Aku mahukan itu!

Tadi terpandang satu kata-kata yang tiba2 mencuit hatiku. Kepada pemilik asalnya, terima kasih atas ilham ini. Aku menghargainya. Sebelum ini mungkin pernah ku temui, tapi saat ini kelainan dapat ku rasakan membaca ayatnya. Mungin dengan sedikit penghayatan. Walau pendek, ia satu kata peransang yang menusuk ke jiwaku.

"Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan"

Ya, untuk mengecapi nikmat kejayaan, usaha memang tidak boleh dipisahkan. Kadang-kadang sampai kita merasakan penat, terlalu penat untuk meraih sebuah kejayaan. Tapi bukan sebuah kejayaan sahaja yang kita mahukan bahkan kita mahukan berjaya dalam segenap sudut hidup kita. Jadi hakikat keletihan itu memang wujud.

Pandanglah ke hadapan, letih tetap letih. Biarlah letih kita, dengan usaha, pengorbanan, keringat, tenaga, kita hadiahkan diri kita dengan kejayaan. Jangan ditenung, jangan direnung letihnya usaha, kerana hadiah di depan tak tergambar manisnya.

Mahukah kita melihat hadiah yang indah itu hancur kerana kita yang meretak-retakkannya sendiri atau kita yang membiarkan ia jauh dari kita?

Walau hadiah itu tidak kita dapati, kita tetap menerima ganjarannya. Siapa yang mahukan ganjaran buruk? Siapa? Tak ada siapa yang akan menjawab 'ya'. Walau seburuk-buruk perangai manusia pun, masih nakkan ganjaran yang elok. Tapi ingatlah, usaha kita yang berpenat letihan itu janganlah sampai melepasi batasan syari'at. Quotation yang famous:

"Matlamat tidak menghalalkan cara"

Kita mahukan kejayaan, ganjaran yang elok, nak bantu itu ini, matlamat yang perlu. Tapi bukanlah sampai menggunakan cara dan jalan yang salah demi matlamat tersebut. Ingat, kejayaan dan keberkatan sesuatu yang berbeza. Kita mahukan kedua-duanya, kejayaan+keberkatan. Jika belum mencapai kejayaan sekalipun, kita tetap mahukan keberkatan dalam hidup. Tapi musnahlah hidup jika kita hanya mendapat kejayaan tanpa keberkatan. Lebih teruk lagi, kejayaan tak dapat, keberkatan pun tidak ada. Jauhilah diri kita dari kebinasaan dan kemusnahan hidup kita di dunia. Musnah di dunia, bagaimana di akhirat. Iringilah kejayaan dengan keberkatan, keredhaan dari Sang Pencipta yang mengatur segala isi alam. Dalam kejayaan, mungkin ketenangan dan kebahagiaan tidak dapat kecapi tanpa timbulnya keberkatan.




Usahalah. Usahalah. Sehingga kau kecapi kejayaan. Namun, teruskan usaha walau kau sudah rasai kejayaan. Jangan berhenti. Kerana hakikatnya kejayaan yang dikecapi tidak akan pernah terhenti di situ, namun kejayaan lain pula perlu diraih dan kejayaan juga boleh kembali hilang jika usaha dihentikan, sehinggalah kau meninggalkan alam ini.

Firman Allah Ta’ala:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ ضَعْفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ ضَعْفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ ضَعْفًا وَشَيْبَةً يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْقَدِيرُ

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari Keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa.” (QS. Ar Ruum: 54)


Insya Allah kejayaan milik orang yang berusaha.



JANGAN DIRENUNG LETIHNYA USAHA, TAPI RENUNGLAH MANISNYA SEBUAH KEJAYAAN!

Renungkanlah serenung-renungnya. Moga kau sedar hakikat penciptaanmu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Yang mengharap keredhaanNya said...

Syukran,
amat bererti tafsiran itu...
sebagai satu tazkirah, peringatan atas kesilapan...

"Hidup dengan berprinsip", insyaAllah~!

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."