Notis USIM : ALSP & ELSP

Photobucket

PENGUMUMAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1
PROGRAM SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN
SESI 2009/2010


LANGUAGE SUPPORT PROGRAMME 2 (ARABIC & ENGLISH)


Dimaklumkan bahawa ALSP/ELSP 2, Sesi 2009/2010 akan diadakan pada 1-8 Disember 2009.

Sehubungan itu, mana-mana pelajar yang ingin membuat penangguhan (dengan alasan yang kukuh) atau permohonan untuk mengikuti program (melibatkan pelajar yang menangguh/terlepas program pada sesi yang lepas) supaya mengemukakannya kepada pihak Pusat Pengajian Umum selewat-lewatnya pada JUMAAT, 20 NOVEMBER 2009 untuk tujuan pengemaskinian kumpulan pelajar. Permohonan yang diterima selepas itu tidak akan dilayan sama sekali.

Semua pelajar Tahun 1, Sesi 2009/2010 adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri secara penuh kedua-dua program tersebut. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Pusat Pengajian Umum.


Terima kasih.


“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh:
Pusat Pengajian Umum
Universiti Sains Islam Malaysia

p/s: utk pengesahan, sila rujuk eWadi USIM..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

"Alhamdulillah.. Islam menjadi milikku, Iman menjadi rebutanku.. kelebihan mungkin ada, kelemahan semestinya wujud, sudah menjadi fitrah seorang manusia.. kemahiran yang dimiliki insya allah akan dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah.. kelebihan, kemahiran nikmat dari Nya.. diberi kepada manusia agar berfikir.. moga2 kita tergolong dalam hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap pemberianNya, bersabar atas setiap ujian, berharap hanya padaNya, moga Jannatul Firdaus tempat kembali yang abadi.."