

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."
Apa itu 'cmd' atau nama panjangnya 'command prompt'?
Tak tahu? *geleng2* ok, sila tekan Start pada windows anda kemudian taip 'cmd'. klik. ha,, itulah command prompt. ahaha. get it? secara istilahnya, sila search sendiri di google.
Erm, macam ni la. ia ni satu bentuk arahan pada sistem komputer atau lebih mudahnya, bahasa komputer. (yang kita duk klik2 tu bukan bahasa komputer? faham je komputer bahasa isyarat tu. erk. carilah sendiri jawapannya)
Apa gunanya command prompt?
Bagitahu apa yang tahu je la kan. Tak tahu macam mana nak bagitahu kan. Semua yang kita buat, masuk folder, copy, paste, delete, hide files etc.. semua boleh buat dengan benda ni. Tapi bahasa dia taklah sesenang 'klik'.
Habis buat ape guna benda ni? Menyusahkan je.
Guna time perlu je la. Biasanya aku guna untuk delete virus yang tidak boleh dihapuskan oleh sistem. Sesetengah virus, ada yang boleh delete terus. Ada yang tidak boleh delete guna cara biasa, jadi guna cmd untuk delete dan adakalanya tidak boleh langsung delete ketika windows terbuka.
Panjang pula ceritanya nanti. Nak belajar bahasa command prompt tak? Yang basic dah la kan. Nak advance, lanjutkan pengajian dengan bantuan pakcik gOogle. Orait~ GO!
*ARAHAN TESTING*
Create New Folder di Local Disk (D:) --(nak buat tmpt lain pun xpe)
Contoh Nama Folder: Foto
Letak satu file dalam tu.
Contohnya: me.jpg
Then, buka aplikasi cmd. (tak ingat, tengok balik atas)
Tetingkap cmd pada awalnya
C:\Users\****
D:
D:\>
D:\>cd Foto
D:\Foto>
del me.jpg
D:\Foto>del me.jpg
RD /S /Q "D:\Foto"
D:\>RD /S /Q "D:\Foto"
rindu amat~
aKu harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. dan aku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun.
Begitu juga diriku, ku mohon agar engkau selalu mendoakanku. Agar kita bisa menjadi pribadi yang menawan kerana akhlak dan ilmu.
Seterjal apapun perjalan yang kau tempuh, sepahit apapun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari CAHAYANYA. Yakinlah, bahwa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya...
with love,
kak anis
~ramadhan karem
"salam....moh, miss u.............. ♥"Pendek, ringkas tapi terkesan. kerana dia sahabatku. Bila bersamanya ada sahaja cerita yang ingin dikongsinya. Setiap kali berbicara dengan ku, dengan sendiri aku yang ter'motivate'. Aku kagum dengannya kerana dia orang yang hebat berjuang. Dia juga yang mengingatkan ku tentang perjuangan. Dan dia jugalah yang memberi kekuatan padaku untuk terus berada di landasan perjuangan agama-Mu.
Solehah girl smile in trouble,Sayang sahabat dengan mendoakan. Terima kasih k.ab. Tidak lekang dengan mesej2 buat sahabatnya. Jika tanpa balasan, bukan beerti k.ah melupakanmu sahabat. K.ah sentiasa ingat. Dulu engkau bersama-sama denganku ketika kita baru mengenal erti tarbiah dan perjuangan. Moga engkau juga thabat di sana ye. Doakan juga k.ah di sini.
gather strength from doa,
grow brave by istighfar & solat,
stand firm & zikir when she sees & goin thru painful test everyday..
May ALLAH give guidance & hidayah always 4 u, InsyaAllah..:-)
k.ab syg k.ah.
IFTOR ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI NEGERI KELANTAN (AMAL)
bagi MML, MMP dan MMPP
Tempat belum dipastikan. Cuma ingat tarikh dulu deh. Set dalam minda... 27 Ramadan 1432H (hari Sabtu) untuk iftor bersama rakan-rakan maahad kito dulu deh! Pakat jupo sain2 lamo~ Nok jupo keno pakat mari. Tok mari nok jupo guano.. bereh?
So lagi. Mari iftor, jangan lupo mari ijtima' aidilfitri AMAL jugok pada 5 Syawal 1432H. Jom memeriahkan karnival AMAL. Hai,, lamo xjupo semo. Jom2 kumpul skali. Pakat2 daftar la deh.
Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah PENAWARNYA.
Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADAN adalah PENYUCInya..
Salam Ramadan Al-Mubarak 1432H!
Sudah seminggu Ramadan bertandang datang. Menghiasi rahmatnya ke seluruh pelosok alam. Bulan Ramadan, bulan yang begitu diagungkan dalam Islam dan disambutkan dengan penuh kesyukuran oleh umat islam tambahan lagi yang diikat kukuh imannya dengan taqwa.
Sebagaimana firman Allah SWT:
"Mama suh gi rumah siti slaluh! Cepatlah!"
Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang tepat. Itulah antara kata-kata adikku apabila menerima panggilan dari bapa saudaraku.
Tapi, tak terdetik pula untuk bertanya sebabnya. kenapa. Mungkin kerana sudah terbiasa. (biasa terima arahan untuk segera pergi)
Adikku sudah siap. Menunggu adik-beradikku yang lain bersiap. Agak memakan masa juga untuk tunggu semua. Aku terus ke rumah siti bersama adikku dahulu menaiki motosikal.
Siti. Itu merupakan panggilan kami sekeluarga anak beranak kepada nenekku sebelah ibu. Teringat di Maahad dulu. Ustazah Khadijah selalu sebut kepada rakan sekelasku bahawa aku memanggil nenekku, siti. Mungkin lain dari yang lain. Kata mama, itu panggilan yang dipakai kepada wanita yang dah berusia di Mesir. (ow ya ka. sape start dengan nama siti..? hehe)
Setibanya di rumah siti, kami terus melulu masuk. Saat kami berada betul-betul di dalam rumah, ku lihat mamaku dan ibu serta bapa saudaraku sudah membetulkan tangan siti supaya berkeadaan ketika bacaan Al-Fatihah dalam solat dan melilitkan kain di kepala ke dagu dan kemudiannya menutupi jasad siti.
Siti menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 6.10 petang di rumah siti pada tanggal 15 Syaaban 1432H bersamaan 17/7/2011.
Jenazah siti dikebumikan di bersebelahan jasad ta' yoh (datuk) disemadikan pada jam 11.50 pagi 18/7/2011 bersama iringan sekali khatam Al-Quran. Itu pesanan siti saat pengebumiannya.
-Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.-Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Ihsan sebagaimana diterangkan Nabi SAW ialah beribadah atau beramal seolah-olah kita melihat Allah SWT.
For those who sat for Malaysian University English Test (MUET) for Mid Year 2011, you can now be able to check your result which available on 13 June 2011.
Online Check
http://www.mpm.edu.my/muet_resultn/LoginFrm.aspx
SMS Check (open~ 12:01 am on 13/6/11)
MUET RESULT
and send to 15888 ; or
send to 36363
For your information,
Begin with year 2012, MUET will be available 3 times a year which are on the month of March, July and November.
Registration for End Year 2011 MUET will be end until 20 June 2011. So, if you decided to retaking your MUET, be prepared and register now!
For more information, please visit MPM Official Web at http://www.mpm.edu.my/
Kebiasaan bagi peminat fotografi, suka capture and snap foto2 ni untuk memiliki sebuah kamera DSLR.
Tapi, buat masa sekarang, apa kata diriku...?
"Nak DSLR, tapi belum mahu memiliki.."
Ahaha..~
Nak DSLR?
Yep, sebab walau memiliki kamera peribadi biasa,, 'compact digital camera', tapi tidaklah setanding kualiti DSLR.
Sejauh mana pun kita pandai menggunakan teknik dan skill dalam mengambil gambar, still tak nampak 'gah' apabila menggunakan kamera biasa.
Saya belum lagi menguasai kemahiran fotografi, techniques and skills okeh!
antara contoh ;
Cuba lihat gambar ini..
Apa yang anda dapati pada centered image and both sides images?
Perbezaan warna kan?
Foto yang ditangkap menggunakan kamera biasa nampak lebih kusam, suram, tak nampak ceria sangat.
Tengok foto di tengah. Lebih menarik dari kedua2 sisinya kanan dan kiri. Walau tu gambar edit, tapi lebih kurang la dengan DSLR. Pencahayaan dan warnanya lebih menarik!
Jadi, kalau nak jadikan gambar lebih lawa, rajin2 lah mengedit buat si pengguna kamera biasa. Eish~
Program Minggu Taaruf Pelajar Tamhidi telah berakhir yang berlangsung dari 1 Jun 2011 sehingga 3 Jun 2011 di Stadium Tertutup Nilai berdekatan kampus USIM. Kerjaku di sini menyambut ketibaan adik2 di asrama, Nilam Court.
Salam pertemuan dan Selamat Datang buat semua pelajar Tamhidi sesi 2011/2012!
Tadi terpandang satu kata-kata yang tiba2 mencuit hatiku. Kepada pemilik asalnya, terima kasih atas ilham ini. Aku menghargainya. Sebelum ini mungkin pernah ku temui, tapi saat ini kelainan dapat ku rasakan membaca ayatnya. Mungin dengan sedikit penghayatan. Walau pendek, ia satu kata peransang yang menusuk ke jiwaku.
"Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"
Ya, untuk mengecapi nikmat kejayaan, usaha memang tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang sampai kita merasakan penat, terlalu penat untuk meraih sebuah kejayaan. Tapi bukan sebuah kejayaan sahaja yang kita mahukan bahkan kita mahukan berjaya dalam segenap sudut hidup kita. Jadi hakikat keletihan itu memang wujud.
Pandanglah ke hadapan, letih tetap letih. Biarlah letih kita, dengan usaha, pengorbanan, keringat, tenaga, kita hadiahkan diri kita dengan kejayaan. Jangan ditenung, jangan direnung letihnya usaha, kerana hadiah di depan tak tergambar manisnya.
Mahukah kita melihat hadiah yang indah itu hancur kerana kita yang meretak-retakkannya sendiri atau kita yang membiarkan ia jauh dari kita?
Walau hadiah itu tidak kita dapati, kita tetap menerima ganjarannya. Siapa yang mahukan ganjaran buruk? Siapa? Tak ada siapa yang akan menjawab 'ya'. Walau seburuk-buruk perangai manusia pun, masih nakkan ganjaran yang elok. Tapi ingatlah, usaha kita yang berpenat letihan itu janganlah sampai melepasi batasan syari'at. Quotation yang famous:
"Matlamat tidak menghalalkan cara"
Kita mahukan kejayaan, ganjaran yang elok, nak bantu itu ini, matlamat yang perlu. Tapi bukanlah sampai menggunakan cara dan jalan yang salah demi matlamat tersebut. Ingat, kejayaan dan keberkatan sesuatu yang berbeza. Kita mahukan kedua-duanya, kejayaan+keberkatan. Jika belum mencapai kejayaan sekalipun, kita tetap mahukan keberkatan dalam hidup. Tapi musnahlah hidup jika kita hanya mendapat kejayaan tanpa keberkatan. Lebih teruk lagi, kejayaan tak dapat, keberkatan pun tidak ada. Jauhilah diri kita dari kebinasaan dan kemusnahan hidup kita di dunia. Musnah di dunia, bagaimana di akhirat. Iringilah kejayaan dengan keberkatan, keredhaan dari Sang Pencipta yang mengatur segala isi alam. Dalam kejayaan, mungkin ketenangan dan kebahagiaan tidak dapat kecapi tanpa timbulnya keberkatan.
Asalnye, sj je nak preview template lain.. Usha3.. huhu
Tengok2, semua link bloglist hilang. Dah la kebanyakan link guna bloglist..
Alang2 dah hilang, tukar je la template baru.
Selalunya malas tukar sbb malas nak masukkan balik link. dan
sayang kot,, huhu.. yela, dah banyak tukar coding dari template asal.
kurang2, guna lama sikit~ huhu
Jadual Final Exam Semester 4, Tahun 2, sesi 2011
No Matrik | : | 1090*** | No Sem | : | 4 |
Nama | : | ***** | No KP | : | 90081303**** |
Program | : | SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN | |||
Fakulti | : | FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT |
|
"Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu."
Hadis Rasulullah SAW yang perlu dijadikan dorongan dalam mempertingkatkan ilmu dalam diri. Sejauh mana kepentingan ilmu itu dalam membentuk keperibadian muslim sejati? Tanpa ilmu kita diibaratkan seperti kapal tanpa nakhoda, fizikal dan emosi akan bertindak mengikut ketidaklogikan akal, segala tindak- tanduk yang dilakukan juga tidak berasaskan ilmu. Ironinya, segala kerja yang dilakukan hanya mementingkan tuntutan duniawi tetapi tidak ukhrawi.
Saidina Ali bin Abi Talib RA berkata, "Ilmu lebih baik dari harta, harta jika dibelanjakan akan berkurang, tetapi ilmu jika disebarkan akan bertambah."
Hanya dengan ilmu, sifat takbur, ego, riak dan mementingkan diri dapat dileraikan. Hanya dengan ilmu, kasih sayang sesama mukmin akan bertaut, ukhwah terjalin, silaturrahim bercambah. Hanya dengan ilmu, kekuatan jihad dapat diperkukuhkan. Hanya dengan ilmu, ketidakstabilan kerohanian tidak akan berlaku. Hanya dengan ilmu, kasih sayang semata-mata kerana Allah akan menjadi seluas-luasnya. Hanya dengan ilmu, keikhlasan akan bertapak dalam jiwa. Hanya dengan ilmu juga, perpecahan dan perbalahan sesama muslim tidak akan berlaku.
Ketahuilah sesungguhnya, ilmu itu akan menjadi benteng dan pendinding diri dalam peperangan menentang syaitan dan nafsu. Ilmu itu juga akan dapat meningkatkan darjat hamba-Nya pada pandangan-Nya. Namanya dimuliakan sama ada oleh penduduk dunia dan paling istimewa sekali apabila namanya sangat popular dalam kalangan penduduk langit.
"Demikian tingginya darjat orang yang menuntut ilmu sehingga para malaikat bersikap hormat terhadap orang yang menuntut ilmu. (Riwayat Abu Daud)
Jadi, marilah kita sama-sama melapangkan masa untuk menuntut ilmu. Semoga Allah memberi keberkatan kepada masa yang kita ada. Kesibukan itu adalah ujian dari Allah. Semoga kita sentiasa berada dalam naungan rahmat-Nya yang Maha Luas. Gunakan semaksimum masa yang ada untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
"Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui." Surah Az-Zumar, ayat 9.
Taddabur ayat di atas dan semoga kita mengambil pengajaran bahawa pentingnya ilmu Allah itu dalam diri seseorang hamba dalam kehidupan era milenium yang sangat mencabar ini. Hanya dengan ilmu dapat membatasi dan menjadi pendinding diri supaya tidak terus- menerus melakukan kemaksiatan yang membawa kepada matinya hati. Semoga Allah terus melindungi dan menaungi rahmat-Nya ke atas kita.
Sumber: iluvislam.com
Kuasai ilmu... & Kuasai Bidang Pengajian kita!
Bimbangnya. Diri ini masih lagi lemah untuk menguasai ilmuMu Ya Allah. Moga dipermudahkan menuntut ilmu dan memahami ilmu2 yang dipelajari. Mudah2an ingatan kuat untuk mengingati apa yang didengar, apa yang dibaca dan apa yang lihat. Mudah2an setiap detik menimba Ilmu dikira sebagai ibadah. Allahurabbi, permudahkanlah jalan menuntut ilmu.
1- حل المشاكل العنف لدى الطلاب مسئولية الأفراد
2- الغرامة خير وسيلة لتهذيبأخلاق الشباب
3- المشاركة في الأنشطة الطلابية بالجامعات تساعد على تقدم الأكاديمي
4- الزراعة أساس تقدم اقتصاد البلاد
5- توجيه النظام التعليمي لمواجهة تحديات سوق العمل أفضل
6- السلع المحلية أفضل من السلع المستوردة
7- توحيد الجهود التشريعية والتنفيذية لمعاربة الرشوة في ماليزيا ضرورة
8- هروب الخدمات من العمل المنزلي مسئولية مستقدميهن
9- الحوار أفضل سبيل لتسوية المشكلات والأزمات الحزبية
الأخير :
السطيرة على المدونات الإلكترونية "blog" على شبكة الإنترنيت ضرورة