Peristiwa Agung "Isra' Mikraj"

Salam Isra' Mikraj 1432H.


Rejab sudah berlalu, Sya'ban berkunjung tiba. Namun, ada perkongsian yang mahu ku selitkan di sini. Pada 30 Jun 2011M/28 Rejab 1432H, sempat aku mengikuti Ceramah bersempena Isra' Mikraj di kampus USIM. ISRAK MIKRAJ TALK 2011 yang dianjurkan oleh MPP USIM membawa tajuk "Nota Cinta dari Illahi". Dr. Nisar Mohamad Ahmad dijemput sebagai penceramah jemputan juga merupakan pensyarah Fakulti Syariah dan Undang2 di USIM. Dulu Dr Nisar ni YDP USIM, 2 tahun berturut2, 2002/2003 dan 2003/2004.


Antara ungkapan awal yang dilafazkan adalah,
" أول الدين معرفة الله "
Proses dakwah nabi bermula dengan memastikan manusia kenal cinta Allah dulu. Kenal Allah.

Kejadian Isra' Mikraj memang membawa ibrah dan pengajaran yang besar kepada umat manusia. Dan kejadian Isra' Mikraj ini ada mesej menguji akidah umat islam khususnya pada ketika itu. Di mana ini merupakan kejadian yang pelik berlaku. Bagaimana mungkin seseorang itu boleh berjalan ke tempat yang jauh dalam hanya satu malam.

Kita tahu bahawa Isra' berlaku pada waktu malam. Antara hikmahnya, Allah nak uji kita tentang kebenaran kisah tersebut. Misal kata isra' berlaku pada dinihari atau siang hari, kemungkinan besar ada yang nampak, orang boleh lihat dan sudah tentu kisah ini akan dipercayai dengan lebih mudah. x challenging lar. hu3. Sebab itu pada saat ini, akidah umat islam teruji samada ingin percaya atau tidak akan kisah yang nabi sampaikan yang bentuknya memang agak sukar untuk dipercayai.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Isra' ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ


Maknanya: "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami, Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". [Al-Isra':1]


Jika dilihat dalam aspek lughawi, asra (أَسْرَى) beerti diperjalankan atau memperjalankan. Nabi diperjalankan oleh Allah dan Allah memperjalankan Nabi. Bukan nabi berjalan sendiri. Jadi tak timbullah isu nabi berjalan seorang diri. Sebagaimana yang kita ketahui, nabi telah diperjalankan oleh Allah SWT pada sepertiga malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan seterusnya ke langit ketujuh dengan menaiki buraq dan diiringi oleh malaikat Jibril.

Istilah "دخل" yang diertikan sebagai 'masuk ke dalam', contohnya Ali yang masuk ke dalam kelas. Ali boleh masuk sendiri. Manakala "أدخل" diertikan sebagai dimasukkan. Misalnya barang, mesti kita yang masukkan barang ke dalam beg. Bukannya barang itu yang masuk sendiri ke dalam beg. Begitu jugalah istilah asra tadi. Nabi diperjalankan dan bukannya Nabi berjalan sendiri.

-Isra' membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjidil Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
-Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi SAW ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Isra' Mikraj ini juga merupakan pengakhiran fasa akidah (pembentukan akidah yang kuat) dan bermulanya fasa ibadah (pensyari'atan ibadah).

Pengakhiran fasa akidah ini kita dapat lihat di mana peristiwa ini kemuncaknya adalah umat Islam dihidangkan dengan satu peristiwa yang ganjil, penuh dengan misteri dan keajaiban yang dialami oleh Nabi dan umat islam wajib mengimani dan mempercayai perkara yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata sendiri. Mungkin inilah proses di mana umat islam wajib percaya kepada perkara ghaib yakni sam'iyyat seperti syurga, neraka, dosa, pahala dsb.

"Dalam Islam, tak boleh guna logik dalam semua perkara. Kadang2 boleh guna logik. Tapi logik bukanlah ukuran"

Peristiwa agung ini juga berlaku di waktu nabi masih lagi dalam kesedihan atas kewafatan isterinya, Saidatina Khadijah. Jadi, Allah menghiburkan Nabi dengan perjalanan ini.

Firman Allah,

ولاَ تَهِنُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

Maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (dajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" [Al-Imran:139]

Kalau perjuangan itu senang, bukan perjuangan. Perjuangan perlu susah. Hidup kita akan diwarnai dengan kesukaran. Dan kesedihan sesuatu yang lumrah (biasa).

"Sometimes we have to cry instead of smile"
"Life is challenging. Sour at time, sweet at time"

Allah nak uji hambaNya sebenarnya bukanlah nak merendah-rendahkan hambaNya tapi Allah nak tingkatkan martabat dan darjat hambaNya ke tingkat yang lebih tinggi. Allahuakbar.

Dan cuba kita perhatikan lagi firman Allah Taala,

واستعينوا بالصبر والصلاة وإنها لكبيرة إلا على الخاشعين

Maksudnya: "Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' " [Al-Baqarah: 45]

Allah gabungkan sabar dan solat di dalam satu ayat. Ertinya, bila kita meminta kepada Allah, mintalah dengan sabar dan solat. Kalau nak minta pertolongan dengan Allah, kena dengan sabar dan kena juga solat. Tak boleh sabar sahaja, solat tak.

Hasil dari Isra' Mikraj nabi ialah solat itu sendiri. Solat simbolik kepada Isra' Mikraj.

"Islam is not 'cap' within ourself!"

Pepatah melayu 'jangan jaga tepi kain orang' sebenarnya tidak relevan dengan islam. Islam bukan hal persendirian. Bukan 'personal matter'. Kerana Islam rahmat ke sekalian dan seluruh alam. Jadi, perlu sampai kepada seluruh umat manusia.

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." [Al-Anbiya : 107]

Islam meraikan 'freedom of religion'. Tapi masalahnya kadang-kadang ia tersilap diterjemahkan, silap pemahaman, silap digunakan atau bahkan menjadi hujah (missused) oleh sesetengah umat islam. Sedangkan maksudnya yang sebenar, non-muslim yang tidak dipaksa kepada islam (bukan menganut dengan paksaan). Tapi.. "when islam, we obligated to perform in islam".

Suruhan manusia supaya patuh kepada etika, itu pun kita tak pertikai. Peraturan yang ditetapkan manusia, bila pergi kerja kena pakai baju kemeja, siap ber'tie' dan pakai seluar slack contohnya. Kalaulah pergi ke 'conference' pakai pelikat, xikut etika pemakaian, apa jadi?

Hem, apatah lagi arahan Allah. Lagi tak perlu pertikai.

"Sometime we can judge book by its cover". Sometimes.

Bagaimana orang jahat yang solat? Macam mana boleh jadi jahat, sedangkan dia solat? Sebab solat dia tiada ihsan.

Ihsan sebagaimana diterangkan Nabi SAW ialah beribadah atau beramal seolah-olah kita melihat Allah SWT.
ان تعبد الله كأنك تراه ، فإن لم تكن تراه فإنه يراك

Maksudnya: "Ihsan itu adalah kamu beribadah kepada Allah seakan-akan kamu melihat-Nya. Dan jika kamu tidak bisa melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu." [Hadith sahih Riwayat Muslim]

"Banyak benda serius yang kena 'settle', tapi banyak pula benda yang kecil buat-buat serius."

Adakah kita ni ada sifat 'tak pedulisme'? Kita kena prihatin. Nabi pun dah bersabda:

من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengambil berat perihal orang Islam, maka bukanlah dia dari kalangan mereka."

"Jangan jaga tepi kain orang", antara pepatah melayu yang tak releven menyebabkan kita dah tak ada perasaan 'concern'.

Begitu juga dengan disiplin umat islam. Non-muslim pula yang dah terlatih dengan disiplin. Sepatutnya orang islam lebih faham kerana islam sendiri telah mengajar kita untuk berdisiplin.

Ada di antara orang di negara barat pernah berkata:
"I not see a lot of muslim here but Islam is quitely practise here"

Akhirnya..

Pengajaran yang besar dapat ambil dari Isra' dan Mikraj berkenaan akidah. Akidah kena kuat. kena solid. walaupun ada ribut taufan melanda. Nak kekalkan akidah, kena suburkan dengan ibadah.

Contoh pasangan suami isteri. Kita buat benda yang dia tak suka bermakna kita tak kenal lagi dia. Jadi begitu juga dengan arahan Allah.

"Kita buat apa yang Allah tak suka, kita tak kenal lagi Allah!"

Kalau kita dapat perhatikan, dalam Al-Quran, ayat berkenaan ibadah, biasanya di penghujungnya adanya ayat taqwa. Contohnya ayat puasa dan dihujungnya diiringi dengan ayat taqwa. Boleh rujuk surah Al-Baqarah ayat 183. Betapa pentingnya ibadah untuk menguatkan akidah dan iman kita ke arah insan yang bertaqwa.

Ultimately theme, kita nak wujudkan cinta pada Allah. Dan ingat, jangan letak logik akal dalam fikiran kita semata-mata.

Dan ingatlah Firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" [Al-Baqarah: 186]

Berlainan dengan manusia. Makin diminta makin benci, makin menyampah. Aduyai~

"Ikutilah sahabat-sahabat nabi yang ampuh iman mereka, bukan macam Abu Jahal yang angkuh!"


Program: Isra' Mikraj Talk 2011
Disampaikan oleh: Dr. Nisar Mohamad Ahmad

p/s: Isi diambil dari ucapan ustaz tapi olahan dan gaya bahasa bukan keseluruhannya dari ustaz. Ada sedikit penambahan dari bahasa penulis untuk pemahaman semua. Ustaz mengambil pendekatan berlainan utk ceramah Isra' Mikraj kerana baginya kita sudah sedia maklum mengenai cerita sepanjang perjalanan nabi ketika Isra' Mikraj dan boleh didapati dengan mudah. Namun, pesanan ini merupakan pesanan buat penulis sendiri dan juga iktibar buat seluruhnya yang membaca dan mendengar isi ucapannya sempena Isra' Mikraj.

Salam Isra' Mikraj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."