Menulis bukan sekadar tulisan


Jauh meninggalkan dunia blogging, kini menyapa untuk seketika. Apa khabar kalian? Seketika. Ya, cuma seketika mengisi peluang. Bimbang mengatakan mahu terus sentiasa aktif pada yang tidak menentu. Kerapkali musimnya tiba ketika musim peperiksaan. Tidak pelik kan? Kerana musim inilah, kesibukan makin ringan, peluang mengisi ruang.


Sejak kewujudan laman sosial seperti facebook, blog makin dilupakan, penulisan makin dipinggirkan. Tidak semua, tapi kebanyakan. Benarkah? Tiada statistik, jadi jangan mudah percaya, melainkan anda seorang pemerhati atau mungkin pengkaji, anda ada jawapan tersendiri. Salahkah? Dalam facebook juga boleh berkongsi, setiap hari lagi. Terpulanglah. Orang yang suka menulis, biasanya selalu update. Idea melimpah ruah untuk berkongsi, kongsilah, walau di mana-mana pun.




Sesetengah individu menjadikan penulisan sebagai satu cabaran membina keyakinan diri. Menulis dalam blog, bertanya dalam forum online, berani menyuarakan pendapat dan sampai satu tahap boleh mengkritik dalam erti kata kritikan membina. Mampu mengkritik, menegur tidak akan datang tanpa keyakinan. Walau kadang-kadang hanya di alam maya tanpa berdepan, itu satu proses, mungkin permulaannya begitu, tapi akan sampai masanya kekuatan akan hadir apabila berada dalam kelompok yang besar. Jika Allah inginkan. Jika anda memang suka menegur dan mengkritik, mungkinkah anda punya keyakinan diri tanpa sedar?


Andai kata anda seorang penulis yang hebat, boleh mempengaruhi manusia dengan kata-kata anda, boleh memberi motivasi dan keinsafan dengan tulisan, tapi cukup-cukup sayang anda tidak mampu menyampaikan dengan bahasa lisan. Benarkah, seorang yang mampu menyampaikan kata-kata dengan lisan skop kelompok yang ramai sebenarnya mampu untuk menulis. Mereka boleh menulis dalam bahasa mereka bertutur. Tapi orang yang mampu mengarang, menulis tidak semestinya boleh berdepan dalam penyampaian lisan. Gaya bahasa penyampaian mungkin sama, tapi kelancaran berbahasa dalam sebutan dan tulisan mungkin berbeza. Kelancaran tulisannya sukar untuk diberi tanggapan, berapa lama masa yang digunakan untuk menulis, secara umumnya kita tidak tahu. Cuma orang yang mempunyai kemahiran 'public speaking' kebiasaan selalu punya masa yang terhad, kerana mereka selalu menjadi perhatian masyarakat. Namun, sesetengah mereka ini masih boleh berkongsi penulisan kerana mereka punya kemahiran. Baguslah. Kata orang, menulis juga untuk kesihatan mental dan fikiran.



Walaubagaimanapun, setiap individu ada kemahiran tersendiri. Kemahiran anugerah Allah. Berkongsilah, sampaikanlah ilmu dan perkara yang memberi manfaat dengan cara kita yang tersendiri. Semakin banyak kita berkongsi, semakin ramai yang mendoakan kita, makin berkat ilmu, makin bertambah pengetahuan. Insya Allah.

Selamat mengharungi dunia anda .n_n.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."