Drama Aku Ada Wali

TV vs Komputer. Komputer pasti menang, aku la. haha.. Layan tv time nak layan je, layan komputer setiap masa. haha.. Di pejabat hadap komputer, balik rumah hadap komputer. Bertambah power mata ni. Eh silap. *betulkan cermin* Cermin mata yang bertambah power kerana mata bertambah tahap rabun. Astaghfirullah.


Jarang-jarang layan tv, tapi tetap ada genre rancangan yang diminati. Minat untuk ditonton. Disebabkan kurang minat membaca novel, maka minat untuk tonton pun kira jadilah. Hehe. Setelah berlalu drama bersiri Warkah Cinta dan sambungannya Cinta dan Wahyu di mana merupakan adaptasi novel karya A. Ubaidillah Alias, kini, karya novel Fatimah Syarha juga telah menjadi drama bersiri iaitu AKU ADA WALI. Hem, adaptasi novel beliau yang pernah dinanti suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, berjaya direalisasikan akhirnya! Beliau yang realisasikan, aku hanya menanti. huahaha.



Baik. Ini sinopsis Drama Bersiri Aku Ada Wali yang di copy paste dari facebook TV Alhijrah. Mai layan..


Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Syumaila mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.
SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'. Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.
Fitrahnya, seorang wanita mempunyai impian untuk berkahwin. Namun dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'. Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas.

AKU ADA WALI

Kelainannya...
ia bukan sahaja menerangkan Fiqh Memilih Jodoh bahkan mendedahkan realiti bagaimana cara pemilihan kita itu membawa kesan kepada corak kepimpinan rumah tangga kelak.

AKU ADA WALI

Turut membongkar rahsia komunikasi berkesan antara suami isteri yang selalu menjadi antara PUNCA UTAMA perceraian di dunia.

AKU ADA WALI

Cintakan ketenangan, mawaddah dan rahmah.
Cintakan kedamaian.
Pentingkan meraikan 'hati' semua kesayangan.
Bencikan kecurangan dan pengkhianatan.


TAYANGAN PERDANA mulai 14 Januari 2014 (13 Episod)
Setiap Selasa, 10.00 malam di TV Alhijrah

atau ; tonton di youtube.


Aku menonton kerana kata-kata dan nasihat yang terdapat di dalamnya. In Syaa Allah.

Kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah :

لا تنظروا إلى من قال بل انظروا إلى ما قيل

"Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikata"


Pelakon : Siti Saleha, Shawal Ruslan, Aida Jebat, Zahiril Adzim, Zoey Rahman, Sabhi Sadhi, Kathy Azian, Puteri Chi Chi
Pengarah: Aidil Fitri Mohamed Yunos
Penerbit: Tsar Asia Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Wan Sariah & Aidil Fitri MY


Sekiranya Warkah Cinta di Mesir, kali ini lokasi penggambaran drama ini di Busan dan Seoul Korea! Fuh, jauh-jauh diorang buat shooting. Selamat berlayar~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."