamdulillah. Reaksi negatif, fikir-fikirkan lah. Jika perkara yang baik, tapi mendapat reaksi negatif, cuba tukarkan reaksi negatif kepada positif terlebih dahulu sebelum tetap dengan keputusan. Percayalah pada aura seorang ibu.
About Me
- insyirah
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."










