Tahniah sahabat2ku~


aku selalu merantau blog-blog.. dari satu blog ke blog yang lain. sudah menjadi hobiku agaknya. satu persatu aku jumpa dengan blog yang empunya tuannya aku kenal. walaupun mereka tak mengenaliku. tapi, kebanyakkannya, bukan kebanyakkanlah, tapi semua blog2 mereka, begitu bermanfaat. ilmiah. setiap kali aku membaca setiap entri sahabat2, diriku tertunduk malu. bagus. hebat. perkongsian yang menarik. setiap bicara penulisan mereka amat bernilai. bermanfaat. aku? aku tak niat nak samakan diriku dengan yang lain. sebab aku tahu, aku taklah sehebat mereka. tapi aku tetap merasa begitu malu. entah kenapa. tapi mungkin entri postku tidaklah banyak memberi manfaat. terutama apabila aku berbicara mengenai kehidupanku. maaflah, jika ianya banyak merapu, otai2.. aku cuba menceriakan suasana sebenarnya.. haha.

tapi, trustly aku beritahu, perkongsian shbt2ku memang bermanfaat. tak kiralah, berbicara mengenai apapun, selalu ilmiah. hatta mengenai kehidupan, selalu diselitkan nasihat2 dan pengajaran yang begitu menusuk ke jiwa. bagus! aku kagum. itulah yang sepatutnya. setiap gerak kehidupan kita hendaklah sentiasa dikaitkan dengan Allah, tuhan pencipta seluruh isi alam. kerana dengan inilah kita akan sentiasa kembali mengingati hakikat penciptaan manusia, sebagai hamba Allah, khalifatullah dan seterusnya pejuang islam. apabila bercakap mengenai pejuang islam, bukan beerti mujahid2 mesti berada di medan perang, berperang dengan senjata dengan kaum kuffar. ye, kita juga sentiasa berperang. berperang melawan nafsu, berperang dengan ideologi2, pemikiran2 barat yang sentiasa ingin menusuk merobos masuk ke dalam pemikiran masyarakat islam. tapi, sebagai pejuang islam, kitalah yang perlu sentiasa mempertahankan kesucian islam dan menyebarkan ayat-ayat cinta Allah (ayat yang sentiasa digunakan iluvislam.com)

saling ingat-mengingat amat2 perlu. peringatan sahabat buat sahabat, umat islam buat umat islam yang lain, dan manusia sesama manusia. insya Allah, aku juga akan cuba memberi satu perkongsian yang ilmiah. serius dalam kata-kata penulisan perlu ke? maksudku, kata-kata yang digunakan. mungkin perlu. aku juga seorang pembaca, aku juga boleh menilai. sbb itu, post ini, tak banyak ku menggunakan ayat2 ketawa, yang menunjukkan ketidakseriusan. yang penting, jangan samakan blogku dengan yang lain ye. memang tak sama.

Fikiran yang mengatur perasaan, tindakan, kebiasaan dan akhir nasib kita.
Kita akan menjadi apa yang kita fikirkan. Kita akan bisa, kalau kita fikir bisa dan demikian juga sebaliknya. Akhirnya hanya kepada Allah SWT kita memohon petunjuk dan kekuatan untuk bisa melakukan yang terbaik dan menghasilkan sesuatu yang membawa manfaat bagi umat.

Keep istiqomah. Insya Allah~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."