Mood Disorder

Design. Sudah lama aku menyepi dari dunia seni ini. Entah, aku keliru. Aku seolah-olah sedang bermusuh dengan dunia seni ini. Haha. Okeh, ayat kasar.

Aku rasa disebabkan aku tidak mampu urus masa aku dengan baik untuk diselarikan dengan kerja pejabatku. Terasa seolah tidak mampu. Semasa di institusi pengajian, masa belajar lebih flexible. Dalam seminggu, ada satu, dua hari penuh waktu belajar yang dikira sebagai waktu wajib. Waktu lain memang disibukkan dengan aktiviti lain seperti persatuan dan sebagainya tetapi masanya masih boleh diatur kerana ia adalah masa kita sendiri. Ketika di alam persekolahan, masa wajib hanya separuh hari, yang lain masa sendiri. Apabila bekerja, masa wajib adalah sehari sehingga petang, hanya malam sahaja yang lapang. Itupun sekiranya benar-benar mampu pulang awal (petang). Sekiranya pulang lewat, jawabnya penat bersambung ke hari esok.

Faktor kerja sebegini sedikit sebanyak agak menyebabkan aku terkejar-kejar memenuhi permintaan individu yang memohon design. Sudahlah pulang lewat, tengah malam buat pula kerja luar pejabat. Esok pagi kerja lagi waktu yang sama. Sehinggalah ada design yang aku tidak berjaya memenuhi citarasa aku sendiri pun, aku perlu hantar, dan aku tidak mampu mengedit perubahan berikutnya. Rasa macam kerja pertama aku buat half-way. Aku kesal juga. Sudahlah rakan antara yang rapat ketika di universiti. Dah jadi begini, segan sangat, kuranglah sedikit komunikasi apatah lagi nak minta pendapat atau bantuan. Baru-baru ini ada lagi sorang yang jadi begini. Entah, tak tahulah, yang terjadi pula pada rakan sekelas kedua-duanya.

Buat masa ini, aku terpaksa menolak kebanyakan design. Tidak mahu memberi harapan. Beri harapan, tidak berjaya disiapkan, lagi bahaya. Terutamanya design yang bersifat urgent. Tolak terus biasanya. Melainkan ada rasa simpati yang berjaya diurut. Haha. Design logo memang tiada harapanlah, sebab tiada kepakaran dalam bab idea, pantas sahaja reject.

Sudahlah berkejar-kejar, bukan ada bayaran pun kebanyakannya. Zaman universiti, tak rasa sangat, JPA dan tanggung segala kos hidup, tambah-tambah memang style budak mengaji macam tu la. Orang tanya bayaran pun serba salah terutamanya student. Basic RM50 sudah angka sangat besar buat pelajar. Pernah sekali dua je aku cuba beranikan diri sebut harga setelah didesak. Aku pun letaklah harga RM10 bagi design cover majalah, beliau inginkan RM5. Ha, sebab tu aku tidak pandai letak harga pada student, aku memang tak tahu tahap kemampuan individu. Tak kesah la, sebab aku bukan berkira sangat soal nak bayar ke tak, sebab aku memang sudah biasa hidup tanpa bayaran dan sudah lama diajar sebegitu. Terus ku katakan, ikutlah nak bayar berapa pun, tak bayar pun takpe. Zaman pengajian tidaklah terlalu kesah, sebab aku sangat enjoy buat kerja-kerja IT dan seni apatah lagi explore benda-benda IT yang orang tak suruh, syok sangat.

Zaman kerja, dah lain sebab sara hidup sendiri. Tak rasa enjoy sekarang buat design. Kalau faktor bayaran, orang tanya bayaran, memang tidak berjawab la soalan tu. Bukan minda bisnes lagi kan.  Lebih kepada faktor masa rasanya, tertekan dan pernah buat klien kecewa. Aku agak orang kecewa dengan kerja aku (terutama apabila aku sendiri tidak puas hati dengan kerja aku, eg. design yang belum berjaya tambat hati aku sendiri atau proses memakan masa (edit yang terlampau dari klien yang akhirnya terlalu dekat dengan tarikh event), lambat submit dsb, maka aku dengan rela hatinya menyatakan tidak perlu dibayar langsung kos design walaupun mereka pernah menyatakan ada bahagian untukku. Dua keadaan yang berlaku demikian, satu memang tidak dibayar (kecewa sangat mungkin. --') . Satu lagi tetap dibayar. Yang itu bukan design tetapi video. Bayaran yang paling tinggi setakat ini, video berdurasi 1 minit 55 saat (final) dengan 4 revision dibayar RM500. Untunglah berurusan dengan orang bisnes, lain gaya orang bisnes ni. Huhu.

Mungkin juga demotivated bila tengok design yang makin menarik kini. (hehe. ada juga orang macam ni) Rasa macam idea mereka ni banyak jer, aku pula rasa idea aku makin kurang dan lemah, tidak setangkas mereka. Termotivasi untuk belajar dari design mereka tetap ada, cuma bukan untuk menerima permohonan design. Explore sendiri tiada keperluan (saja-saja) lagi rileks, tidak perlu terkejar-kejar.

Maka, aku berehat seketika dari dunia design (grafik). Kalau nak tawarkan buat video dengan harga semacam di atas, boleh juga, aku pertimbangkan. hahak. Mujur video aku ada mood sedikit berbanding design. Entah masih bersisa selama mana. Banyak sangat pula isu design ni, patut menghilang kan. krik krik.

Walaupun beberapa kali kawan rapatku dalam dunia bisnes juga rakan ketika di institusi pengajian, tawarkan untuk marketkan servis aku, aku masih merasakan tidak mampu. Pernah juga satu team dalam satu program dulu dengan beliau. Asasnya beliau ketua, tapi aku pula macam ketua. haha. Alhamdulillah aku mampu bagi arahan juga pada pihak atasan. haha. sebab aku sorang yang asyik tunjuk hasil kerja. Hee. Beliau pernah bercerita bahawa beliau pernah rugi puluhan ribu, tetapi alhamdulillah bisnes semasa beliau makin maju. Orang luar hanya nampak bisnes beliau yang terus naik, tapi beliau rupanya pernah rugi angka yang sangat besar pada usia beliau yang masih muda dan tengah cover balik. In Syaa Allah, gaya pun dah nampak macam cepat je nak capai jutawan. Siap boleh buka syarikat sendiri (Sdn Bhd) walau masih dalam latihan industri ketika itu (sebelum grad). Katanya nak buat bisnes bersifat antarabangsa pula. Memang laju orang bisnes ni. Walau beberapa kali aku katakan belum mampu, beliau tetap sokong aku, bagi semangat. Aku kata tidak boleh, beliau tetap katakan aku boleh dan mampu. Beliau pun nak bantu aku pasarkan servis dan bersedia beri khidmat konsultan sekiranya aku perlukan (eg. untuk buka bisnes). Terima kasih banyak-banyak buat beliau. Aku bersedia nanti, aku isytihar.

Okey, minat aku yang lain adalah explore benda baru dalam dunia seni dan IT. Sekarang aku tengah self-explore Microsoft Office Access (database), Adobe Illustrator (design - rugi pandai guna Photoshop je), Joomla! (website), Wordpress (website - belum explore lagi, baru dalam list) dan satu lagi aplikasi website yang kurang femes, tapi sepertinya sangat mudah dikendalikan kerana boleh design ikut suka tanpa coding tetapi lebih bersifat tetap bukan jenis entri, post atau artikel. Seronok. Sangat seronok, bila dibuat tanpa sebarang arahan. Enjoy. Ya, kerja paling enjoy ketika ini! Aku sangat suka sehingga aku berfikir untuk tidak bekerja, hanya explore dan buat sesuatu tanpa menerima arahan dan permintaan. Haha.

Saat keliru dengan minat. Gangguan mood sahaja. Mungkin.

28.03.2014
1.30 AM
TMA, KL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."