Sejauh mana...?

Assalamu'alaikum pembuka tirai yang telah lama tertutup..

Hari2 yang ku lewati kini terasa makin sibuk. Sejak aku memasuki semester 3 tahun 2, langsung tidak berkesempatan untuk memberi perhatian pd blog. Mungkin hanya menjadi penziarah di rumah sendiri. Tapi sebenarnya baru sahaja permulaan mendepani arus dalam melaksanakan gerak kerja. Ini pun sudah terasa bahangnya. Ya Allah, kuatkan aku! Aku bimbang dan aku takut. Ya Allah,, jangan biarkan aku tersungkur lemah. Bila aku terasa sedikit kuat, dengan nasihat dan sokongan sahabat2, satu persatu ta'lifat dan tanggungjawab yang datang yang perlu dipikul lantas dilaksanakan. Mungkin inilah ujian untukku dan hikmah untuk aku menjadi lebih matang dan hikmah yang belum tersingkap.


Ramadhan datang tidak sempat mengucapkan selamat datang. Namun, walau tidak tercatat di sini, sekurang2nya tercatat dalam lembaran kertas yang harapannya ia menjadi input yang berguna buat pembaca helaian tersebut. Setiap tahun, memang amat mengharapkan mendapat sesuatu dari madrasah Ramadhan. Tapi rupa2nya tertewas juga dengan keadaan. Ketika musim Ramadhan, kelas malam tidak juga berkurang, tetap dengan kondisi yang sama. Entah bagaimana amalanku sepanjang bulan Ramadhan. Adakah di takuk yang sama atau makin bertambah baik dan harapnya bukan berkurang. Wallahu'alam. Kerana Allah sahaja yang boleh menilai ibadah puasa dan ibadah2 lain yang dikerjakan. Kerana ada hadith daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah berfirman: "Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

اللهم تقبل منا صيامنا وقيامنا وركوعنا وسجودنا وتخشعنا وتصرعنا وتلاوتنا وتصدقنا وتمم تقصيرنا برحمتك يا أرحم الراحمين

“Ya Allah terimalah puasa kami, qiyam kami, ruku’ kami, sujud kami, kekhusyukan kami, ibadah kami, tilawah kami, sedekah kami dan sempurnakanlah segala kekurangan kami wahai Zat yang Maha Kasih dari yang mengasihi”.

تقبل الله منا ومنكم
Moga2 ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima Allah dan moga2 ia meningkatkan pahala dan menjadikan kita orang2 yang sentiasa dekat dengan-Nya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."