Facebook sumber carian yang lemah?

Facebook sudah mendapat tempat dalam perkongsian dan penulisan apa sahaja. Dalam masa yang sama blog semakin dipinggirkan. Manfaat facebook, maklumat segera sampai kepada masyarakat, dalam tempoh yang singkat mampu mencapai ratusan, ribuan malah jutaan pembaca status. Itu kelebihan perkongsian di facebook di mana kebanyakan pengguna fb telah arif.


Sekiranya perkongsian itu berbentuk ilmiah yang dikongsi di laman facebook, ada baiknya ia juga dikongsi di blog atau website. Sekiranya disedari, khidmat carian misalnya google, masih menjumpai perkongsian di facebook, itu bagus, menandakan trafik facebook wujud, namun link pautan (url source) tersebut kebanyakan adalah wall utama individu atau komuniti tersebut, bukannya status. Sekiranya status perkongsian itu sudah terlalu lama, jawabnya agak sukarlah untuk menjumpai status berkenaan kerana perlunya carian sendiri di laman facebook itu sekiranya berkehendak. Tidak dinafikan, masih ada pautan facebook yang membawa kepada maklumat seperti dalam carian apabila tulisan itu dikongsi dalam notes facebook, berbeza dengan status facebook mungkin kerana status lebih bersifat semasa. Bukan tiada langsung, masih ada juga link status yang terdapat dalam carian google, tetapi tidak banyak.

Konfigurasi facebook sedemikian itu adalah sehingga saat entri ini ditulis, sekiranya facebook atau google sendiri membuat penambahbaikan pada sistem link pada khidmat carian, satu lagi kemajuan yang baik buat pengguna fb terutamanya individu atau komuniti yang banyak berkongsi maklumat yang patut dibaca tidak kira melibatkan persoalan agama, motivasi, pengurusan kewangan, dakwah, ekonomi, keluarga, masyarakat dan apa sahaja yang mampu memberi manfaat sepanjang zaman.


Perkongsian melalui design dan grafik bertambah dari masa ke semasa. Alhamdulillah, satu pencapaian yang agak baik. Nampaknya makin ramai yang sudah menguasai kemahiran ini untuk lebih menguasai masyarakat dalam erti kata memberi nilai tambah dan kebaikan yang lebih meluas penerimaannya. Cuma sayangnya, apabila membuat carian di google dalam kategori images, ia belum mampu menyaingi trafik blog dan website, tetapi perkongsian ini terlalu banyak sebenarnya dikongsi di laman sosial tersebut. Tetapi mungkin juga google masih menjaga kebajikan anak-anak beliau termasuk blog.

Namun, jika dilihat keadaan sekarang, sekiranya menulis di blog sahaja, ia tidak sepantas facebook dalam sudut capaian maklumat, tempoh masa dan sasaran. Sekiranya facebook telah menjadi medan utama, elok juga blog menjadi sebaran maklumat tambahan selain mudah untuk dirujuk di kemudian hari paling kurang ia menjadi arkib simpanan maklumat. In Syaa Allah.

Tidak mahupun berbicara facebook versus blog kerana yang baiknya facebook feat blog. Gabungan In Syaa Allah lebih memberi manfaat berganda. ^_=

Dan setiap satu pasti punya gaya tersendiri ..


Akhirnya mula join FB selepas meneliti perbahasan hebat Facebook pada masa itu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."