Nasihat buat penuntut ilmu

Salam buat semua!

Dah lama menyepi. Hati berkobar2 nak menulis, nak bercerita, nk update blog. Tapi, masa pula tak mengizinkan. Kesempatan kurang. Hari-hari yang dilalui sentiasa sibuk. Di kampus dari pagi sampai malam,, sampai di rumah dalam pukul 11 malam sudah menjadi rutin. hu3

Hari ni merupakan hari pertama study week la kot. hoho.. Minggu lepas banyak huluran maaf dan nasihat dari lecturer2 kerana last lecture untuk sem ni. Mereka sentiasa mendoakan agar kejayaan mengiringi kita.

Aku teringat pada kata-kata Ustaz Najib iaitu pensyarahku yang mengajar subjek usul fiqh. Walaupun Ustaz Najib digeruni oleh anak2 didiknya kerana ketegasannya, tapi dalam masa yang sama aku suka mendengar ilmunya. Dalam membuat assignment, ketelitian amat diambil kira. Kira ustaz seorang yang meticulous la. Hamzah wasal, hamzah qoto' jangan tersilap, potong markah. Sebelum noktah di 'space' kan pun kena tolak markah. Ramai juga merungut. hu3.. tapi aku selamba je. mungkin aku juga begitu. mungkin. Kerana dalam diam aku suka mempertikai kecermatan dalam sesuatu penulisan terutamanya yang rasmi. hehe. Kalau dulu kat sekolah, aku pernah menjadi s/u sesuatu badan, pengumpul data-data maklumat. Biasanya aku akan perhatikan nama ahli tidak tersilap ejaan. Apa yang mereka tulis, itu yang aku catat. Sebab itu, nama yang ditulis salah, aku kekadang pertikai. hehe. Rujukan dah betul, lain pula yang ditulis. Tahu, semua nak cepat. hu3. faham je. saje nak ingatkan. hee..

Teringat satu modul dalam satu program. Kami diminta menulis kelebihan orang di sebelah kanan kami. Time tu, dah la duduk dengan orang yang kita tak mengenali sangat character dia. Orang yang menilai aku pun tak mengenali sangat diriku. Tapi bila mendapat kertasnya, apa yang ditulis? aku seorang yang teliti. huh. betul ke? Aku terus bertanya, kenapa dia boleh meletakkan sifat itu padaku. Katanya terlintas sifat itu selepas melihat aku mengoyakkan kertas. Bagaimana caranya, ha3,, xperlu la kot. Tapi itu yang dia terjemahkan.

Eh, jauhnya. tadi kata teringat kata2 ustaz. Tak terkeluar2 lagi. hoho. Ingat kata-kata ustaz, yang selalu student FEM kena.

"Jangan bermusuh dengan bahasa arab"


Kenapa ayat ni diungkapkan? Hu3.. Student FEM kebanyakannya dianggap tak minat bahasa arab. Tapi tak semua. Aku peminat bahasa arab. Cuma tidak mengambil jurusan bahasa. Mungkin kerana aku lebih berminat dengan pengiraan. Begitu juga aspek IT yang menjadi minatku. Selalu ditanya persoalan padaku, kenapa tak ambil bidang IT? Bagi aku, biarkan. Jadikan ia sebagai suatu kelebihan. Aset aku. Aku fokus bidang lain, tapi dalam masa yang sama aku develop skill lain. Lagipun aku tak suka teori. ha3.. Fokus bidang IT, banyak teori. Aku suka praktikal terus. huhu.. Tapi, begitulah. Jangan benci bahasa arab kerana ianya bahasa Al-Quran, bahasa syurga. Tapi, kuasailah. Kuasai kerana kita sudah mempelajarinya. Jangan tinggalkan bahasa Arab, kelak kamu akan menyesal**xingat sape yang kata.

Dalam fasa menghadapi exam, ustaz pesan, mintalah dilapangkan dada. Ustaz bawakan ayat Al-Quran dari surah As-Syarh, Firman Allah Taala:

ألم نشرح لك صدرك ووضعنا عنك وزرك الذي أنقض ظهرك ورفعنا لك ذكرك

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)? [1]
dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu, [2]
yang memberatkan punggungmu (tanggunganmu), [3]
dan Kami tinggikan sebutan (nama) mu, bagimu, [4]

فإن مع العسر يسْراً إن مع العسر يسْراً

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [5]
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, [6]

فإذا فرغت فانصب وإلى ربك فارغب

Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetapkan bekerja keras (untuk urusan yang lain) [7]
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. [8]

Antara syarat dipermudahkan dan dibolehkan kita melaksanakan dan melakukan sesuatu ialah dengan Allah melapangkan dada kita. Dengan keadaan hati yang serabut, kusut, mungkin akan mempengaruhi kita melaksanakan sesuatu. Contohnya nak membaca. Tapi dalam masa yang sama fikiran bercelaru, hati tak tenang, mungkinkah kita dapat fokus pembacaan kita. Atau mungkin tinggal terus. Tak baca langsung. Sebab itu pentingnya Allah melapangkan dada kita. Kalau rasa sempit hati, kita sebenarnya tidak menuju kejayaan. Jadi mohonlah kelapangan dada disamping memohon kejayaan, ketenangan, kefahaman dsb.

Dari segi i'rab (nahu), perkataan kesusahan dibawa dalam bentuk ma'rifah (معرفة) dan perkatan kesenangan dibawa dalam bentuk nakirah (نكرة). Kata ustaz, sesuatu benda yang disebut dengan ma'rifah iaitu kesusahan, adalah sesuatu yang diketahui, iaitu benda yang sama. Jadi kesusahan yang kita lalui adalah sama. Tapi, kesenangan itu sesuatu yang berbeza. Bentuk kesenangan yang Allah berikan, kadang-kadang kita tak boleh tafsirkan, tak pernah terfikir, kerana ianya berbeza.

Sesungguhnya orang muslim tidak takut pada kesusahan kerana setiap kesulitan hadirnya kesenangan. Percayalah! Itu janji Allah!


Nasihat ustaz lagi,

"Jadilah orang yang mengejar akhirat, jangan jadi orang yang mengejar dunia"

Kalau kejar dunia, tak ke mana. Tapi kejarlah akhirat, itulah yang hakiki. Itu hakikat nabi, hakikat Islam yang tersebar luas ke serata pelosok dunia. Dalam menegakkan kalimah Allah, tentera Islam berperang untuk mati kerana mereka mengimpikan syurga Allah. Tetapi orang kafir berperang untuk menang semata-mata.

"Belajar untuk dunia, belum tentu dapat akhirat. Belajar untuk akhirat, untuk dunia dapat bersama."


Terima kasih guruku atas nasihatmu. Moga aku tidak lupa dari hakikat menimba ilmu.

Ya Allah, lapangkan dadaku, jernihkan fikiranku, tenangkan jiwaku. Moga aku dapat kuasai ilmuMu.

Good Luck Final Exam!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."