Perkhabaran tentang Allah & RasulNya


Semalam, teman sepejabat berkongsi cerita tentang Nouman Ali Khan dan Robert Davila.

Hampir atau lebih dari 500 video dari Nouman Ali Khan yang telah diupload di youtube dan beliau banyak syarahan tentang keajaiban dan bahasa Al-Quran. Subhanallah.

Robert Davila pula merupakan orang Kristian yang tinggal di hospital dikelilingi salib-salib dan beliau merupakan orang yang sangat lemah, tiada upaya fizikal seperti manusia lain, hanya terbaring dan perlukan sokongan pada badan-badan. Beliau tidak pernah langsung tahu tentang Islam, beliau bermimpi seseorang yang bernama Muhammad, sedangkan beliau tidak kenal siapa Muhammad. Dengan menggunakan internet sahaja, beliau mencari siapa Muhammad, dengan sokongan teknologi hanya menggunakan suara, kerana beliau tidak mampu menggunakan anggota badan yang lain.

Akhirnya beliau memeluk Islam dalam kalangan tiada masyarakat Islam dan lemah fizikal. Beliau belajar membaca Al-Quran melalui medium yang sama, mengenali Nouman Ali Khan dan sangat ingin bertemu dengannya. Seorang kawan baik Robert Davila mendengar seolah-olah beliau membaca Al-Quran. Kawan beliau terkejut Robert Davila boleh menganut Islam dengan keadaan dan persekitaran beliau sedemikian. Nouman Ali Khan kemudiaannya dibawa bertemu dengan Robert Davila.





Apabila kisah ini diceritakan, saya teringat satu ayat dari Al-Quran yang bermaksud:

{{ Orang-orang kafir digiring ke neraka Jahanam secara berombongan. Sehingga apabila mereka sampai kepadanya (neraka) pintu-pintunya dibukakan dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka,"Apakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan pertemuan (dengan) harimu ini?" Mereka menjawab, "Benar, ada." tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir. }}
-Surah Az-Zumar, ayat 71-

Ayat ini memberi suatu keyakinan paling kurang pada diri sendiri bahawa setiap manusia akan diperkenalkan kepada Islam (atau ayat-ayat Allah) dan RasulNya sebelum bertemu ajal dengan apa cara sekalipun. Bezanya samada beriman atau mengingkarinya.

Astaghfirullahal azim. Allahuakbar. Subhanallah.
Aku memohon ampunan kepadaMu yang Maha Agung. Allah Maha Besar. Segala Puji BagiMu Ya Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."