Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum w.b.t.
Hari ni teringat dekat blog dan rasa nak menulis pula.
Lawat myblog. Lawat blog sahabat rapat gila2 dulu time sekolah. Ya Allah, dia dah pindah blog. Dulu url dia cute-cute, sekarang dah jadi guru cemerlang, penulis buku, sebab tu dia dah tukar url kut. hihi. Memang lama tak lawat blog, tak buka facebook, tak tahu perkembangan. Entah. Rasa tak tahu nak update apa kan. Rasa life pun terabur je. Busy memanjang. Sekarang rasa macam relax cket. Lepas dapat series of bosses baru yang tak terlalu monitor kitorang. Rasa makin lama makin tenang dan aman hidup. Tapi bulan 4 ni bos baru lagi. Alamak. Bos yang ni risau tapi doakan yang baik-baik untuk kami nah.
Lawat2 ni baca balik artikel lama ni - Sekolah Sains, Universiti Akaun.
Beberapa perkara yang aku cerita dalam ni yang sudah berlaku pada ketika ini. Alhamdulillah.
#1 Impian kerja di bank
Dulu impian nak kerja bank. Sekarang dah berada dalam industri perbankan dan masih di bank yang sama. Paling tak sangka, frontliner, secara langsung berdepan dengan customer. Cabaran dia lain macam. Sampai ada dua ketika tu, guard dah berdiri kat depan kita, sebelah customer, sebab suara customer tengking jerit2 yang tinggi tu. Bila kita dah kerja sebagai customer service ni, faham lebih perasaan orang2 kaunter ni.
Nak kongsi la dengan korang, bila kita ada masalah, kita datang kaunter tu, orang tu first time tau kita jumpa, kita nak minta tolong selesai masalah, cakap la baik-baik. Masalah korang yang lama tu sebab dia ke? Dia perantara je, baru nak cuba faham cerita situasi korang, jangan la ingat datang jumpa pak nujum yang dah boleh baca otak kisah lampau korang. Talk nicely.
#2 Impian langsai PTPTN sekaligus
Seperti kisah aku sebelum ni, lepas je dapat JPA, aku stop PTPTN. Sempat la dapat wang pendahuluan dan pinjaman semester pertama. Amaun dia RM4k++. Dulu bila dah habis belajar, aku tengok balik ye macam mencecah RM7k untuk bayar balik. Tapi macam mana entah, PTPTN tu auto convert to ujrah. Aku rasa aku tak mohon pun. Tapi Alhamdulillah la. Mudah urusan aku. Amaun dia rasanya bawah RM5k kalau kira total semua. Rasanya la.
Masa kerja aku dah bayar sikit-sikit tapi tak konsisten. Kadang letak banyak terus pastu tinggal. Credit balance je. Sampai satu masa dah habis dah bayaran advance tu dah ada hutang bulanan kena bayar, tapi tak sedar pun, sebab bukan cek selalu pun. Pastu letak balik banyak2, tinggal lebih setengah tahun gitu. Aha. Sedikit sebanyak rekod CCRIS rosak la sebab tunggakan PTPTN ni.
Akhir tahun lepas, aku teringat diskaun PTPTN 2018 sebanyak 20% sekiranya bayar penuh. Aku cepat-cepat cek website dan call PTPTN nak tau masih sah tak promo tu. Ketika tu beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2019. Time tu malam 27 Dis call PTPTN hotline lepas kerja, tengah berjalan keluar train balik rumah. Malam tu juga transfer payment lepas pegawai bagi amaun penuh. Surat Pengesahan Baki / Bayaran Penuh dikeluarkan malam tu juga. 7 Jan 2019 aku menerima Surat Penyelesaian Hutang (SPH). PTPTN aku tak banyak macam yang ambil penuh tu. Ada baiknya aku selesai cepat-cepat kan. Jangan la terkejut sangat. Amaun dia macam beli motorsikal second hand je. Simpanan ketika tu bukan banyak pun, tapi nak sangat kan selesai cepat, maka alhamdulillah selesai PTPTN yang mencalarkan CCRIS aku tu. Huhu.
Terima kasih Allah atas nikmat ini. Didoakan rezeki untuk impian kalian juga.
..
Sebenarnya aku semangat blog nak bercerita satu kisah gembira lain dalam kerjaya. Bila dah terbaca post lama lain pula cerita dia. Huhu. Setakat itu dulu pembuka tahun 2019. Blog ni pun dah terputus 4 tahun. Last post 2015. Ok guys. Bye. Jumpa lagi ye tahun ni! Doakan.
Impian Dulu Nyata Kemudian
Pelaburan Shariah - Unit Amanah
eg. RM6K jadi RM12K; RM200K jadi RM400K; RM500K jadi RM1M
2⃣ Diuruskan oleh institusi kewangan iaitu bank
3⃣ Dibenarkan di bawah akta Bank Negara Malaysia
Berumur 18 tahun dan ke atas
Mempunyai minimum RM1,000 untuk bermula
Simpanan bulanan minimum RM100 sekiranya ingin menyimpan setiap bulan
Mempunyai KWSP/EPF sekiranya ingin melabur tanpa tunai
Wang pelaburan mesti dalam bentuk cek atas nama bank dan bukan atas nama kami.
Lifestyle berubah
Assalamu'alaikum!
Tempat kerja sudah bertukar. Kini aku kerja dalam mall. Setiap hari masuk mall! Oh cabaran. Duit mengalir keluar laju je walau hakikatnya duit tak banyak, yang banyaknya kena simpan. Itu yang sepatut la. Haha. Semua benda ada depan mata. Nak makan apa? Fast food lagi la suka makan time duit kering. KFC ada. Subway, Dunkin Donut, Big Apples, Texas Chicken, Burger King, bla bla.. Banyak sangat francais fast food level ofis aku! Adoii.. Nafsu boleh tahan kalau susah nak pergi, ni depan mata hari2. Tak rasa nak makan nasi, ada pilihan banyak giler. Adeh. Teringat nak beli barang, masuk je Aeon, Aeon Big, Cold Storage, bla bla, farmasi, bla bla..
Lepas tu, sebelum ni pergi ofis naik motor je. Jimat kos. Boleh anggar RM10 je seminggu. Sekarang ni naik train. Jalan nak ke sana jem sangat + bengkang bengkok + perjalanan yang memenatkan. Untuk kurangkan rasa penat nak hadapi semua situasi tu, aku terpaksa la naik train. Kos seminggu dua kali ganda. Adeh. Duit lagi. Eh, naik motor pun penat tau kalau terjerat dalam jem. Fokus kat jalan tu lebih, kanan kiri depan belakang bila2 boleh mencilok motor kereta. Penat.
Hari-hari kerja aku kena lalu KL Sentral. Tukar 2 train. Maka, masa menunggu saje boleh cecah 1 jam. Aku habis kerja jam 7.30 malam. Lepas maghrib baru aku bertolak pulang.
Kenapa aku nak minimakan kepenatan? Sebab ofis buka 7 days. Aku kerja weekdays and weekend kut. Antara yang aku teringin nak rasai dulu. Time orang kerja, kita cuti. Dapat rasa la sekarang ni, berpeluang cuti hari weekdays. Ahak. Nak buat urusan yang ada kaitan dengan office hour pun senang. Ada baiknya kerja rotation macam ni. Haha.
Kalau ada nak jumpa borak2 pasal unit trust ke, nak melabur ke, nak menyimpan ke, nak jadi agen ke, kita boleh set appointment weekdays/weekend. Jumpa di tempat menunggu KTM pun boleh. KL Sentral pun boleh. SMS/Whatsapp/Telegram (013) 367 2432. Unit trust mana? Unit trust yang ada agen 54% dari jumlah keseluruhan agen unit trust di Malaysia (Total worth 56K). Analisa tu aku kira sendiri dari rekod nama semua agen yang berdaftar dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia. Makanya? Makanya aku ada data nama semua agen unit trust di Malaysia. Haha! Rekod sampai Jun 2015 je. Nama aku pun ada! Maka tepatlah. Thank you provide data dalam excel. Senang nak buat analisa. Row nama sampai 56K tu.
Nak jadi agen unit trust kena ambil lesen. Aku bagitau siap2, lesen dia RM dua ratus lebih. Aku dulu upline aku yang tolong bayarkan dulu. Nak cepat seat for exam. Dia tak cakap apa2 aku dah bayar balik. Senang, dah ingat no akaun upline aku ni. Aku jaga kewangan, mesti la aku ingat no akaun bos. Huhu. Tapi stress la lambat sangat exam. 2 bulan kemudian baru exam lepas decide nak join. Ni sebab ramai sangat nak jadi agen unit trust la ni. ^_=
SMS/Whatsapp/Telegram (013) 367 2432.
Pendidikan kewangan - pelaburan unit trust
Assalamu'alaikum
Dah lama tak update.
Alhamdulillah, pada usia ini aku mengenali banyak bentuk pelaburan walaupun ada yang belum terlibat secara langsung.
Dan aku bagi financial education pada abang-abang dan adik-adik aku termasuk adik bongsu aku yang ketika ini di secondary school, SPM. Mak ayah aku dah lama pencen. Aku kongsi juga sedikit sebanyak pada mereka, mak aku pula sedih sebab tak sempat melabur dulu-dulu. Takpe mak, giliran anak-anak pula melabur. Mak doakan kami. Hasrat aku pun nak bantu orang Islam kita untuk tingkatkan ekonomi dan kewangan kita.
Aku rasa bab menyimpan semua orang takkan pertikai dan semua tahu kepentingannya.
Sekiranya kita simpan sahaja, kita tak cover kadar inflasi. Itu perlunya kita melabur.
Sekiranya kita seorang pekerja yang mengambil KWSP / EPF, akaun kita juga dilaburkan dan kita mendapat % pulangan atas jumlah simpanan. Itu juga salah satu bentuk pelaburan. Ada yang tidak sedar ke mereka telah melabur bukan setakat menyimpan?
![]() |
| Dividen KWSP 2000-2013 |
![]() |
| Dividen KWSP 2014 |
Nak pergi haji pula, kita simpan dalam TH. Kita ingat kita simpan je kan. Tapi sebenarnya kita dah melabur dan boleh nampak pertambahan dalam simpanan kita. Alhamdulillah.
![]() |
| Dividen dan Bonus Penyimpan Tabung Haji 2008-2014 |
Ada juga yang mengambil pilihan lain, melabur dalam ASB. Ada dividen yang mereka terima. Yang banyak terdedah dengan isu, kita raikan perbezaan pendapat, pandangan dan khilaf fatwa yang dikeluarkan ya.
![]() |
| Dividen dan Bonus ASB 1990-2014 |
Bank di Malaysia satu pun tiada zero conventional elements (baca: riba). Sekarang kita nampak kebanyakan bank dah wujudkan Islamic banking. Itu kita perlu sokong dan bersetuju ya! Syukur ada orang Islam kita yang berjaya wujudkan fenomena dan naikkan rating Islamic. Alhamdulillah.
KWSP, TH, ASB ada % dividen masing-masing. Nak lebih % boleh la kita berjinak-jinak ambil tahu tentang unit trust atau dalam bahasa kebangsaan kita, unit amanah pula. Dana shariah unit amanah berpotensi memberi kadar pulangan antara 10%-15%. Tapi kita kena jelas, bukan lebih je kita dapat, kurang pun boleh dapat, sekiranya jangka pendek. Perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan sedangkan petani, peladang pun kena hadapi kemungkinan banjir dan kemarau.
Sekiranya kita berhasrat untuk melabur dalam unit trust, sebolehnya jangan usik dalam tempoh 3 tahun. Unit trust sebaiknya untuk pelaburan jangka masa sederhana (3-5 tahun) hingga jangka masa panjang.
Nak cepat, main saham. Tapi risikonya lagi tinggi sekiranya kita terlibat tanpa persediaan ilmu. Itupun mereka yang arif tentang saham nasihat benda yang sama, paling kurang 3 tahun.
Nak cerita satu per satu banyak sangat. Hartanah, AHB, takaful, emas, tak masuk lagi. Hartanah tu aku belum terlibat secara langsung buat masa ini, dah aktif baru aku share based on experience ya. AHB, core investment dia juga hartanah. Takaful atau polisi perlindungan pun penting, tambah-tambah yang tiada medical card. Emas, banyak highway, nanti nak redah satu-satu dulu.
Celik kewangan dari usia muda ni nampaknya makin bertambah, atau mungkin circle media sosial aku sahaja sangat concern tentang kewangan, aku tak pasti.
Antara perancangan kewangan dalam pelaburan (Investment Planning) - miliki rumah, persaraan (retirement), kembangkan bisnes (business), pendidikan diri/anak-anak (education), atau hanya mengatasi inflasi dari masa ke semasa (just beating inflation over time).
As accounting background, aku dah ada scientific dan financial calculator. Aku percaya ramai dah kenal scientific calculator. Tapi financial calculator ni tak ramai yang tahu. Ada di tangan pun kebanyakan tak tahu nak guna fungsi lain yang membezakan ia dengan kalkulator biasa. Financial calculator best untuk kira investment atau installment tau! Lepas pasca banjir hujung tahun lepas (2014), baru jumpa balik kalkulator ni.
Oh ya. Terlupa masuk dalam kiraan. First time invest, syarat minimum RM1,000 (deposit awal).
Sekiranya tiada tak perlu susah-susah nak beli financial calculator. Kita semua ada smartphone, boleh cari aplikasi untuk kira pantas. Kunci carian di app store atau google play, "financial calculator".
SMS/Whatsapp/Telegram: (0XX) XXX XXXX
Area: Kuala Lumpur/Selangor/Negeri Sembilan/Kelantan
fmn - F
Non-stop talking?
Banyak cakap betul. Dalam talian telefon boleh la bertahan 2 jam, sebab ada komitmen kredit phone kan. Patut la kalau berdepan boleh lebih 4 jam. Bila dah bercakap, macam tak nak berhenti tu. Mujur kadang-kadang tu, sebab ada waktu solat. Kalau tak, entah bila nak berhenti. Uish. Kalau dalam talian telefon pula, kita dah habis kredit, orang yang kita bercakap pula yang call balik. Bila dia pun habis kredit, call pulak dengan telefon rumah. Haha. Sharing memang powerful betul. Dua-dua minat berkongsi dan mendengar. Belum habis topik yang dibualkan, terputus macam tu memang tak best. Bagus juga ada orang yang sambung balik talian. Haha. Maksudnya topik yang dikongsi, best, ya dak? Hehe. Bila best macam tu la, kalau boleh nak cakap je memanjang, tak nak berhenti. Keh3.
Kita boleh berbicara panjang lebar, bukan dengan semua orang. Tak semua. Contoh kalau aku sendiri, orang yang aku tak kenal, aku tak borak panjang, sebab aku tak faham dia, tak tahu apa topik yang dia suka. Tapi bonus cepat mesra, walau kita tak kenal orang tu, orang tu dari Kelantan, sama negeri, mudah mesra, fuh, memang boleh buat teman berborak. Kena line, memang panjang. Huhaha, itu aku la. First impression, yang selalu fasi2 buat test dalam program, aku selalu akan dapat result, pendiam, pemalu. Haha. Jangan tertipu sangat. Bukanlah, risau, kalau hajat nak berkawan dengan orang pendiam sangat-sangat, aku risau aku kurang sesuai, nanti kecewa plak. Heh3. Sekiranya kita sehaluan, susah aku nak berhenti bercakap nanti. Maksud aku sehaluan tu, ada benda atau topik atau subjek yang boleh diborak. Fuh,, kalau macam tu, susah nak letak full stop kat mana nanti.
Tadi baru lepas habis berborak. Berborak tak semestinya benda kosong-nothing. Tadi antara borak yang inspirasi, sama-sama memberi motivasi, kongsi idea, planning, impian, dan Alhamdulillah, ayat-ayat mengingati Allah juga sentiasa ada dalam perbincangan. Ya, bila kita rancang sesuatu benda, memang kita kena set, Allah Always The Great Planner. Kena kembali kepada Allah. Kena sentiasa buat relation, hadirkan Allah dalam sesuatu itu, supaya apa-apa yang kita buat atau nak buat, telah buat sekalipun, Allah mengatasi matlamat apa pun, Allah paling di depan. Hidup mati kita di tangan Allah. Baik buruk kita, di tangan Allah juga, tapi sebab pilihan kita, jangan set nasib selalu, seolah-olah salahkan Allah. Salahkan diri tu, jangan sesekali salahkan Allah. Nasihat untuk diri terutamanya.
Selalu sangat kita dengar doa+usaha. doa, usaha. usaha, doa. tawakal, doa. usaha. tawakkal. ya betul la tu. Kita pun ada belief tu kan. Kata guru aku, doa ni boleh mengawal apa yang kita tak boleh kawal. Itu antara kekuatannya. Kita memang tak akan boleh kawal sesuatu tu selama-lamanya. Memang tak akan. Percaya yang tu. Allah sahaja. Jadi, kita kena selalu interaksi dengan zat yang selalu kawal kita, supaya kita ni sentiasa dalam kawalan rapi. Allahu.
Aku ni kalau baru betul2 lepas habis program, memang banyak isi. Fresh. Senang nak tabur. Haha. Kalau dah beberapa hari kurang cket. Aku ni jarang nak ingat quote orang, itu kelemahan aku, melainkan aku dengar berkali-kali atau aku baca berkali-kali, atau tak kesah la cara macam mana pun deliver itu, yang penting kena berkali-kali, baru aku ada potensi ingat yang lama. Contohnya, aku menghafal zaman sekolah menengah dulu, sebab dah lama tak ulang, tak ingat la, tapi masih ada kemungkinan, orang bacakan, aku boleh sambung. The powerful of repeating. Haha. Pandai-pandai buat rule dan istilah sendiri.
Kenapa aku boleh tulis cerita ini, sebab aku ni macam ada simtom 'expressing' yang tinggi. Tak cukup dengan bercerita menggunakan suara, menaip pulak, alih kepada tulisan pula. Haha. Nak cater orang auditori, dan orang visual. Haha. Orait2, Saje je mengada tambah topik baru. Ok, we need to put full stop here(.)
Sekolah Sains, Universiti Akaun
Aku pelajar aliran sains dulu masa di sekolah. PMR aku melayakkan aku untuk masuk kelas sains. Awalnya memang aku nak ambil akaun. Aku dah ada minat akaun pada masa tu. Ketika tu, aku minta pendapat abang aku, dan beliau pada masa itu berada di Mesir. Pendapat beliau, ambillah sains, kemudian tambah akaun. Bagi beliau sains juga bagus, ambil dua-dua lagi bagus, satu kelebihan dapat tahu dua2 bidang. Fikir-fikir aku pun masuklah kelas sains dengan hasrat akan tambah akaun sebagai pilihan lain. Bila dah masuk kelas sains, 3 sekali mata pelajaran sains iaitu Biologi, Fizik, dan Kimia. Tiga pun dah berat bagi aku, ya, kerana ia lebih berat kepada fakta. Maka, terpaksalah aku lupakan hasrat untuk tambah akaun sebagai subjek tambahan SPM aku. Waa, sedih jugak masa tu terkenangkan hasrat aku tu tak kesampaian.
Just try
Dapat tawaran sebagai wedding videographer! Lama dah impikan nak usha videografi tapi yela, kita takde pengalaman, takdenye nak tawarkan diri, jadi sebaliknya kan, salah menyalah pulak. Tapi bila orang dah offer pada kita, ya, will try the best! Selalu je suka-suka buat videografi untuk sepupu kahwin, shoot video, tapi buat sendiri2, simpan sendiri2, tunjuk pun tak, sebab tak siap pun, tak publish pun as video. Haha.
Offer offer jugak, kena bagitau terus, aku ni takde dslr ye. Minat je lelebih. Huahaha. Beliau tak pulak kata apa-apa, terus ajak discuss. Wuwah.. Ok, ok. Gembira sesaat, sebab dapat peluang ni. Jadi ke tak tak tahu lagi kan. Hehe. Sementara ni kita suka suki jap.
Actually beliau tawarkan aku jadi designer n videographer wedding beliau. Designer tu aku kurang berkenan, dah tawar hati nak main dengan design. Huaha. Orang yang selalu berhubung dengan aku bincang bab2 ni, aku pun awal-awal lagi dah agak ada kaitan jugak dengan benda ni. Takdenye orang kebanyakan nak cari aku bincang hal lain. Heh3. First mesej lagi aku dah siap gtau aku dah lama tak buat design, supaya aku dapat melepaskan diri dari buat design. Hoho. Rupanya, terjerat jugak. Pandai btoi.
Terus set meeting. Tahniah kawan dah nak kahwin, orang famous memang kahwin awal. Heheh.
Aku tak mention sesape kan. Ok, selamat.
About Me
- insyirah
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."









