Bahasa cmd (Delete File & Folder)

Apa itu 'cmd' atau nama panjangnya 'command prompt'?

Tak tahu? *geleng2* ok, sila tekan Start pada windows anda kemudian taip 'cmd'. klik. ha,, itulah command prompt. ahaha. get it? secara istilahnya, sila search sendiri di google.

Erm, macam ni la. ia ni satu bentuk arahan pada sistem komputer atau lebih mudahnya, bahasa komputer. (yang kita duk klik2 tu bukan bahasa komputer? faham je komputer bahasa isyarat tu. erk. carilah sendiri jawapannya)


Apa gunanya command prompt?

Bagitahu apa yang tahu je la kan. Tak tahu macam mana nak bagitahu kan. Semua yang kita buat, masuk folder, copy, paste, delete, hide files etc.. semua boleh buat dengan benda ni. Tapi bahasa dia taklah sesenang 'klik'.

Habis buat ape guna benda ni? Menyusahkan je.

Guna time perlu je la. Biasanya aku guna untuk delete virus yang tidak boleh dihapuskan oleh sistem. Sesetengah virus, ada yang boleh delete terus. Ada yang tidak boleh delete guna cara biasa, jadi guna cmd untuk delete dan adakalanya tidak boleh langsung delete ketika windows terbuka.

Panjang pula ceritanya nanti. Nak belajar bahasa command prompt tak? Yang basic dah la kan. Nak advance, lanjutkan pengajian dengan bantuan pakcik gOogle. Orait~ GO!

*ARAHAN TESTING*

Create New Folder di Local Disk (D:) --(nak buat tmpt lain pun xpe)
Contoh Nama Folder: Foto

Letak satu file dalam tu.
Contohnya: me.jpg

Then, buka aplikasi cmd. (tak ingat, tengok balik atas)

Tetingkap cmd pada awalnya

C:\Users\****

Untuk masuk ke tempat storage tersebut, taip
D:

Paparan pada skrin terkini
D:\>

Cuba delete file dalam folder tersebut, masuk folder dulu.
D:\>cd Foto

Paparan terkini,
D:\Foto>

Untuk delete file, teruskan menekan
del me.jpg
D:\Foto>del me.jpg

Sila lihat file berkenaan. Ada lagi tak..? Dah terdelete? Tak ade, kira berjaya la~

Jika nak delete folder pula, teruskan dengan menaip
RD /S /Q "D:\Foto"
D:\>RD /S /Q "D:\Foto"

Berjaya? Haa, pandai pun anda menggunakan cmd. Selamatlah ye. Tapi hati2, jangan main2 dengan sistem kalau tak berani. Silap langkah, takut naya komputer anda. Orang yang nak try jalan susah boleh buat. Risiko tanggung sendiri. haha

Senang2, delete je guna cara biasa~ ahaha. Right click on file/folder---Delete

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindu seorang sahabat

rindu amat~

aKu harap engkau selalu dalam kebaikan, jagalah selalu solatmu, tilawahmu, serta lisanmu. Sehingga para malaikat menyaksikan engkau sebagai hambaNya yang sempurna dalam keimanan. dan aku harap pula agar engkau selalu menjaga akhlakmu di manapun engkau berada, serta kepada siapapun, kepada orang yang muda ataupun tua, bahkan kepada orang – orang yang membencimu sekalipun.

Begitu juga diriku, ku mohon agar engkau selalu mendoakanku. Agar kita bisa menjadi pribadi yang menawan kerana akhlak dan ilmu.

Seterjal apapun perjalan yang kau tempuh, sepahit apapun kisah yang kau rasa. Ku mohon padamu, janganlah pernah berpaling dari CAHAYANYA. Yakinlah, bahwa engkau tak pernah sendiri, Allah dengan segala kemurahanNya akan selalu membimbingmu, asal dirimu selalu menjaga waktu untuk selalu dekat padaNya...

with love,
kak anis
~ramadhan karem

Anis, kak ah juga rindu sama kamu tau! Sungguh aku menyayangimu sahabat. Setiap kali engkau berbicara, setiap kali engkau menulis, memberi ucapan.. 'peringatan' pasti menyusuli. Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepadanya untuk terus memberi ketaatan kepadaMu. Engkau juga adakalanya memberi teguran jika aku tersilap. Susah untuk memiliki sahabat sepertimu. Terima kasih sahabat. Engkau mengingatkan aku pada yang Maha Esa.

"salam....moh, miss u.............. ♥"
Pendek, ringkas tapi terkesan. kerana dia sahabatku. Bila bersamanya ada sahaja cerita yang ingin dikongsinya. Setiap kali berbicara dengan ku, dengan sendiri aku yang ter'motivate'. Aku kagum dengannya kerana dia orang yang hebat berjuang. Dia juga yang mengingatkan ku tentang perjuangan. Dan dia jugalah yang memberi kekuatan padaku untuk terus berada di landasan perjuangan agama-Mu.


Solehah girl smile in trouble,
gather strength from doa,
grow brave by istighfar & solat,
stand firm & zikir when she sees & goin thru painful test everyday..
May ALLAH give guidance & hidayah always 4 u, InsyaAllah..:-)
k.ab syg k.ah.
Sayang sahabat dengan mendoakan. Terima kasih k.ab. Tidak lekang dengan mesej2 buat sahabatnya. Jika tanpa balasan, bukan beerti k.ah melupakanmu sahabat. K.ah sentiasa ingat. Dulu engkau bersama-sama denganku ketika kita baru mengenal erti tarbiah dan perjuangan. Moga engkau juga thabat di sana ye. Doakan juga k.ah di sini.


Alhamdulillah, aku mempunyai sahabat2 yang selalu memberi nasihat, motivasi, peringatan buatku. Syukur, aku dianugerahkan dan dikelilingi sahabat2 yang dekat dengan-Mu dan kuat berjuang untuk agama-Mu. Mereka juga antara kekuatanku. Terima kasih sahabat. Jikalau engkau tahu bahawa hati ini juga merindui kalian. Walaupun aku bukanlah sahabat terbaik buat kalian, tapi ketahuilah kalian sahabat terbaik buatku!

Allah, aku sayang sahabat2ku ini.


Doa rabitah lah pengikat hati-hati ini. Jauh bukan bererti hilang. Kita mungkin bisa bersua kembali.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…

(Sifat-sifat Hati)

* berkumpul kerana mengasihiMu,
* bertemu kerana mematuhi perintahMu,
* bersatu memikul beban dakwahMu,
* hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;

(Didikan Hati)

* maka eratkanlah ikatannya,
* kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
* tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;

(Bekalan Hati)

* penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
* lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
* dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;

(Amalan Hati)

* suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
* jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.

Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.

Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perutusan untuk Maahadians~ AMAL



IFTOR ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI NEGERI KELANTAN (AMAL)
bagi MML, MMP dan MMPP


Tempat belum dipastikan. Cuma ingat tarikh dulu deh. Set dalam minda... 27 Ramadan 1432H (hari Sabtu) untuk iftor bersama rakan-rakan maahad kito dulu deh! Pakat jupo sain2 lamo~ Nok jupo keno pakat mari. Tok mari nok jupo guano.. bereh?


So lagi. Mari iftor, jangan lupo mari ijtima' aidilfitri AMAL jugok pada 5 Syawal 1432H. Jom memeriahkan karnival AMAL. Hai,, lamo xjupo semo. Jom2 kumpul skali. Pakat2 daftar la deh.


Pakat invite diri sendiri ek. hehe. invite sain2 ugop~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cahaya Ramadan

Jika HARTA adalah RACUN, ZAKATlah PENAWARNYA.
Jika UMUR adalah DOSA, maka TAQWA & TAUBAT adalah UBATnya.
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADAN adalah PENYUCInya..


Salam Ramadan Al-Mubarak 1432H!

Sudah seminggu Ramadan bertandang datang. Menghiasi rahmatnya ke seluruh pelosok alam. Bulan Ramadan, bulan yang begitu diagungkan dalam Islam dan disambutkan dengan penuh kesyukuran oleh umat islam tambahan lagi yang diikat kukuh imannya dengan taqwa.

Sebagaimana firman Allah SWT:

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [Al-Baqarah : 183]


Penghujung ayatnya, taqwa. Puasa, Ramadan, sebenarnya mendekatkan kita kepada ketaqwaan. Kerana Allah memberi anugerah kepada hamba-hambaNya dengan hadiah yang berlebihan pada bulan ini sebagai galakan kepada kita untuk memperbanyakkan amalan, meningkatkan ibadah kerana itulah antara jalan-jalan dan wasilah untuk menuju tahap ketaqwaan. Sungguh tinggi tahap itu, tapi kita mesti berkejaran untuk mendapatkan nikmat yang begitu besar itu.

Allah, bantu aku. Aku masih jauh untuk sampai ke sana. Hidayah bukan hanya milik orang bukan islam atau orang yang terpesong jauh dari agama Islam. Hidayah mereka untuk kenal islam, menganut islam, kembali kepada islam. Tapi kita kena sedar. Kita juga perlukan hidayah Allah. Sebagai hamba Allah, kadangkala kita leka, alpa, tidak sedar akan kesalahan yang mungkin lari dari rahmat dan keberkatan-Nya atau mungkin perlakuan kita mengundang fitnah pada Islam walhal Islam tidak mengajar sebegitu. Sebab itulah pentingnya doa. Doa agar kita masih berada dalam ketaatan kepadaNya. Hati-hati manusia ini milik Allah. Hatta hati kita sekalipun. Bab yang paling umat Islam direndah-rendahkan adalah bab masa. Masa melibatkan banyak perkara. Solat. Membaca Al-Quran, mathurat. Tidur. Bangun Tidur. Bekerja. Berjanji. Kalau kita FAIL bab masa, tak sempurna amalan kita. Kenapa kita begitu ya..? Kenapa umat islam begitu? Kita kena usaha untuk berubah kan?

Ayuh kita mencari penawarnya. Tambah-tambah di bulan Ramadan. Kerana mujahadah kita adalah melawan hawa nafsu kita yang sudah sinonim menjadi tabiat yang buruk dalam diri. Lawan, lawan! Lebih memberi kekuatan adalah, kita melawan hawa nafsu sahaja tanpa hadirnya bisikan syaitan yang selalu menyuruh kepada keburukan dan kejahatan bergandingan dengan nafsu jahat.

Bukankah amalan yang diamalkan selama 40 hari akan menjadi tabiat..?

Jadi, eloklah kita sama-sama mendidik nafsu kita agar kembali kepada fitrah, tunduk pada yang Maha Esa. Penuhi 30 hari bulan Ramadan tambah paling kurang 10 hari bulan Syawal dengan amalan yang mendekatkan diri padaNya. Mudahan-mudahan selepas itu, ia menjadi amalan rutin yang istiqamah agar hati kita, iman kita, nafsu kita sentiasa terdidik dengan roh-roh iman dan taqwa kepada Allah.

Sama-sama kita mujahadah. Bukan untuk kalian sahaja. Tapi untuk orang yang menulis terutamanya. Peringatan untuk diri untuk diri sendiri. Change your bad habit now! Didik jiwa dengan roh tarbiah. Moga Allah bersama kita. Berubahlah! Berubah menjadi hamba Allah Taala yang taat di samping menjadi permata insan manusia dan seluruh isi alam.

إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa." [Al-Hujurat: 13]

Firman Allah:

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعاً إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya: "Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." [Al-Baqarah:148]

Salam Ramadan. Salam Muhasabah. Salam Mujahadah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Itu takdirnya, ketetapan yang pasti

"Mama suh gi rumah siti slaluh! Cepatlah!"

Ketika itu jam menunjukkan pukul 6 petang tepat. Itulah antara kata-kata adikku apabila menerima panggilan dari bapa saudaraku.

Tapi, tak terdetik pula untuk bertanya sebabnya. kenapa. Mungkin kerana sudah terbiasa. (biasa terima arahan untuk segera pergi)

Adikku sudah siap. Menunggu adik-beradikku yang lain bersiap. Agak memakan masa juga untuk tunggu semua. Aku terus ke rumah siti bersama adikku dahulu menaiki motosikal.

Siti. Itu merupakan panggilan kami sekeluarga anak beranak kepada nenekku sebelah ibu. Teringat di Maahad dulu. Ustazah Khadijah selalu sebut kepada rakan sekelasku bahawa aku memanggil nenekku, siti. Mungkin lain dari yang lain. Kata mama, itu panggilan yang dipakai kepada wanita yang dah berusia di Mesir. (ow ya ka. sape start dengan nama siti..? hehe)

Setibanya di rumah siti, kami terus melulu masuk. Saat kami berada betul-betul di dalam rumah, ku lihat mamaku dan ibu serta bapa saudaraku sudah membetulkan tangan siti supaya berkeadaan ketika bacaan Al-Fatihah dalam solat dan melilitkan kain di kepala ke dagu dan kemudiannya menutupi jasad siti.

Siti menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang jam 6.10 petang di rumah siti pada tanggal 15 Syaaban 1432H bersamaan 17/7/2011.



إنا لله وإنا إليه راجعون

Allahurabi, kami tak sempat untuk bersama melihat pemergian siti buat kali terakhir. Siti pergi kerana sakit tua. Air mata masing-masing dapat di'control' dari keluar. Mungkin kerana kami sudah belajar untuk redha jika ajal datang menjemput siti. Kerana siti juga ada menyentuh mengenai mati, dan amanat jika dia pergi. Ada juga antara ahli keluarga yang sudah mendapat petanda siti akan pergi buat selama-lamanya. Tapi keluar juga saat aku menelefon abang2 ku mengkhabarkan berita tersebut.

Sejuk hatiku bila mama menceritakan bagaimana saat terakhir siti. Alhamdulillah, siti sempat melafazkan kalimah "ALLAH" di akhir riwayatnya. Dengan siti yang agak lemah seluruh badan, kuat juga kalimah itu disebutnya. Alhamdulillah, moga matinya dalam iman dan dipermudahkan urusan di alam seterusnya serta rohnya dan jasadnya sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Terima kasih pada umat Islam yang turut sama mendoakan kesejahteraan beliau. Al-Fatihah.

Mama kata, hari itu adalah hari yang siti paling2 letih. Biasanya bila mengusungnya ke tandas, siti akan basuh sendiri apabila membuang air dan juga mengambil wudhu'. Tapi pada hari itu, langsung dia tidak berbuat sebagaimana biasa. Juga membisu seribu bahasa hanya anggukan sahaja jawapannya.

2 hari sebelum ketiadaannya, aku sempat bertemu siti. Jaga siti kerana ibu saudaraku ingin keluar sebentar bersama keluarnya dan ibuku pula ada urusan lain waktu itu. Tapi tak dapat berbual-bual kerana siti lena tidur sampailah ibu saudaraku pulang dan mengajakku ke rumah jiran yang ada membuat sedikit majlis. Sekembalinya aku ke rumah siti, ada tetamu yang datang menziarahi dan waktu itu siti sudah sedar.

Hari sudah hampir maghrib, aku terpaksa mengundurkan diri kerana perlu menyampaikan pesan pada mamaku dan bapa saudaraku di sebelah rumahku mengenai satu majlis yang perlu dihadiri malam nanti. Nak telefon, hp mati. Nak telefon rumahku, rosak pula linenya. Tapi kenapa pula tak terfikir nak telefon adik beradikku yang lain? A'a, xpula terfikir time tu. Diikutkan hati, mahu sahaja duduk dulu untuk berbual dengan siti. Aku segera bersalaman dengan tetamu dan siti sambil memperkenalkan diriku pada siti. Takut dia tidak menyedari kehadiranku. yelah, baru sahaja balik dari kampus ku dan jarang dapat bertemu siti. Dan itu jugalah salaman ku kali terakhir rupanya.

Setiap kali aku pulang ke kampung, mesti mama menyuruhku berjumpa siti. Katanya, siti selalu tanyakan aku di mana. Siti pun dah tua, sudah lupa walaupun banyak kali dah tanya. Bila ku sebut keberadaan pengajianku, cepat je dia minta maaf sebab tanya lagi. Aku hanya tersenyum memahami.

Satu family ku semua pulang saat mengebumikan jenazah siti. Yang duk kl dan juga yang berada di Sarawak. Rupanya abangku yang sarawak hanya plan naik flight ke kl je. Save budget la kot. Mungkin tiket mahal sangat. Lagipun dia pun baru menamatkan zaman bujangnya. Jadi dia tak lagi sendiri2. huhu. Lepas tu dia plan balik dengan kenderaan lain. Cepat betul dia bertindak. Anak sulung kan. Ligat je cari solusi bila dah hajatnya nak balik.

Jenazah siti dikebumikan di bersebelahan jasad ta' yoh (datuk) disemadikan pada jam 11.50 pagi 18/7/2011 bersama iringan sekali khatam Al-Quran. Itu pesanan siti saat pengebumiannya.




Apa yang membuatkan ku terharu sedih, aku tidak dapat membacakan ayat quran untuk siti pada saat itu kerana tidak diizinkan-Nya. Hanya doa yang dapat aku panjatkan buat arwah siti.

Sepupuku yang berumur hampi 2 tahun juga melihat jenazah siti. Ada yang bertanya, "Iqbal, siti tidur dok?" Jawabnya, "Dok, siti mati". Tahu pula dia kecil2 pun. Saat siap dikebumikan, masih ada yang bertanya, "Bal, siti mana?" "Siti dalam tanah," jawab si kecil itu sambil menunding jari ke tempat tersebut.


اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh dan bahagia di alam barzakh dan alam akhirat nanti. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"

Salam Isra' Mikraj 1432H.


Rejab sudah berlalu, Sya'ban berkunjung tiba. Namun, ada perkongsian yang mahu ku selitkan di sini. Pada 30 Jun 2011M/28 Rejab 1432H, sempat aku mengikuti Ceramah bersempena Isra' Mikraj di kampus USIM. ISRAK MIKRAJ TALK 2011 yang dianjurkan oleh MPP USIM membawa tajuk "Nota Cinta dari Illahi". Dr. Nisar Mohamad Ahmad dijemput sebagai penceramah jemputan juga merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang2 di USIM. Dulu Dr Nisar ni YDP USIM, 2 tahun berturut2, 2002/2003 dan 2003/2004.


Antara ungkapan awal yang dilafazkan adalah,
" أول الدين معرفة الله "
Proses dakwah nabi bermula dengan memastikan manusia kenal cinta Allah dulu. Kenal Allah.

Kejadian Isra' Mikraj memang membawa ibrah dan pengajaran yang besar kepada umat manusia. Dan kejadian Isra' Mikraj ini ada mesej menguji akidah umat islam khususnya pada ketika itu. Di mana ini merupakan kejadian yang pelik berlaku. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh berjalan ke tempat yang jauh dalam hanya satu malam.

Kita tahu bahawa Isra' berlaku pada waktu malam. Antara hikmahnya, Allah nak uji kita tentang kebenaran kisah tersebut. Misal kata isra' berlaku pada dinihari atau siang hari, kemungkinan besar ada yang nampak, orang boleh lihat dan sudah tentu kisah ini akan dipercayai dengan lebih mudah. x challenging lar. hu3. Sebab itu pada saat ini, akidah umat islam teruji samada ingin percaya atau tidak akan kisah yang nabi sampaikan yang bentuknya memang agak sukar untuk dipercayai.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Isra' ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ


Maknanya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [Al-Isra':1]


Jika dilihat dalam aspek lughawi, asra (أَسْرَى) beerti diperjalankan atau memperjalankan. Nabi diperjalankan oleh Allah dan Allah memperjalankan Nabi. Bukan nabi berjalan sendiri. Jadi tak timbullah isu nabi berjalan seorang diri. Sebagaimana yang kita ketahui, nabi telah diperjalankan oleh Allah SWT pada sepertiga malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan seterusnya ke langit ketujuh dengan menaiki buraq dan diiringi oleh malaikat Jibril.

Istilah "دخل" yang diertikan sebagai 'masuk ke dalam', contohnya Ali yang masuk ke dalam kelas. Ali boleh masuk sendiri. Manakala "أدخل" diertikan sebagai dimasukkan. Misalnya barang, mesti kita yang masukkan barang ke dalam beg. Bukannya barang itu yang masuk sendiri ke dalam beg. Begitu jugalah istilah asra tadi. Nabi diperjalankan dan bukannya Nabi berjalan sendiri.

-Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
-Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Isra' Mikraj ini juga merupakan pengakhiran fasa akidah (pembentukan akidah yang kuat) dan bermulanya fasa ibadah (pensyari'atan ibadah).

Pengakhiran fasa akidah ini kita dapat lihat di mana peristiwa ini kemuncaknya adalah umat Islam dihidangkan dengan satu peristiwa yang ganjil, penuh dengan misteri dan keajaiban yang dialami oleh Nabi dan umat islam wajib mengimani dan mempercayai perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata sendiri. Mungkin inilah proses di mana umat islam wajib percaya kepada perkara ghaib yakni sam'iyyat seperti syurga, neraka, dosa, pahala dsb.

"Dalam Islam, tak boleh guna logik dalam semua perkara. Kadang2 boleh guna logik. Tapi logik bukanlah ukuran"

Peristiwa agung ini juga berlaku di waktu nabi masih lagi dalam kesedihan atas kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Jadi, Allah menghiburkan Nabi dengan perjalanan ini.

Firman Allah,

ولاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (dajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" [Al-Imran:139]

Kalau perjuangan itu senang, bukan perjuangan. Perjuangan perlu susah. Hidup kita akan diwarnai dengan kesukaran. Dan kesedihan sesuatu yang lumrah (biasa).

"Sometimes we have to cry instead of smile"
"Life is challenging. Sour at time, sweet at time"

Allah nak uji hambaNya sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan hambaNya tapi Allah nak tingkatkan martabat dan darjat hambaNya ke tingkat yang lebih tinggi. Allahuakbar.

Dan cuba kita perhatikan lagi firman Allah Taala,

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

Maksudnya: "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' " [Al-Baqarah: 45]

Allah gabungkan sabar dan solat di dalam satu ayat. Ertinya, bila kita meminta kepada Allah, mintalah dengan sabar dan solat. Kalau nak minta pertolongan dengan Allah, kena dengan sabar dan kena juga solat. Tak boleh sabar sahaja, solat tak.

Hasil dari Isra' Mikraj nabi ialah solat itu sendiri. Solat simbolik kepada Isra' Mikraj.

"Islam is not 'cap' within ourself!"

Pepatah melayu 'jangan jaga tepi kain orang' sebenarnya tidak relevan dengan islam. Islam bukan hal persendirian. Bukan 'personal matter'. Kerana Islam rahmat ke sekalian dan seluruh alam. Jadi, perlu sampai kepada seluruh umat manusia.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Al-Anbiya : 107]

Islam meraikan 'freedom of religion'. Tapi masalahnya kadang-kadang ia tersilap diterjemahkan, silap pemahaman, silap digunakan atau bahkan menjadi hujah (missused) oleh sesetengah umat islam. Sedangkan maksudnya yang sebenar, non-muslim yang tidak dipaksa kepada islam (bukan menganut dengan paksaan). Tapi.. "when islam, we obligated to perform in islam".

Suruhan manusia supaya patuh kepada etika, itu pun kita tak pertikai. Peraturan yang ditetapkan manusia, bila pergi kerja kena pakai baju kemeja, siap ber'tie' dan pakai seluar slack contohnya. Kalaulah pergi ke 'conference' pakai pelikat, xikut etika pemakaian, apa jadi?

Hem, apatah lagi arahan Allah. Lagi tak perlu pertikai.

"Sometime we can judge book by its cover". Sometimes.

Bagaimana orang jahat yang solat? Macam mana boleh jadi jahat, sedangkan dia solat? Sebab solat dia tiada ihsan.

Ihsan sebagaimana diterangkan Nabi SAW ialah beribadah atau beramal seolah-olah kita melihat Allah SWT.
ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Dan jika kamu tidak bisa melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu." [Hadith sahih Riwayat Muslim]

"Banyak benda serius yang kena 'settle', tapi banyak pula benda yang kecil buat-buat serius."

Adakah kita ni ada sifat 'tak pedulisme'? Kita kena prihatin. Nabi pun dah bersabda:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka."

"Jangan jaga tepi kain orang", antara pepatah melayu yang tak releven menyebabkan kita dah tak ada perasaan 'concern'.

Begitu juga dengan disiplin umat islam. Non-muslim pula yang dah terlatih dengan disiplin. Sepatutnya orang islam lebih faham kerana islam sendiri telah mengajar kita untuk berdisiplin.

Ada di antara orang di negara barat pernah berkata:
"I not see a lot of muslim here but Islam is quitely practise here"

Akhirnya..

Pengajaran yang besar dapat ambil dari Isra' dan Mikraj berkenaan akidah. Akidah kena kuat. kena solid. walaupun ada ribut taufan melanda. Nak kekalkan akidah, kena suburkan dengan ibadah.

Contoh pasangan suami isteri. Kita buat benda yang dia tak suka bermakna kita tak kenal lagi dia. Jadi begitu juga dengan arahan Allah.

"Kita buat apa yang Allah tak suka, kita tak kenal lagi Allah!"

Kalau kita dapat perhatikan, dalam Al-Quran, ayat berkenaan ibadah, biasanya di penghujungnya adanya ayat taqwa. Contohnya ayat puasa dan dihujungnya diiringi dengan ayat taqwa. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183. Betapa pentingnya ibadah untuk menguatkan akidah dan iman kita ke arah insan yang bertaqwa.

Ultimately theme, kita nak wujudkan cinta pada Allah. Dan ingat, jangan letak logik akal dalam fikiran kita semata-mata.

Dan ingatlah Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" [Al-Baqarah: 186]

Berlainan dengan manusia. Makin diminta makin benci, makin menyampah. Aduyai~

"Ikutilah sahabat-sahabat nabi yang ampuh iman mereka, bukan macam Abu Jahal yang angkuh!"


Program: Isra' Mikraj Talk 2011
Disampaikan oleh: Dr. Nisar Mohamad Ahmad

p/s: Isi diambil dari ucapan ustaz tapi olahan dan gaya bahasa bukan keseluruhannya dari ustaz. Ada sedikit penambahan dari bahasa penulis untuk pemahaman semua. Ustaz mengambil pendekatan berlainan utk ceramah Isra' Mikraj kerana baginya kita sudah sedia maklum mengenai cerita sepanjang perjalanan nabi ketika Isra' Mikraj dan boleh didapati dengan mudah. Namun, pesanan ini merupakan pesanan buat penulis sendiri dan juga iktibar buat seluruhnya yang membaca dan mendengar isi ucapannya sempena Isra' Mikraj.

Salam Isra' Mikraj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result MUET Mid Year 2011


For those who sat for Malaysian University English Test (MUET) for Mid Year 2011, you can now be able to check your result which available on 13 June 2011.

Online Check
http://www.mpm.edu.my/muet_resultn/LoginFrm.aspx

SMS Check (open~ 12:01 am on 13/6/11)
MUET RESULT[space]IC number
and send to 15888 ; or
send to 36363

For your information,

Begin with year 2012, MUET will be available 3 times a year which are on the month of March, July and November.

Registration for End Year 2011 MUET will be end until 20 June 2011. So, if you decided to retaking your MUET, be prepared and register now!

For more information, please visit MPM Official Web at http://www.mpm.edu.my/


MUET Range:

Band 1 = 0 - 99
Band 2 = 100 - 139
Band 3 = 140 - 179
Band 4 = 180 - 219
Band 5 = 220 - 259
Band 6 = 260 - 300


>> Tahniah pada yang mendapat band 3 dan ke atas yang tak perlu ulang muet, dan yang mendapat band 2 dan ke bawah, semestinya anda kena repeat lagi. Tapi, yakinlah dengan perancangan Allah yang Maha Hebat. Mungkin anda belum cukup kuat dan belum layak untuk mendapat kelayakan tersebut dan mungkin juga Allah ingin menguji sifat pengorbanan anda samada dari segi kewangan, tenaga, tumpuan dll atau memang inilah proses di mana Allah ingin memberi kemahiran bahasa kepada anda. Yakin. Positif. Usaha lagi!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."